CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 18

EDISI ATAS PAGAR : SAMA TAPI TAK SERUPA

[Copy link]
Post time 24-7-2011 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Semalam berlansungnya Mini MAHA @ Ministry of Agriculture Bersama Rakyat kat Telok Panglima Garang. To be exact buat kat Sek. Keb. Kg. Medan (alasan: kerajaan negeri x bagi guna facilities under kerajaan negeri la pulak)..ok..aku sebagai pengundi 'atas pagar' iaitu tidak taksub kepada mana2 parti (bagi aku kau perform aku undilah, kau corrupt aku bye bye).yg ni kita kena belajar ngan Japang, yg mana xde parti yg kekal memerintah utk satu2 tempoh tertentu.ok, berbalik kepada topik..Dengan semangat berkobar2, bosan xde apa nak buat kat rumah aku pun ikutlah ajakan FIL aku pegi event ni.niat hati nak tengok2 apa yg boleh dibeli, apa ilmu yg boleh ditambah.Sesekali kenala bukak minda keluar dari rutin harian kita kan..

Majlis perasmian dijadualkan kul 3.00 petang, tunggu punya tunggu lebih kurang 3.30 baru mula.Aku dah terjebak ikut FIL yg nak sangat tunggu perasmian (maklumla menteri depan mata), tunggu la jugak.Ingatkan dorang just nak jalan2 beli buah ke sayur ke.OK.Buat pertama kalinya aku duduk diam2 dengar ucapan menteri berkenaan (MOA) , selama ni tengok kat News je la kan..

Minit2 pertama ucapan tu ok lah..cerita pasal teknologi pertanian & industri asas tani, apa yg MOA buat untuk tolong mereka2 yg dalam industri ni..Makin lama makin jauh ke laut masuk bab politik pulak. Secara terang-terangan mengutuk parti lawan yg buatkan aku sangat kecewa..Jadi apa bezanya BN & PKR??Event pertanian dah jadi medan politik..yg kelakarnya adalah 5-6 suara yg dok cakap 'betul betul betul' menyokong ucaptama sang menteri tadi..Aku x bias, aku highlight kat sini : Kenapa jadi medan politik pulak???

Sedangkan masa sibuk nak Demo Bersih dulu, PKR pun buat benda yang sama.Majlis makan malam jadi medan ceramah politik.So now apa beza BN & PKR.Pada aku:

1. PKR mempunyai saluran bersuara yg agak terhad. Utusan, TV3 dan beberapa media lain adalah hak BN.Mungkin sebab itu PKR menggunakan apa sahaja cara yg ada untuk berkempen.
2. BN sepatutnya lebih bijak memenangi hati rakyat terutama yg atas pagar/atas angin cam aku ni..Jangan dok pung pang pung pang kutuk PKR tapi hakikatnya buat benda yg sama jugak.
3. Isu besar : kes nelayan Kuala Langat vs Megasteel..Hmm Megasteel dah wujud sebelum PKR lagi..mungkin boss dia dah naik lemak sebab Megasteel bukan calang2 company.Under Lion Holding yg juga memiliki Parkson (juga bukan calang2 company).Jadi eloklah kita kaji dari mana datangnya kebenaran menggunakan laluan air untuk pontoon2 Megasteel ni sebelum meletakkan 100% kesalahan kat PKR..
4. Isu subsidi kerajaan untuk minyak masak, gula,gas masak, tepung bla bla bla..kata MOA, harga x naik sebenarnya sebab kerajaan dah bagi subsidi..aku confuse tang ni..ada pakar2 ekonomi boleh jelaskan x??mohon pencerahan..
5. Ini sangat memalukan. Sebagai seorang Menteri..bagi aku amat perlu mempunyai general knowledge yg luas.Dalam pada dok cakap pasal teknolgi2 terbaru MOA, terselit isu E.Coli.Kata dia, penyakit yang x pernah kita dengar, dieja sebagai E.choli.ok, the point is, aku confuse E.coli ni bacteria ke disease??Amat tidak wajar kalau seorang pemimpin tidak dapat mengenal pasti maklumat yg betul sebelum disampaikan kepada rakyat..


Sehinggalah ucapan berakhir kebanyakannya tidaklah mengutamakan isu2 pertanian dan industri asas tani tetapi lebih kepada medan berpolitik. Terselit kes Teoh Beng Hock, kutuk2 MB selangor as kuda tunggangan DAP, bla bla bla..Kesimpulan yg boleh aku buat, sama jela dua2 ni weh..yg tepuk tangan bangsa2 lain..Kalau BN mempertikaikan Parti Berbilang kaum yg diamalkan PKR, jadi apa pulak konsep BN??kan ada MCA, MIC,etc??ke BN ni UMNO je sebenarnya?..Aku terpaksalah duduk atas pagar lagi menantikan next PRU..



Sekian dari aku untuk Edisi Atas Pagar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 07:26 PM | Show all posts
Konklusi simplistik dari nukilan anda:
1. Mamanda munturi boh asal boleh
2. Speech writer (balaci) takat kopipes internet
3. Bukti kukuh kpd postulasi kegampangan politaik mesia adalah tanpa batasan merentas sempadan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 09:04 AM | Show all posts
Reply 2# baghal_bortuqal


    kesimpulannya aku kecewa sebab ingatkan pendekatan BN sedikit berbeza tanpa mempolitikkan acara2 seperti ini.pak manteri terlupa golongan2 atas pagar ramai kat situ yg mana kami ni tak termakan pujuk rayu politik kutuk2 angguk2 sorak2..tapi kami memerhatikan kepimpinan dan tauladan..yg mana perform itulah yg memikat hati kami...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 10:26 AM | Show all posts
secara umumnya kita di malaysia merana kerna budaya "jaga air muka".
budaya ini elok sebenarnya.

Tp tua2 kertu dah abes tarikh luput overstayed. ini masalah yg melanda persada politik kita.

org lain presiden PM umor pertengahan 40an. kita punya ketua2? takkan nak ikut stendet mcm gus dur... apa produktiviti seseorang kertu mcm tu i wonder?



dan masalah utama dgn kertu2 ni derang out of touch dgn realiti. samada melalui ego besar kepala sendiri, atau lingkaran balaci pencacai penjilat keliling mereka, atau kedua2nya sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 10:44 AM | Show all posts
Semalam berlansungnya Mini MAHA @ Ministry of Agriculture Bersama Rakyat kat Telok Panglima Garang.  ...
zaujahzauji Post at 24-7-2011 14:51



    tak mungkin kau begitu naive memikirkan bahawa mana2 parti politik yang berkuasa tidak akan menggunakan semua resources dan forum di bawah kawalannya bagi memenuhi agenda politiknya, tambahan pula masa dah dekat dengan pilihanraya ni? fikir-fikirkanlah... persoalannya bukanlah BN atau PKR, tapi sama ada ahli politik atau bukan... sekian my 2 cents.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 10:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 25-7-2011 10:54
Semalam berlansungnya Mini MAHA @ Ministry of Agriculture Bersama Rakyat kat Telok Panglima Garang.  ...
zaujahzauji Post at 24-7-2011 14:51


Politik Malaysia macam tulah..suma nak dipolitikkan..even lam masjid surau pun berpolitik...yg penting..cakap2 politik tu mende yg baik atau mende yg tak baik..menipu ke tidak, memfitnah ke tidak.

pasal politik japang tu..sesuai utk japang je..krn siapa pun naik tetap bangsa Japang gak..tapi diMalaysia lum tentu orang Melayu..krn sejarah dah ada..nama je MBnya Melayu, tapi dikawal oleh bangsa Cina..yg pemimpin parti Islamnya plak tak boleh buat apa...dah jadi syaitan bisu plak.

Ini kah pilihan kita?..nak2 yg atas pagar...ye ke atas pagar?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2011 04:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by system_failure at 25-7-2011 16:55

kegemilangan zaman dr.mahathir dah berakhir...
nak ulangi balik?... sgt payah....
kenape?

sebab dr.mahathir punya apprentice semua dah tak duduk dlm kerajaan...
diaorg jadi pemerhati luar dan ada yg resign sukarela...
najib bukan apprentice sebenar dr.mahathir..
dia anak murid pak lah..

apprentice sebenar ialah anwar (itu yg kebanyakan org nampak)..
tapi antara bakat lain yg digilap tun tapi 'tidak dpt' dicalonkan ialah rafidah aziz..
tun pernah berkata, 'kalau awak lelaki dah lama saya usulkan awk sebagai timbalan'..

dan jgn cakap korang tak pernah dgr citer ttg 10 lelaki gemilang yg dibentuk oleh tun pada zaman dia...
skrg semuanya tak memegang portfolio dan kebanyakannya berada dlm site economics..


nampak tak process flow dr.mahathir dlm 'membentuk' apprentice dia?
cuba jejak 'working experience' diaorg...
compare pulak dgn pak lah punye history flow....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 04:54 PM | Show all posts
ni firasat peribadi aku,

umno akan kalah pd suatu pilihanraya nanti..
tapi yg kalahkan dia bukan dari mana2 parti dlm pr..
ianya di take over dari salah satu parti dlm bn sendiri..

sedangkan pkr pulak jatuh merudum selepas era anwar...
bukan dikalahkan oleh umno..
tapi dari salah satu parti dlm pr sendiri...

waktu ni hanya 'parti berbilang kaum' vs 'parti berbilang kaum'
semua kembali kpd equal..
takdak sensitiviti kaum, agama, ketuanan..
sistem beraja diganti kpd republik...
tak kira bn atau pr yg memerintah...

aku percaya kpd kuasa rakyat..
tapi tak percaya kpd gelombang kebangkitan rakyat..
apatah lagi reformasi sana sini...
ini semua agenda one world order...
sebab tunjang kita dah takde..
idealogisme adalah secara global...

tak pasti la korang pernah terfikir sejauh nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2011 05:04 PM | Show all posts
dan jgn cakap korang tak pernah dgr citer ttg 10 lelaki gemilang yg dibentuk oleh tun pada zaman dia...
skrg semuanya tak memegang portfolio dan kebanyakannya berada dlm site economics..
system_failure Post at 25-7-2011 16:42



    br jer aku dgr benda nie semalam...betul3x
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 05:10 PM | Show all posts
ni firasat peribadi aku,

umno akan kalah pd suatu pilihanraya nanti..
tapi yg kalahkan dia bukan ...
system_failure Post at 25-7-2011 16:54


Ni firasat I plak.

PAS dan PKR akan merudum kerusinya didalam PRU akan datang..DAP akan tambah kerusi lagi.

UMNO akan tambah kerusi, gitu gak MIC..tapi MCA dan Gerakan masih bergelut utk mendapatkan undi kaum cina..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 09:48 PM | Show all posts
betul kata AN tu...

negara kita nih PM bersungguh2 mengajak kita semua kaum bersatu... tapi ada s ...
bangcak Post at 25-7-2011 11:12



    wakakakaka...terbaekkkkkkkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:07 AM | Show all posts
Politik Malaysia macam tulah..suma nak dipolitikkan..even lam masjid surau pun berpolitik...yg p ...krn sejarah dah ada..nama je MBnya Melayu, tapi dikawal oleh bangsa Cina..yg pemimpin parti Islamnya plak tak boleh buat apa...dah jadi syaitan bisu plak.

Anak_Nogori Post at 25-7-2011 10:53



   yer betul ankle... sejarah dah buktikan... macam di perak.. MB jerk melayu, tapi ikut kata cina DAP sebab majoriti yg menang adalah DAP dan syarat jadi MB musti melayu islam.. jadi melayu islam jadi pemimpin, berlainan pulak di penang dibawah barisan nasional... majoriti yg menang kerusi adalaah UMNO, tapi kuasa total bagi kat cina GERAKAN pegang kuasa sampai halau orang melayu dari tanah mereka yg asal 37% di penang.. sekarang tinggal 1% jerk tanah org melayu kat penang tuh habis digadai oleh cina GERAKAN...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:12 AM | Show all posts
Ni firasat I plak.

PAS dan PKR akan merudum kerusinya didalam PRU akan datang..DAP akan tamba ...
Anak_Nogori Post at 25-7-2011 17:10



   UMNO mmg laa tambah kerusi.. tgk laa kat JPN gerbang perdana nun.. berapa ratus setiap hari indon2, bangla2 pegi buat IC biru kat sana... nak contoh, meh datang gombak.. saya tunjuk sorang budak pompuan ada IC biru walaupun lahir kat indon pulau boyan baru 2-3 tahun jerk datang sini.. tapi alamat asal, kg. pebenda ntah kat jerantut pahang....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 03:10 AM | Show all posts
Semalam berlansungnya Mini MAHA @ Ministry of Agriculture Bersama Rakyat kat Telok Panglima Garang.  ...
zaujahzauji Post at 24-7-2011 14:51



   senang citer, cuba laa bertukar sekali.. dah lama sangat dah... 60 tahun lebih dah... apa ajerk yg tak salah takder dalam UMNO dan BN... tgk menteri2 mereka sekarang laa... tiap kali bagi statement.. takder sorang pun nampak cerdik.... dalam parlimen, tak pernah nampak muka hadir.... paling senang aku bagi contoh camnih.. ko gi pejabat umno.. tanya nak appoimment nak jumpa ketua bahagian kaa.. ketua cawangan ka.a. tgk alasan apa yg dapat... kejap kat ostrolia, kejap ke bangkok, kejap ke jepun, kejap ker semua oversea laa  dorang jelajah, tak pernah nampak ada kat malaysia... bila nka jaga rakyat nyer... 4 tahun sekali jerk bila sebulan lagi nak pilihanraya...

ada sorang kawan arituh ada cakap.. dai atas pagar gak... dah selalu sangat dah pangkah BN pun dorang tetap menang... kali nih nak pangkah PR jerk.. sebab dah tahu BN tetap gak menang camna pun... undi BN pun BN menang.. undi PR pun, BN menang.. jadi nak pangkah PR jerk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 02:48 PM | Show all posts
ingatkan xde sambutan thread ni so aku ignore je la..ok lah, menjawab pertanyaan ankle, memang aku x pernah membayangkan sehebat ini sesuatu event dipolitikkan.Sampai aku tertanya2, boleh atau tidak baju yang berlambangkan sesuatu parti dipakai selepas pilihanraya???sebab x silap aku masa kecoh nak BERSIH aritu ada someone cakap zaman Tun Det dulu pun, dia marah kalo pakai baju ada LOGO BN selepas pilihanraya..masa event sabtu lepas ni ramailah pulak dok pakai baju berlambangkan 'parti' itu termasuklah yg berwarna pink..pinky2 gurl...huhu..

aku tak menjangkakan, ucapan sang menteri akan jauh ke laut mengutuk secara terang-terangan parti yg satu lagi sebab ini adalah event di mana hal2 politik perlulah diketepikan.Sebab tu aku tanya kalau dah macam ni apa beza BN & PKR??Setelah PKR dikutuk menggunakan media elektronik utk mengecam kerajaan (especially BERSIH RALLY), dalam masa yg sama BN juga mengeksploitasi media sebegini.

Dalam ratusan manusia yg duduk bawah khemah tu, termasuk penerima bantuan pertanian hanya ada 5-6 suara yg sahut betul betul betul setiap kali Menteri itu mengutuk parti lawannya..Ini yg bahaya, sebab orang2 seperti aku hakikatnya tidaklah taksub kepada mana2 parti politik. Kalau 'kepimpinan tak dapat dijadikan teladan', maka akan tercapailah misi bangsa yg satu itu untuk memporak perandakan Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 03:28 PM | Show all posts
biasa lah menteri2 BN ni.. dia org buka boleh nak bezakan program Kerajaan Persekutuan dengan program Barisan Nasional.. guna segala2 jentera kerajaan utk program parti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 04:50 PM | Show all posts
harta kerajaan xboleh dijadikan harta mana pihak parti politik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 12:05 AM | Show all posts
Semalam berlansungnya Mini MAHA @ Ministry of Agriculture Bersama Rakyat kat Telok Panglima Garang.  ...
zaujahzauji Post at 24-7-2011 14:51



   
iskk ko cukup baik la sbb cuma terdengar hal2 politik ni kat MAHA jer...
kurang2, ko bosan boleh jer angkat kaki balik rumah tido daaa...

ni ada satu parti, dalam masjid khutbah jumaat pun layannn politik gak...
bayangkan la azab jemaah tu dipaksa dengar, sbb nak boikot keluar masjid tak boleh sbb lepas khutbah kene solat jumaat dulu daaa...
aku atas pagar ni pun jatuh tersungkur layan khutbah camtu...
lu pikir la sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 12:12 AM | Show all posts
biasa lah menteri2 BN ni.. dia org buka boleh nak bezakan program Kerajaan Persekutuan dengan progra ...
along3746 Post at 26-7-2011 15:28


dia org juga tak boleh nak beza di antara UMNO lama dgn UMNO baru.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.239256 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list