View: 6732|Reply: 6
|
[Dunia]
Bakal isteri paksa buat simulasi bersalin, lelaki tahan sakit sampai usus rosak
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan membuang usus kecil selepas dia mencuba simulasi bersalin yang menyakitkan selama tiga jam atas permintaan teman wanitanya.
Menurut portal berita NetEase News, seorang wanita dari wilayah Henan di tengah China membawa teman lelakinya ke pusat simulasi bersalin sebagai satu 'ujian' sebelum mereka berkahwin.
Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, ibu dan kakaknya berpendapat lelaki tersebut perlu merasai cabaran bersalin sebelum pertunangan bagi membuktikan dia sanggup berkorban untuk bakal isterinya.
Simulasi itu menggunakan arus elektrik untuk merangsang kulit dan otot, meniru kesakitan kontraksi rahim semasa bersalin.
Wanita itu berkata, selama 90 minit pertama, tahap kesakitan ditingkatkan secara manual sebelum dibiarkan pada tahap maksimum sepanjang baki sesi.
"Teman lelaki saya mula menjerit dan meronta pada tahap lapan, menghamburkan kata-kata kesat dan menangis pada tahap 10, dan menjelang akhir, dia tercungap-cungap. Saya dan kakak terus mengelap peluhnya," ujarnya.
Selepas itu, dia berkata lelaki tersebut mengalami sakit perut dan muntah.
Seminggu kemudian, lelaki itu dimasukkan ke hospital kerana sakit perutnya semakin teruk.
Doktor mendapati sebahagian usus kecilnya mengalami kerosakan yang tidak boleh dipulihkan.
Wanita itu kini bakal berdepan saman daripada keluarga teman lelakinya.
"Saya diberitahu teman lelaki saya menjalani pembedahan membuang sebahagian usus kecilnya. Saya bersedia bertanggungjawab sepenuhnya selagi dia sembuh," ujarnya lagi.
Seorang peguam berkata, jika penilaian kecederaan mengaitkan kerosakan pada tubuh lelaki itu dengan simulasi bersalin, teman wanitanya boleh dipertanggungjawabkan secara kewangan.
Di China, sesiapa yang menyebabkan kecederaan peribadi mesti membayar pampasan bagi kos perubatan, penjagaan, pengangkutan, pemakanan, serta pemulihan lain.
Kejadian ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial negara itu.
"Kesakitan bersalin biasanya paling lama 10 minit. Teman wanita dan keluarganya nampaknya sudah gila.
"Kesakitan yang dialami wanita semasa bersalin adalah gabungan reaksi fizikal dan emosi yang kompleks, dan ia tidak boleh disimulasikan sepenuhnya.
"Cinta sejati tidak perlu diuji, masa akan membuktikan segalanya," komen beberapa netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baby keluar ikut lobang jubo ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak natang simulasi bersalin ni eh boleh tak meols nk cadangkan supaya dimasukkan modul ni kat dlm kursus perkhahwinan |
|
|
|
|
|
|
|
Propa nya ko dek
Nape tak tonton blue je guna vr tu |
|
|
|
|
|
|
|
patut bg simulasi pada mereka yg nk tukar jantina tu...
kelebihan wanita boleh menahan sakit lebih dari lelaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 4-3-2025 02:50 PM
Propa nya ko dek
Nape tak tonton blue je guna vr tu
rhisau nt depa buat simulasi ngentot la pulok....sonok la bebudak PS.........'MAIN GAME' |
|
|
|
|
|
|
| |
|