PETALING JAYA – “Abang ada dengar bunyi macam orang jatuh, cuma ingatkan ada orang kemalangan sebab rumah abang tepi lebuh raya,” cerita usahawan dan pempengaruh, Ridz Okumura berhubung malam kejadian isterinya, Allahyarham Akiko Okumura terjatuh dari tingkat empat unit kondominum mereka.
Menurutnya, pada malam kejadian itu, dia terdengar bunyi seperti dentuman kira-kira pukul 1 pagi.
“Selalunya abang akan pergi ‘check’ bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi pada malam tersebut abang terlalu penat dan terus tidur,” katanya menerusi siaran ‘live’ di TikTok.
Ridz Okumura atau nama sebenar Abd. Ridzuan Abdul Mutalib, 50, berkata, menjelang pagi dia merasakan suasana yang berbeza pada waktu itu kerana sudah menjadi rutin harian Akiko menyediakan sarapan untuknya dan anak mereka, Sky Taizo Okumura.
“Abang sudah mula tak sedap hati segera ke bilik kami dan mendapati tingkap bilik sudah pun terbuka dan rosak,” katanya.
Dia segera bergegas turun ke bilik air utama dengan memanjat tingkap dan mendapati isterinya berada dalam keadaan tertiarap di atas tanah.
“Abang tak fikir panjang, terus minta pengawal keselamatan untuk menelefon pihak ambulans dan polis.
“Disebabkan arwah jatuh dalam keadaan yang baik, abang tidak mengalihkan badannya kerana sangka dia masih bernyawa,” tambahnya.
Dalam pada itu, dia yang masih dalam keadaan sedih akibat kehilangan isteri tercinta turut meminta orang ramai berhenti membuat andaian mengenai kematian Akiko. – KOSMO! ONLINE
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
bau ikan sungguh cerita dia..
macam kelly pun ada..
masuk bilik tengok tingkap terbuka + rosak?
pastu turun bilik air utama ikut tingkap?
lama kot pukul 1 sampai jumpa pkl 8 yet kau pikir bini tu still alive..
pukul 1 pagi dengar bunyi dentuman tapi dia tak bangun p check. bgn pagi tu yang baru cari bini sbb biasa pagi2 bini sedia bekfes. bkn pkl 1 pg bgn buat bekfes noxs..
Post time 5-3-2025 12:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bersungguh ye makcik2 tiktok bersedih atas kematian arwah. Smp gaduh2 ni..
Aku kenal derang lepas arwah meninggal je..
Bersungguh jugak filter masing2 dr laki, bini, anak semua filter max smp jd muka anime.
Walobagaimana pun, penjelasan lakinya tu mcm krg meyakinkan sikit
Hanya derang yg tau apa yg berlaku