View: 35751|Reply: 20
|
[SEJARAH] All About Melaka. Jom kongsi Asal Usul dan Info Menarik Negeri Melaka
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by juju_amin84 at 22-3-2012 21:08
Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti,
Dari jauh tuan puan datang,
Orang Melaka sentiasa menanti.
Assalamualaikum semua. Selamat Datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Pasti ada yang sudah sinonim dengan pantun diatas tetapi mungkin juga ada yang tidak pernah mendengarnya. Oleh yang demikian, thread ni dibuka kepada semua khusus untuk kita berkongsi pengetahuan dan info menarik mengenai sejarah Negeri Dondang Sayang iaitu Melaka. Selain sejarah, jom kita kongsikan tentang budaya, pakaian, masyarakat, makanan, pencapaian dan pelbagai bentuk info lagi tentang negeri Melaka. Tempat kumpul maklumat tentang Melaka all in one gitu. Kalau ade gambar dan video tentang Melaka,silalah tepek sekali. Ok jom semua..jangan segan jangan silu dan rasanya thread sebegini belum ada lagi kan. Harap mod luluskan. 

|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by midory at 10-9-2011 18:03
Lia mulakan dengan sejarah Melaka. 
Sejarah Awal Melaka
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah padatahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antarabarang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo,cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
sumber : Portal Kerajaan Negeri Melaka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makanan yg sngt sinonim dgn melaka.. asam pedas.. 
resepi:
- 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
- Bahan kisar:-
- 3 biji bawang merah
- 10biji cili kering
- 1/2 in halia
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1/4 sudu teh lada hitam
- 1/2 in kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- Bahan tumis:-
- @ 1/2 bawang besar-hiris
- @ 1/4 sudu teh biji sawi
- @ 1/4 sudu teh halba
- @ 2 tangkai daun kari
- air asam jawa secukupnya
- air secukupnya
- 1 biji tomato-potong2
- 5 biji kacang bendi
- 1 serai-diketuk
- 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
- minyak masak
- garam dan gula jika suka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aurelia at 10-9-2011 17:58
Kalau nak tahu, lambang negeri melaka camne, camni le ghupernye .
Kelima warna yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang menunjukkan bahawa Melaka sebuah negeri di Malaysia.
Lima bilah keris di dalam lambang tersebut melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi.
Bulan sabit dan bintang berpecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi negeri tersebut.
Di samping itu, terdapat juga pokok dan 2 ekor Pelanduk yang mengisahkan hikayat bagaimana Melaka diasaskan. Parameswara telah menyaksikan pergaduhan di antara seekor Pelanduk dengan seekor Anjing semasa baginda berehat di bawah pokok Melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan pelanduk yang kecil itu. Walaupun kecil, pelanduk itu tetap gagah dan baginda akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya bersempena pokok Melaka tersebut.
Moto negeri Melaka adalah “Bersatu Teguh”.
sumber : Lambang Negeri Melaka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa yang tahu bunga negeri kite? Rasanya mesti tak ramai yang tahu kan termasuk la saye sendiri. kui kui kui 
Kalau nak tahu, bunga negeri melaka namanya Kesidang. Pernah tengok tak? kalau x pernah tengok, jom tgk kat bawah ni...
Kalau bunga kebangsaan je kite tahu, lepas ni orang tanye bunga negeri melaka ape, jawab jgn tak jawab tau. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bunga kesidang, ha bace ni.
Bau harum bunga kesidang amat ketara pada waktu pagi dan keharumannya selalu dibandingkan dengan daun pandan.Bentuknya yang kecil dan cantik amat menarik dan sesuai dijadikan hiasan terutama baunya yang semerbak memenuhi setiap ruang dan bertahan lama. Bunga kesidang sesuai dijadikan sebagai hiasan pada arca, pergolas dan kebiasaannya dijumpai di kuil, gereja, majlis perkahwinan dan lain-lain perayaan.
Pendeknya, bunga kesidang merupakan bunga yang selalu dijadikan hiasan di majlis-majlis keraian dan di tempat-tempat kehormat. masyarakat tradisi Melaka menjadikan kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara perkahwinan Melayu seperti tepak sirih dan bunga rampai. Bunga kesidang paling ideal untuk dijadikan lambang Melaka. Walaupun kecil, kecantikan dan keharumannya dapat memikat semua sebagaimana Negeri Melaka yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, sejarah dan kemajuan yang telah dicapai hari ini.
So amacam, cantik ke bunga tu? Hehe 
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sangat bagus thread nih...
good job kak lia.. 
jom semue share segalenye pasal negeri Melaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
MELAKA MAJU JAYA...
MELAKA NEGERI BERSEJARAH
TEMPAT TUMPAH DARAH KITA
DIJUNJUNG DENGAN SEPENUH JIWA
UNTUK MAJU DAN JAYA
RAKYAT MELAKA SUDAH BERSATU PADU
BERIKRAR TAAT SETIA
JUJUR BERKHIDMAT SETIAP MASA
MELAKA MAJU JAYA
Masa saya sekolah dekat Melaka dulu , saya tanya2 gak dengan kawan2 saya lagu melaka memang pendek macam neyh kerk??Diorang cakap aah..Jimat masa kan?? ..Yang lagi sengal tue kawan saya asal dari Merlimau kata memanglah dari dia dalam perut lagi sampailah la neyh lagu Melaka neyh satu-satunya lagu yang dimainkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Darul Azim...
~Tun Leong Yew Koh dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1963
~Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf dari 31 Ogos 1963 hingga 30 Ogos 1971
~Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid dari 31 Ogos 1971 hingga 9 Mei 1975
~Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan dari 23 Mei 1975 hingga 30 Nov 1984
~Tun Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin dari 4 Dis 1984 hingga 3 Jun 2004
~Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob dari 4 Jun 2004 sampailah sekarang... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alang-alang dah all about Melaka kan..Nak tepekkan list masjid dekat Melaka..
Masjid di Alor Gajah
Masjid Air Hitam Darat
Masjid Air Hitam Pantai
Masjid Air Limau
Masjid Air Pasir Machap
Masjid Ayer Pa abas
Masjid Belimbing Dalam
Masjid Beringin
Masjid Dato Janggut Paya Rumput
Masjid Durian Daun
Masjid Durian Tunggal
Masjid Felcra Ramuan China Kechil
Masjid Felda Hutan Percha
Masjid ITM Lendu
Masjid Jamek Pekan
Masjid Jamek Putera
Masjid Kampung Ayer Molek KSB
Masjid Kampung Baru
Masjid Kampung Baru Bukit Bulat
Masjid Kampung Baru KSB
Masjid Kampung Baru Menggong
Masjid Kampung Berisu
Masjid Kampung Gadek
Masjid Kampung Gangsa
Masjid Kampung Ladang
Masjid Kampung Lendu
Masjid Kampung Londang
Masjid Kampung Panchor
Masjid Kampung Pulau
Masjid Kampung Rumbia
Masjid Kampung Tanjung Dahan
Masjid Kampung Tengah KSB
Masjid Kelemak
Masjid Kemuning
Masjid Kuala Ina
Masjid Kuala Linggi
Masjid Kuala Sungai Baru
Masjid Lubok China
Masjid Lubok Redan
Masjid Melaka Pindah
Masjid Melekek Dalam
Masjid Melekek Luar
Masjid Padang Sebang Tampin
Masjid Pangkalan Balak
Masjid Parit Melana
Masjid Paya Datok
Masjid Pegoh Dalam
Masjid Pulau Sebang
Masjid Ramuan China Besar
Masjid Ramuan China Kechil
Masjid Rantau Panjang
Masjid Rumbia
Masjid Sempang Empat
Masjid Solok Duku
Masjid Sungai Buluh
Masjid Sungai Jernih
Masjid Sungai Petai
Masjid Sungai Siput
Masjid Sungai Tuang
Masjid Taboh Naning
Masjid Tanjong Bidara
Masjid Tanjung Rimau,
Masjid Telok Gong
Masjid Tengah
Masjid di Jasin, Melaka
Masjid Air Merbau
Masjid Air Panas
Masjid Asahan
Masjid Ayer Kangkong
Masjid Baru Nyalas
Masjid Batang Melaka
Masjid Batu Gajah
Masjid Bukit Senggeh
Masjid Bukit Tembakau
Masjid Cenderah
Masjid Chabau
Masjid Chinchin
Masjid Chohong
Masjid Felda Bukit Senggeh
Masjid Felda Kemendor
Masjid Jamek Jasin
Masjid Jamek Merlimau
Masjid Jus
Masjid Kampung Berangan Enam
Masjid Kampung Pulai
Masjid Kampung Rim
Masjid Kampung Sebatu
Masjid Kampung Sempang
Masjid Kampung Tehel
Masjid Kelubi
Masjid Kesang Luar
Masjid Kesang Tua
Masjid Merlimau Pasir
Masjid Parit Gantong
Masjid Parit Penghulu
Masjid Paya Tanjung
Masjid Pekan Sungai Rambai
Masjid Selandar
Masjid Sempang Kerayong
Masjid Seri Mendapat
Masjid Seri Minyak
Masjid Serkam, Darat
Masjid Serkam, Pantai
Masjid Taman Maju
Masjid Tedong, Tebong
Masjid Tedong, Merlimau
Masjid Terentang
Masjid Tua Nyalas
Masjid Umbai
Masjid di Melaka Tengah, Melaka
Masjid Air Molek
Masjid Al-Azim
Masjid Al-Ehsan
Masjid Alai
Masjid As Shuhada
Masjid Ayer Keroh
Masjid Bakar Batu
Masjid Balik Bukit
Masjid Bandar Hilir
Masjid Batang Tiga
Masjid Batu Berendam
Masjid Bertam Hulu
Masjid Bertam Malim
Masjid Bukit Baru
Masjid Bukit Beruang
Masjid Bukit China
Masjid Bukit Darat
Masjid Bukit Durian
Masjid Bukit Gedung
Masjid Bukit Katil
Masjid Bukit Kecil Paya Dalam
Masjid Bukit Lintang
Masjid Bukit Nibong
Masjid Bukit Pegoh
Masjid Bukit Piatu
Masjid Bukit Rambai
Masjid Kampung Cheng
Masjid Kampung Duyung
Masjid Kampung Gelam
Masjid Kampung Hulu
Masjid Kampung Kling
Masjid Kampung Kerubung
Masjid Kampung Padang
Masjid Kampung Tun Abdul Razak
Masjid Kandang
Masjid Klebang Besar
Masjid Padang Temu
Masjid Pangkalan Minyak
Masjid Pantai Kundur
Masjid Pantai Rombang
Masjid Pantai Tanah Merah
Masjid Pasir Puteh
Masjid Paya Mengkuang
Masjid Paya Redan
Masjid Paya Rumput
Masjid Paya Rumput
Masjid Pengkalan Batu
Masjid Pengkalan Rama
Masjid Pengkalan Renggam
Masjid Peringgit
Masjid Permatang Pasir Alai
Masjid Pernu
Masjid Pokok Asam
Masjid Pusat Serenti
Masjid Semabok
Masjid Sungai Putat
Masjid Sungai Udang
Masjid Tajung Keling
Masjid Tambak
Masjid Tambak Paya
Masjid Tampoi
Masjid Tanah Merah
Masjid Tangga Batu Pekan
Masjid Tangga Batu Kecil
Masjid Tanjung Minyak
Masjid Telok Mas
Masjid Tengkera
Masjid Ujong Pasir
Masjid Universiti Telekom |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# 7teen
Lirik lagu Melaka tu dah kena adjust tang BERSEJARAH tu. Yg lain semua sama. Sebelum2 tu
MELAKA NEGERI MELAKA
TEMPAT TUMPAH DARAH KITA
DIJUNJUNG DENGAN SEPENUH JIWA
UNTUK MAJU DAN JAYA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7teen
Lirik lagu Melaka tu dah kena adjust tang BERSEJARAH tu. Yg lain semua sama. Sebelu ...
tungkai Post at 16-9-2011 22:25 
pernah jugak jumpe lirik lagu MELAKA NEGERI MELAKA.. rupenye tu yg asal..
tq cik tungkai for the info..  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by midory at 17-9-2011 00:52
BENDERA NEGERI MELAKA
Sebelah kiri atas: Biru pekat dengan bulan sabit dan bintang pecah lima berwarna kuning.
Sebelah kanan atas berwarna merah dan separuh bahagian bawah berwarna putih.
Warna biru, kuning, merah dan putih yang terdapat pada bendera Melaka mencerminkan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia (Jalur Gemilang). Ini menandakan Melaka sebagai sebuah negeri di Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang yang ada pula adalah simbol kepada agama Islam, agama rasmi negeri dan juga negara.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aurelia at 17-9-2011 02:42
Ok, yuk kite bace lagi pasal Sejarah Melaka. Sejarah dahulu kala yang mungkin kita dah terlupe? 
Tahun 1936
Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orang-orang Jawa.Baginda telah melarikan diri ke Temasik (sekarang dikenali sebagai Singapura)dan menjadikan dirinya sebagai raja.
Tidak lama kemudian, baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikut-pengikutnya sampai kepantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi ianya tidak berkekalan.
Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu,baginda sampai ke sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh.
Kesultanan Melaka memerintah negeri Melaka selama 110 tahun sehingga ditewaskan oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Kite smbg lagi lepas ni.  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aurelia at 18-9-2011 16:13
Resipi : SAGU GULA MELAKA
BAHAN - BAHAN:
Bahan A:
2 cawan sagu
5 cawan air
Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan air
1 helai daun pandan
CARA - CARA:
Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
Buang daun pandan, tapiskan danbiarkan ia sejuk.
Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
Siap untuk dimakan!!!
Sumber: MyResipi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ISTANA KESULTANAN MELAKA
Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986. Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja.
Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aurelia at 15-10-2011 17:17
Dah lame x update benang ni...
Ok kali ni, lia nak share pasal CENCALUK pule. Macam negeri - negeri lain, mesti ade makanan yg sinonim atau simbolik bagi sesebuah negeri tersebut. Di negeri Melaka, yang terkenal adalah CENCALUK antara nya. Kalau siapa tak pernah tahu atau tgk cencaluk tu bagaimana ropanye ..jom kite lihat di bawah...
Cencaluk
Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujanturun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu d iMelaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja ditempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petaiatau jeringsebagai ulamsemasa memakan cencaluk.
Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Udangsebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN SatuProduk'.
Selain itu,cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti ditepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.
Proses membuat cencaluk
Proses pembuatan cencaluk memerlukan beberapa kaedah untuk membuatnya dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap dirasa apabila dimakan.
Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam,dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayankecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk diperam selama tiga hari.
Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk. Apabila cencaluk sudah diperam dan sesuai untuk dimakan, ia boleh disedapkan lagi sewaktu dimakan sebagai lauk dengan nasi melalui dua cara:
1) cencaluk dicampur dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris. Kemudian ia akan dicampur dengan perahan limau nipis atau limau kasturi; ataupun
2) cencaluk dicampurkan dengan sedikit lada basah dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|