Edited by JoyahMengayah at 5-3-2025 05:15 AM
Zarina ni memang buta hati betul, budak tu baru je kehilangan Mak dia, ko sibuk la nak buat live, record. Dah tua tapi bodoh. Ko record je la anak ko 2 orang tu jadikan content ko.
Terbaharu, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib tampil berkongsi mengenai keperibadian arwah Akiko sepanjang 16 tahun mereka berumah tangga.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ridzuan memaklumkan arwah Akiko tidak memiliki kawan sebaliknya memilih untuk mencurahkan segalanya kepada pempengaruh itu sebagai isteri.
Selama 16 tahun saya berkahwin dengan Akiko, satu orang kawan pun dia tak ada yang dia ada cuma mak dia saja.
Dia tinggalkan semua itu dan curahkan segalanya, ‘perhambakan’ diri dia kepada saya dan anak.
Mengakui masih terkejut, Ridzuan bagaimanapun memaklumkan dia reda dengan pemergian isteri tercintanya itu.
Tapi itulah, bila Allah nak ambil pasti Dia akan ambil.
Kita terima saja dan reda.
Bila korang tengok anak saya tak kuat, sebenarnya saya pun tak kuat.
Tapi saya cuba juga untuk kuatkan diri.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Oh Bulan
|