CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11411|Reply: 43

kumpulan Diskusi Terong Pipit

 Close [Copy link]
Terong Pipit This user has been deleted
Post time 11-7-2003 04:03 PM | Show all posts |Read mode
ADAKAH INI MEMBELA, MENYAYANGI DAN MENGASIHI AHLUL BAIT??

Assalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu,

Bagi golongan Imam 12 (Syiah Imamah), Ahlul Bait yang mereka hormati hanyalah Saiyidatul Fatimah r.a. dan 12 orang imam-imam dari kalangan Ahlul Bait TETAPI pandangan mereka berbeza terhadap ahli-ahli lain di kalangan Ahlul Bait. Terdapat banyak riwayat-riwayat yang menuduh ahli-ahli lain di kalangan Ahlul Bait samada mereka menuntut gelaran Mahkota Keimaman atau kerana mereka tidak mempercayai kepada konsep Imam 12 atau keimaman.

Mereka juga mencaci dan memfitnah isteri-isteri Nabi SAW dan walaupun mereka adalah ibu-ibu kepada umat Islam (they are the mothers of the believers - isteri-isteri Nabi tidak bolih berkahwin lagi selepas kewafatan Nabi SAW) yang juga dari kalangan Ahlul Bait. Golongan Syiah menghina anak-anak Imam Al-Hasan (Cucu Nabi SAW) bin Ali kerana mereka menuntut Keimaman atau gelaran Imam. Mereka juga memburukkan anak-anak Imam Al-Hussain Imam Al-Hasan (Cucu Nabi SAW) bin Ali yang tidak mahu menerima kepimpinan Imam Jaffar Al-Saddiq. Golongan Syiah mengelar saudara lelaki kepada Imam Al-Hasan Al-Askari sebagai Jaffar Al-Kathib, atau Jaffar Pembohong, kerana beliau tidak percaya bahawa saudara lelakinya itu mempunyai anak lelaki (Imam Mahdi) yang hilang dibawah terowong.

Semua sudah termaktub, bahawa golongan Syiah memang termasyur dengan mempunyai banyak sumber-sumber hadis yang berkonflik!!!

MK nak tanya Lax / Bill / Irfani, yang juga penganut Syiah dari kalangan Melayu diMalaysia ini;
1) Apakah pandangan anda bertiga jika terdapat insan yang memburukkan dan menghina ahli-ahli dikalangan Ahlul Bait (terutamanya 12 Imam-imam mereka).

2) Apakah juga pandangan anda bertiga terhadap ulama-ulama Syiah yang terdahulu yang telah mengatakan bahawa Al-Quran yang digunakan olih ASWJ telah dicemari?

Wasalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu


[ Last edited by Terong Pipit on 11-7-2003 at 04:05 PM ]

[ Last edited by fleurzsa on 28-10-2004 at 10:18 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2003 03:16 PM | Show all posts
Assalamualaikum :bg:

Berikut adalah petikan kata-kata atau ucapan para sahabat r.anhum dan ulama’ Salaf ASWJ ttg Ahlul Bait Rasulullah s.a.w . Semoga bermanfaat.

1. S. Abu Bakar berkata kepada S. Fatimah : Demi Tuhan yang diriku berada di tanganNya, kaum kerabat Rasulullah s.a.w lebih suka aku sambung berbanding kaum kerabatku sendiri.

2. S. Umar   berkata kepada S. al-Abbas : Demi Allah! Pengislamanmu pada hari kamu memeluk agama Islam lebih aku suka berbanding pengislaman al-Khattab (ayahanda S. Umar) pada hari dia memeluk Islam kerana pengislamanmu lebih Rasulullah suka berbanding pengislaman al-Khattab.

3. S. Zaid bin Thabit telah bersembahyang solat jenazah kemudian dibawa datang tunggangannya untuk beliau tunggang. Kemudian datang Ibn Abbas lalu memegang tali pacunya. Lantas Zaid berkata : Tak usahlah begitu wahai sepupu Rasulullah s.a.w. Ibn Abbas berkata: Beginilah yang kami lakukan kepada ulama’ dan orang tua-tua kami. Lalu Zaid turun dan mencium tangan Ibn Abbas dan berkata: Beginilah kami disuruh supaya lakukan kepada Ahlul Bait Nabi kami s.a.w.

4. S. Muawiyah pada suatu hari didatangi oleh S. Hasan bin Ali lantas beliau berkata: Marhaban wa Ahlan kepada cucu Rasulullah s.a.w !
Kemudian Muawiyah menghadiahkannya sejumlah wang.

5. Ibn Abbas pernah berkata kepada Zainal Abidin Ali bin Husain : Marhaban kepada al-Habib bin al-Habib !

6. al-Imam al-Tahawi: Kami menyintai para sahabat Rasulullah s.a.w dan Ahlul Bait baginda tetapi kami tidak melampau dalam kecintaan kami kepada mereka. Kami juga tidak berlepas tangan dari mereka. Kami membenci orang yang membenci mereka dan kami tidak menyebut mereka kecuali dgn kebaikan.

8. Abu Bakar Muhammad bin al-Husain al-Aajuri: Wajib ke atas setiap mukmin lelaki dan perempuan mengasihi Ahlul Bait Rasulullah s.a.w, Bani Hashim: Ali bin Abu Talib dan keturunannya, Fatimah dan keturunannya, Hasan dan Husain dan keturunan mereka berdua, Jaafar al-Tayyar dan keturunannya, Hamzah dan anaknya, al-Abbas dan keturunannya. Merekalah Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. Wajib ke atas kaum muslimin mengasihi mereka, memuliakan mereka, menanggung mereka, membuat hubungan yang baik dgn mereka, bersabar dgn mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

9. Ibnu Qudamah al-Maqdisi : Termasuk di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w ialah meredhai para isteri Rasulullah s.a.w, Ummahatul Mukminin.

10. Ibnu Taimiyyah : Mereka (ASWJ) mengasihi Ahlul Bait Rasulullah s.a.w dan mengikut mereka, menjaga wasiat Rasulullah s.a.w ttg ABnya di Ghadir Khaum: Aku mengingatkan Allah kepada kamu semua ttg Ahlul Baitku!. Baginda juga pernah bersabda kepada al-Abbas ketika beliau mengadu ttg pemulauan yang dilakukan oleh Quraish terhadap Bani Hasyim: Demi Tuhan yang diriku berada di tanganNya, mereka semua tidak beriman sehinggalah mereka kasihkan kamu kerana Allah dan sbb hubungan kerabatku.

11. Ibn Kathir : Kami tidak mengingkari wasiat dgn Ahlul Bait dan suruhan supaya berbuat baik kepada mereka, menghormati dan memuliakan mereka, kerana mereka adalah zuriat yang suci dari semulia-mulia rumah yang wujud di atas muka bumi ini, lebih-lebih lagi sekiranya mereka mengikut Sunnah Nabi yang sahih, terang dan nyata, sebagaimana nenek moyang mereka yang terdahulu seperti Ali dan al-Abbas r.anhum.


… dll yang banyak tercatat di dalam kitab-kitab ulama’ ASWJ.

Semoga Allah merahmati kita semua. Semoga kita semua dapat hidup dalam berkasih sayang sebagaimana para AB, isteri-isteri dan sahabat Rasulullah s.a.w hidup berkasih sayang sesama mereka.

Wallahu a’lam :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2003 06:48 PM | Show all posts
salam

Abu bakar merampas fadak, dan sayyidatina Fathimah a.s menolak berbicara, mengarahkan dirahsiakan kewafatan dan pengebumiannya daripada Abu Bakar. (bukhari Muslim dll)
Umar menyerang rumah Ahlul Bait a.s dengan restu Abu bakar.
Isteri Rasulullah saaw tidak maksum, dan boleh melakukan kesalahan. Malah telah Allah ancam utk diceraikan dan digantikan dengan wanita yg lebih baik. Ini bermakna mereka belum semestinya yg terbaik kecuali mereka memilih utk menaati semua perintah Allah. dan Sayyidatina Aisyah memerangi Imam Ali a.s sebagai khalifah yg sah dan mengorbankan lebih 20000 orang Islam dalam perang saudara Islam pertama!


1) Apakah pandangan anda bertiga jika terdapat insan yang memburukkan dan menghina ahli-ahli dikalangan Ahlul Bait (terutamanya 12 Imam-imam mereka).

2) Apakah juga pandangan anda bertiga terhadap ulama-ulama Syiah yang terdahulu yang telah mengatakan bahawa Al-Quran yang digunakan olih ASWJ telah dicemari?

Wasalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu

1-jawapannya ialah haram sebab Rasulullah saaw melarangnya seperti riwayat sahih anda sendiri.

2- lontarkan kembali soalannya kpd "apa pandangan saudara apabil ulamak anda sehingga ke hari ini mengatakan Quran orang2 syiah berbeza dari al-Quran kaum muslimin yg lain."

Bagi golongan Imam 12 (Syiah Imamah), Ahlul Bait yang mereka hormati hanyalah Saiyidatul Fatimah r.a. dan 12 orang imam-imam dari kalangan Ahlul Bait TETAPI pandangan mereka berbeza terhadap ahli-ahli lain di kalangan Ahlul Bait. Terdapat banyak riwayat-riwayat yang menuduh ahli-ahli lain di kalangan Ahlul Bait samada mereka menuntut gelaran Mahkota Keimaman atau kerana mereka tidak mempercayai kepada konsep Imam 12 atau keimaman.


janganlah anda menjadi seperti burung kakak tua yg mengajuk sahaja tanpa mengetahui apa yg diucapkan. Ahlul Bait seperti yg dinyatakan oleh kitab2 sahih anda adalah Imam Ali, Sayyidatina Fathimah, Imam Hassan dan Hussein. para isteri tidak termasuk Ahlul Bait yg disucikan Allah dalam al-Quran. Dan kami menghormati para ummul mukminin yg setia, sahabat yg tetap berdiri teguh selepas Rasulullah saaw.

Mereka juga mencaci dan memfitnah isteri-isteri Nabi SAW dan walaupun mereka adalah ibu-ibu kepada umat Islam (they are the mothers of the believers - isteri-isteri Nabi tidak bolih berkahwin lagi selepas kewafatan Nabi SAW) yang juga dari kalangan Ahlul Bait. Golongan Syiah menghina anak-anak Imam Al-Hasan (Cucu Nabi SAW) bin Ali kerana mereka menuntut Keimaman atau gelaran Imam. Mereka juga memburukkan anak-anak Imam Al-Hussain Imam Al-Hasan (Cucu Nabi SAW) bin Ali yang tidak mahu menerima kepimpinan Imam Jaffar Al-Saddiq. Golongan Syiah mengelar saudara lelaki kepada Imam Al-Hasan Al-Askari sebagai Jaffar Al-Kathib, atau Jaffar Pembohong, kerana beliau tidak percaya bahawa saudara lelakinya itu mempunyai anak lelaki (Imam Mahdi) yang hilang dibawah terowong.

fitnah bukan satu ajarn Islam dan kami tidak terlibat dengan apa yg anda fitnahkan itu. Jangalah suka memfitnah. Al-Quran menyatakan para isteri Nabi saaw bukannya maksum, dan title isteri para Rasul tidak menjamin syurga. Bukankah anda membaca al-Quran? bukankah di situ al-Quran menceritakan kepada anda bahawa isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut a.s keduanya telah tersesat?

Semua sudah termaktub, bahawa golongan Syiah memang termasyur dengan mempunyai banyak sumber-sumber hadis yang berkonflik!!!

anda sendiri menolak hadis sahih dan menerima hadis dhaif sebagai pegangan aqidah anda! macamana nak jawab tu... perlu ingat, ianya berkaitan dengan akidah!
menolak "Kitabullah dan 'ithrah Ahlul baitku" yg diriwayatkan kitab2 sahih anda, menerima  "kitabullah dan sunnah" yg terdapat banyak kecacatan di dalam periwayatannya! macamana nak jawab tu terong pipit...

dah lah terong pipit, kembalilah kepada 2 thread yg telah dibuka (dakyah Syiah oleh MK, dan ASWJ vs Syiah) dan jawablah dulu persoalan di sana dan janganlah cuba pesongkan perhatian dengan thread baru.


i rest my case....
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
 Author| Post time 22-7-2003 09:24 AM | Show all posts

SEDEKAH UNTUK AHLUL BAIT??

Bab mengenai Larangan Menerima Zakat Untuk Rasulullah s.a.w Dan Keluarga Baginda Iaitu Bani Hasyim Dan Bani Muttalib Tetapi Tidak Dilarang Kepada Orang Lain!!!

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 1778
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Suatu ketika Hasan bin Ali r.a telah mengambil sebiji kurma dari kurma yang disedekah lalu memasukkannya ke dalam mulut. Tetapi Rasulullah s.a.w melarang dengan sabda baginda: Hoi! Hoi! Buang itu! Tidakkah engkau tahu kita tidak boleh makan sedekah?

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 1779
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Pada suatu hari aku kembali kepada keluargaku dan mendapati sebiji kurma telah terjatuh di atas pembaringanku. Aku mengambilnya untuk dimakan tetapi kerana bimbang kurma itu kurma sedekah, aku pun membuangnya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 1781
Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah menemui sebiji kurma lalu bersabda: Seandainya kurma itu bukan dari kurma sedekah, tentu aku telah memakannya

Kenapa dilarang mengeluar zakat/sedekah kepada Rasulullah s.a.w Dan Keluarga Baginda Iaitu Bani Hasyim Dan Bani Muttalib. Apakah pendapat anda mengenai hadis ini???

[ Last edited by Terong Pipit on 22-7-2003 at 01:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
 Author| Post time 22-7-2003 11:44 AM | Show all posts

MAJORITI PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W TIDAK LAGI DIHORMATI - KENAPA???

Originally posted by billionaire at 2003-7-21 10:47:
Ya, bill pernah mendengar banyak hadis mengenai kelebihan Abu Bakar dan Umar, tetapi anda harus ingat, perbuatan mereka selepas Rasulullah saaw sendiri banyak bertentangan dengan sifat mereka yang digambarkan hadis. Kemudian kita perhatikan bahawa mereka tidak pernah disucikan di dalam mana-mana bahagian al-Quran. Mengapa kita tidak berpindah kepada Ahlul Bait a.s yg disucikan Allah dalam al-Quran dan diperintahkan oleh Rasulullah saaw mengikutinya? InsyaAllah kita akan samapi ke perbincangan mengenai tindakan2 Abu Bakar dan umar selepas Rasulullah saaw yg menyebabkan hadis2 keutamaan mereka anda harus nilai semula. Bukankah mereka semua tidak maksum kecuali Ahlul Bait a.s? ....


KENAPA INI BERLAKU? ....SEBABNYA KERANA KONSEP AHLUL BAIT ITU MAKSUM SAPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W. IAITU PESURUH ALLAH SWT..

MAKA DENGAN BERKONSEP BEGITU MEREKA MENGANGGAP MEREKA DAPAT 'OVER RIGHT' ATAU 'MENGHANCUSKAN' HADIS-HADIS RASULULLAH SAW DENGAN ALASAN BAHAWA 12 IMAM-IMAM DAN SAIYIDATUL FATIMAH R.A. ADALAH MAKSUM.

SIAPAKAH MEREKA INI UNTUK MENGJATUHKAN HUKUMAN KEPADA PARA SAHABAT YANG BERJUANG JIWA DAN RAGA UNTUK MENEGAKKAN ISLAM.


RENUNGILAH HADIS-HADIS INI;
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 4390
Hadis Abu Said r.a:
Ketika Rasulullah s.a.w berada di atas mimbar, baginda s.a.w bersabda: Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya, samada beliau ingin memilih kemewahan dunia atau diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternyata beliau memilih apa yang ada di sisi Allah. Setelah itu Abu Bakar menangis dan berkata: Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku. Abu Said berkata: Rasulullahlah yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, akan tetapi beliau merupakan saudaraku di dalam Islam. Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar di antara dua buah rumah untuk Abu Bakar.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 4396
Hadis Amru bin Al-As r.a:
Rasulullah s.a.w mengutus beliau iaitu Abu Bakar r.a untuk menghadapi tentera Zatu As-Salasil. Aku bertanya baginda, siapakah orang yang paling dicintai. Rasulullah s.a.w menjawab: Aisyah. Aku bertanya: Siapakah pula dari orang lelaki? Baginda s.a.w menjawab: Ayahnya iaitu Abu Bakar r.a. Aku bertanya lagi. Baginda s.a.w menjawab: Umar. Selepas itu Rasulullah s.a.w membilang nama beberapa orang sahabat yang lain.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 4398
Hadis Jubair bin Mut'im r.a:
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Jubair bin Mut'im r.a daripada ayahnya bahawa: Seorang perempuan bertanya Rasulullah s.a.w mengenai sesuatu perkara, tetapi Rasulullah s.a.w menyuruhnya datang pada lain kali. Lalu perempuan itu bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah sekiranya aku datang, tetapi kamu tiada. Ayahku berkata: Perempuan tersebut seolah-olah bermaksud jika baginda wafat. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya aku tiada maka temuilah Abu Bakar

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 4399
Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w berkata kepadaku semasa baginda sakit: Panggilkan Abu Bakar dan saudara lelakimu untuk ku. Aku ingin menulis sepucuk surat, kerana aku bimbang terhadap orang-orang yang menentang akan berkata: Akulah orang yang paling berhak, sedangkan Allah dan orang mukmin tidak reda melainkan Abu Bakar.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 4402
Hadis Ali bin Abu Talib r.a:
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika jenazah Umar bin Al-Khattab diletakkan di atas katil ramai orang yang datang menziarahi, berdoa, memuji dan menyembahyangkan jenazahnya sebelum dikebumikan. Ketika itu aku juga berada di kalangan mereka. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang lelaki yang memegang bahuku dari belakang. Bila aku menoleh ke arahnya ternyata dia adalah Ali bin Abu Talib. Setelah berdoa untuk jenazah Umar, dia berkata: Kamu tidak meninggalkan seorang yang sangat aku cintai melebihi daripadamu. Sehingga bertemu dengan Allah sekalipun tidak ada yang dapat menandingi amalanmu. Demi Allah, aku yakin bahawa sesungguhnya Allah akan menempatkan kamu bersama-sama dengan dua orang Sahabat kamu di mana aku selalu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar dan aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar. Aku berharap semoga Allah menjadikan kamu bersama keduanya.  
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
Post time 23-7-2003 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by Terong Pipit at 22-707-2003 13:44:


KENAPA INI BERLAKU? ....SEBABNYA KERANA KONSEP AHLUL BAIT ITU MAKSUM SAPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W. IAITU PESURUH ALLAH SWT..

MAKA DENGAN ...


Salam TP,

Bukan itu saja, tetapi tentang keluarga Nabi SAW pun depa dok kata juga. Contoh-contohnya saperti berikut;

Mullah Baqir Majlisi ada menulis:
Setelah mendengan sesetengah wanita bercakap mengenai Saiyidina Ali r.a., Saiyidatul Fatima r.a. membuat komen mengenai perwatakan suaminya:

"He is a man with a big stomach. His hands are high and his bones look suppressed. He has a receding hair line, big eyes and shows his teeth all the time. He has no wealth either."
(Jilalul Uyoon: 58, in the chapter on Fatima).

Mullah Baqir Majlisi juga menulis: 'Fatima (R.A.) menjelaskan mengenai Saiyidina Ali r.a. bahawa:

"You are hiding like a malformed foetus in a womb; you have ran home like those who are guilty of being untrustworthy and after having destroyed the strongest men on earth you have been overcome by these wimps."
(Ibid: 203)

Ulama terkenal Syiah, Abu Mansur Ahmed Tibrisi menulis:

"Abu Bakar sent Qunfudh to Ali with a delegation who entered Ali's house without his permission. Ali went for his sword but the group had already taken it away. They captured Ali and tied a rope round his neck. When Fatima tried to intervene, Qunfudh hit her. The delegation dragged Ali to Abu Bakr where Omar, Khalid bin Walid and Abu Ubaidah ibn Jarrah (R.A.) were also present with many other people. Omar severely reprimanded Ali and told him to swear allegiance with Abu Bakr. Ali then took Abu Bakr's hand and took an oath of allegiance."
(Al-Ihtijaj, by Tibrisi: 83, 84)

Mullah Baqir Majlisi meriwayatkan tentang ketidak senangnya Saiyidinatul  Fatimah r.a. mengenai gelagat Saiyidina Ali's terhadap beliau didalam kata-kata Saiyidina Ali r.a.:

"Jibreel came to the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) and said "Allah sends His Salaam upon you and says that Fatima is about to come and complain about Ali. Do not listen to anything about Ali from Fatima."

When Fatima came, the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) asked her if she came to complain about Ali. She replied that she had. The Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) said: "By the Lord of the Ka'bah! Go back to Ali and tell him that you are prepared to rub your nose in dust in order to keep him happy. You may do as you please."

(Jailul 'Uyoon: 61)

Mullah Baqir Majlisi yang sama telah memberi komen mengenai mimpi yang dialami olih Saiyidatul Fatimah dan telah menyatakan bahawa Iblis telah datang kepada beliau:

"The dream Fatima had was from a devil whose name is Uhaad."
(Ibid: 52)

Jadi.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Terong Pipit This user has been deleted
 Author| Post time 5-8-2003 02:28 PM | Show all posts

SIAPAKAH SEBENARNYA PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN r.a.???

SIAPAKAH SEBENARNYA PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN r.a.???

Terlebih dahulu kita akan mengatakan dakwaan ASWJ secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuhan Sayyidina Husain r.a. yang sebenarnya bukanlah Khalifah Yazid bin Muawiyah tetapi adalah golongan syiah itu sendiri iaitu Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan di atas beberapa fakta dan bukti-bukti yang berpunca daripada sumber sumber rujukan sejarah yang muktabar. Dengan adanya bukti-bukti, tidak ada satu pun mahkamah didunia ini yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan keadilan akan memutuskan Khalifah Yazid sebagai pesalah dan penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Sayyidina Husain r.a. Bahkan Khalifah Yazid akan didapati tidak bersalah dan dibebaskan dengan penuh penghormatan dan dengan itu maka terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain r.a. yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertama ialah pengakuan Syiah kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain r.a. Golongan Syiah Kufah ini yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain r.a. dan muncul sebagai At Tawwaabun yang kononnya menyesali tindakan mereka setelah membunuh Sayyidina Husain r.a. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan penyesalan dan taubat mereka kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Bukit Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan At Tawwaabun itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara. Pengakuan dari Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama ulama Syiah yang merupaka tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing.
Mullah Baqir Majlisi menulis:
揝ekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka ,擠emi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh Ketua Pemuda Ahli Syurga kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia diantara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2003 10:47 PM | Show all posts
"Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang diusahakannya dan untuk mu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka kerjakan" (Al Baqarah 134 dan 141)

Yang sudah tu, sudahlah. Mari kita "rapatkan saf".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mat Kampong This user has been deleted
Post time 6-8-2003 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 6-808-2003 00:47:
"Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang diusahakannya dan untuk mu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka kerjakan" (Al Baqarah 134 dan 141)

Yang sudah tu, sudahlah. Mari kita "rapatkan saf"..


Salam Amorist,

MK, sebagai seorang yang berfahaman ASWJ memang telah memahami bahawa peristiwa ini telah lama diselesaikan olih ulama-ulama dizaman tersebut TETAPI ianya akan terus dihidupkan dan digembar-gemburkan olih golongan SYIAH 'PEMBELOT' KUFAH kerana doa-doa Sayyidina Husain r.a. sebelum beliau dibunuh olih golongan ini saperti berikut:

揥ahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu.Wahai orang orang curang, zalim dan pengkianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu diwaktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami." (Jilaau Al 慤yun,ms.391).

"Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan pedang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada diantara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab?"(Ibid)

"Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami."(Ibid)

"Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat.... Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang diatas tubuhmu dan mukamu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima 'azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya." (Mulla Baqir Majlisi-Jilaau Al扷yun,ms.409).

DOA-DOA tersebut amat mustajab dan hingga sekarang golongan-golongan SYIAH 'PEMBELOT' KUFAH serta anak cucu dan keturunan mereka yang enggan bertaubat tidak dapat hidup aman damai dan bahagia didunia ini hingga hari kiamat.. walaupun berbagai cara yang telah dan akan mereka lakukan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah.. tetapi KEBENARAN akan tetap menyerlah dan UTUH kerana datuk nenek mereka memang merancang dan bersubahat dengan Iblis laknatullah untuk memusuhi keluarga Rasulullah SAW dan memporak perandakan umat Islam diakhir zaman saperti apa yang telah terjadi kepada Ajaran Nabi Isa a.s. dimana para Sahabat Nabi Isa a.s. telah diketepikan dan dilenyapkan, maka muncullah ajaran KRISTIAN yang menyesatkan... wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2003 10:36 AM | Show all posts
Salam,

Saya mengucapkan syabas kepada En.Terong Pipit kerana berjaya mengemukakan pendapat dan ulasan serta bukti yang sangat tepat sekali dalam penghujahannya terhadap kaum Syiah ini.

Orang yang kedua yang perlu Amir berterima kasih ialah En.Mat Kampong yang juga salah seorang penghujah yang tak asing lagi buat Amir. Tulisan-tulisannya juga berbentuk Ilmiah. Pencinta kebenaran adalah ungkapan yang sesuai buat En.Mat Kampong. Amir ucapkan juga syabas padanya.

Untuk menguatkan lagi penerangan mereka kepada sesiapa yang membaca dan yang mencari kebenaran terhadap puak Syiah ini selari dengan perkembangan mereka diserata dunia sayugia Amir mengatakan bahawa En.Terong Pipit dan Mat Kampong telah mengemukakan BUKTI-BUKTI DARIPADA ULAMA-ULAMA SYIAH SENDIRI. Ini adalah BUKTI YANG JELAS.Walhal,sekiranya BUKTI-BUKTI itu daripada ulama-ulama ASWJ,bolehlah dianggap sebagai bukti-bukti yang akan dianggap  menyeleweng walaupun ianya benar.

Inilah satu teknik dan strategi pembuktian yang sangat berkesan dalam proses penghujahan terhadap sesuatu isu.

Sekali lagi,Amir sangat berbangga kepada kamu berdua.

SYABAS.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
Post time 7-8-2003 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 6-808-2003 12:36:
Salam,

Saya mengucapkan syabas kepada En.Terong Pipit kerana berjaya mengemukakan pendapat dan ulasan serta bukti yang sangat tepat sekali dalam penghujahannya terhadap kaum Syiah ini. ...


Salam Amir,

Terimakasih kerana sudi membaca posting2 dari MK dan pujian.. tetapi hadis Nabi SAW menegah kita memuji secara berlebihan kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah kepada orang yang dipuji. REnungilah hadis-hadis berikut;

Nombor Hadis dalam Sahih Muslim: 5321
Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah mendengar seorang lelaki sedang memuji seorang lelaki secara berlebih-lebihan, lalu Rasulullah s.a.w segera bersabda: Sesungguhnya kamu telah menghancurkan atau memotong belakang seorang lelaki.


Nombor Hadis dalam Sahih Muslim: 5319
Hadis Abu Bakrah r.a katanya:
Seorang lelaki telah memuji seorang lelaki di hadapan Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Celaka kamu! Kamu telah memenggal leher temanmu. Kamu telah memenggal leher temanmu. Rasulullah s.a.w mengulangi ucapan tersebut beberapa kali. Sekiranya seseorang di antara kamu mesti memuji sahabatnya maka hendaklah dia berkata aku kira si anu itu begini-begini, Allah lah yang lebih mengetahui tentang dirinya. Aku tidak memuji sesiapa pun di hadapan Allah. Aku menghitungnya (memujinya) begitu dan begini sekiranya dia memang mengetahui hal itu.


Tujuan kami membuat posting ini ialah untuk membetulkan cerita rekaan atau fiksyen yang telah disensasikan olih golongan yang berkepentingan dan ini merugikan umat Islam dan membuat mereka terpengaruh dan mengganggap cerita rekacipta itu sebagai cerita benar - ikutlah kisah selanjutnya;
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
Post time 7-8-2003 09:12 AM | Show all posts
Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam

Terdapat banyak cerita sejarah rekaan hasil keluaran pengilang-pengilang cerita dari musuh Islam termasuk golongan Syiah 'Pembelot' Kufah ialah cerita mengenai Urainab, wanita yang menjadi rebutan diantara Sayyidina Husain r.a. dan Yazid bin Mu抋wiyah.

Cerita ini sebenar berpunca daripada kitab al-Imamah wa as-Siasah, yang kemudiannya dipopularkan sedemikian rupa sehingga telah dipersembahkan dalam berbagai bentuk drama, cerpen, novel, dan lain-lain lagi. Akibatnya segolongan besar generasi Islam kemudian telah menerimanya sebagai salah satu fakta sejarah yang TIDAK diragui lagi. Cerita ini pernah termuat di dalam salah sebuah majalah di Malaysia dan juga telah disiarkan dalam bentuk drama radio. Bukan sekadar di tanah air kita sahaja bahkan di bumi Arab, Ahmad Syubaily telah mengadun cerita ini dengan begitu menarik sekali di dalam kumpulan cerpen-cerpennya. Ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari para pembaca.

Di India juga pernah disiarkan melalui All India Radio dalam bentuk drama yang mendapat pujian dan penghargaan yang sangat tinggi daripada para pendengar, padahal cerita ini tidak lebih dari satu cerita rekaan atau fiksyen yang tidak mempunyai asas langsung. Ia sebenarnya merupakan salah satu mata rantai cerita-cerita yang diadakan untuk memburuk-burukkan generasi awal Islam. Wanita digunakan sebagai alat untuk membuat fitnah, dikatakan perebutan terhadap Urainablah sebenarnya merupakan punca perseteruan dan permusuhan diantara Husain dan Yazid
.


Cerita Sejarah Rekaan atau Fiksyen

Jalan cerita yang disebarkan itu begini :
Pernah suatu ketika setelah Yazid dilantik sebagai Waliyyu al-慉hd (bakal pengganti khalifah) beliau telah berangkat untuk mengerjakan haji. Semasa dalam perjalanan beliau terlihat seorang perempuan yang luar biasa cantiknya sehingga telah menerbangkan akalnya. Setelah ditanya rupa-rupanya perempuan itu bernama Urainab binti Ishaq. Dia adalah isteri kepada sepupunya, Abdullah bin Salam, seorang pemuda Quraish dan gabenor di Iraq.

Kerana terpesona dengan kejelitaan perempuan ini, keadaan diri Yazid sudah tidak terurus lagi. Melihat keadaan dirinya, ayahnya Amirul Mukminin Muawiyah merasa amat kesal kerana walaupun selama ini telah dimanjakan sebegitu rupa dan diberikan kepadanya apa sahaja kemahuannya namun terlepas juga Urainab, perempuan yang tiada tolok banding kecantikannya itu, dari dikahwini olih anaknya Yazid.

Memandangkan tiada lagi peranan yang dapat menyembuhkan hati anaknya Yazid oleh cinta pandang pertamanya itu, maka Mu抋wiyah pun mulalah memasang helahnya untuk mendapatkan Urainab. Lalu dijemputlah Abdullah bin Salam, gabenor Iraq itu, datang ke Damsyiq. Abdullah disambut dengan penuh kebesaran dan penghormatan dan diterima sebagai tetamu istemewanya.

Pada ketika itu Abu Darda dan Abu Hurairah juga berada di Damsyik. Muawiyah memanggil mereka berdua dan kemudian mengemukakan cadangannnya untuk menjadikan Abdullah bin Salam sebagai menantunya. Kedua sahabat agung Rsulullah itu sangat gembira dan menyatakan persetujuan mereka dengan cadangan Muawiyah itu, malah dengan syarat Muawiyah, mereka berdua menyampaikan berita itu kepada Abdullah bin Salam.

Dalam pada itu Muawiyah berbisik kepada anak perempuannya dengan menyatakan:

"seanndainya Abu Darda dan Abu Hurairah membawa pinangan daripada Abdullah bin Salam maka hendaklah engkau menyatakan persediaanmu untuk mengahwininya tetapi dengan syarat terlebih dahulu mestilah beliau menceraikan isterinya Urainab."

Disitu Abdullah terperangkap sehingga menceraikan isterinya dengan 3 talak. Sementara anak perempuan Amirul Mukminin Muawiyah pula berdolak dalik sampai beberapa ketika dan akhirnya telah menolak langsung dan tidak bersedia lagi untuk mengahwininya.

Setelah habis eddah Urainab, maka Muawiyah pun menghantarkan Abu Darda untuk membawa pinangan bakal pengganti khalifah kepada Urainab. Dalam perjalanan dari Damsyik ke Iraq itu, Abu Darda terfikir mahu bertemu mata dengan cucunda Rasulullah s.a.w. yang kebetulan waktu itu berada di Iraq. Setelah bertemu Abu Darda menjelaskan tujuannya datang ke Iraq kepada Husain. Lantas Husain berkata:

"Saya juga terfikir untuk menghantar orang tua yang terhormat seperti tuan membawa pinangan saya kepadanya. Kerana itu saya harap tuan juga membawa pinangan saya kepada Urainab."

Maka dibawalah oleh Abu Darda kedua-dua pinangan itu. Setelah bertemu dengan Urainab, Abu Darda menyampaikan hajatnya. Setelah mendengar keterangan Abu Darda, Urainab pun berkata :

"Tuan tidak ubah seperti orang tua saya sendiri, apa pendapat tuan mengenai perkara ini. Siapakah diantara mereka berdua yang seharusnya saya terima pinangannya?"

Abu Darda lantas menjawab:
"Engkau terimalah pinangan Husain bin Ali r.a agar dapat engkau pertemukan bibirmu dengan bibir orang yang selalu dikucup oleh Rasulullah s.a.w. dahulu."

Ringkasnya maka terjadilah perkahwinan diantara Uarinab dengan Husain. Berita perkahwinan itu diketahui oleh Muawiyah. Kemarahan Muawiyah kepada Abu Darda dan Abu Hurairah tidak terkira, lain disuruh lain dibuatnya. Tidak memandang lagi dia kepada mereka berdua bahkan habuan mereka pun diberhentikan. Akhirnya kerana benci dan marah kepada sikap Muawiyah itu. Abu Darda dan Abu Hurairah kemudiannya berangkat ke Madinah dan terus menetap di sana.

Sementara Abdullah bin Salam pula terus menyesali dirinya yang malang. Segala harapan hilang sia-sia. Sudahlah isterinya terlepas, mimpinya untuk menjadi menantu Amirul Mukminin juga tidak menjadi kenyataan. Dalam kesedihan dan kekecewaan itu, Abdullah bin Salam jatuh sakit sehingga kurus kering.

Beberapa lama kemudian Abdullah bin Salam teringat kepada satu pundi-pundi kepunyaannya yang rupa-rupanya belum terambil dari Urainab. Fikirnya, bagaimana pun ia perlu mendapatkan pundi-pundi itu untuk meneruskan sisa hidupnya. Maka pergilah Abdullah bin Salam menemui Husain lalu dinyatakan maksudnya kepada beliau. Husain berkata: "itu hartamu, pergilah ambil sendiri daripada Urainab."

Dari balik tirai Urainab menghulurkan pundi-pundi itu kepada Abdullah dengan menangis tersedu-sedu bagai tercekik lehernya kerana tak pernah ia menyangka perhubungan suami isteri yang meriah dengan kemesraan dan kasih sayang itu akan terputus jua. Demikian juga dipihak Abdullah.

Setelah memerhatikan suasana kepiluan yang menyelubungi Urainab dan Abdullah, Husain pun menyingkapkan suasana itu dengan katanya:

"Sebenarnya segala yang berlaku selama ini hanyalah helah saya untuk menghadapi helah yang dimainkan Muawiyah dimana kamu berdualah mangsanya. Sekarang aku menceraikan Urainab dan sesungguhnya perkahwinan dengan Urainab tidak lebih daripada untuk menyatukan kembali kamu berdua. Selama ini aku hanya menganggapnya sebagai adik perempuanku."


...bERSAMBUNG....
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
Post time 7-8-2003 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by Mat Kampong at 7-808-2003 11:12:
Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam

...bERSAMBUNG...


Kepalsuannya dapat diBUKTIkan secara ilmiah, saperti berikut;

Bukankah cerita sensasi, glamour, sedih dan sentimental sebegini akan sentiasa berkesan disanubari hati pendengar atau pembacanya? Apalagi kalau dipersembahkan oleh dramatis-dramatis yang berjaya dalam persembahannya atau cerpenis-cerpenis yang pandai mengasam-garamkan jalan ceritanya.

Tentu sekali penulisnya akan mendapat sanjungan dan penghargaan yang sangat tinggi daripada para pembaca atau pendengarnya. Akan tetapi sayang seribu kali sayang kerana pandangan hadapan dari cerita itu sahaja yang ditunjukkan sementara pandangan belakang sisi dan atasnya pula tidak. Ayuh sekarang wahai pembaca yang budiman, marilah bersama-sama saya untuk kita tinjau kesemua pihaknya. Nanti akan jelas kepada anda bahawa semua cerita itu tidak lebih dari scenery di pentas drama sahaja.


Di sana ada beberapa perkara yang membuktikan kepalsuan cerita fiksyen ini ialah :
1. Di zaman pemerintahan Sayyidina Muawiyah, tidak ada pun seorang gabenor di Iraq yang bernama Abdullah bin Salam. Bukan sahaja di Iraq tetapi di wilayah yang lain juga.

2.  Riwayat hidup wanita-wanita Arab yang terkenal dengan kejelitaannya tersimpan dengan baik di dalam kitab-kitab Arab. Tetapi nama Urainab binti Ishaq tidak terdapat di dalam senarai mereka.

3.  Sayyidina Abu Darda wafat pada tahun 31 H atau 32 H di zaman pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan r.a. beliau menyandang jawatan hakim di zaman pemerintahan Sayyidina Uthman itu. Pada ketika itu Sayyidina Muawiyah belum lagi menjadi khalifah dan Yazid juga belum dilantik sebagai bakal pengganti khalifah. Bagaimanakah akan dilantik yazid ketika itu kerana umurnya baru setahun atau dua tahun. Yazid dilahirkan pada tahun 30 H. kalau diterima pun satu pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 25 H, bermakna beliau baru hanya berumur 6 atau 7 tahun, sedangkan semua ahli sejarah mengatakan perlantikan Yazid berlaku paling awal pada tahun 50 H, iaitu setelah sekian lama Sayyidina Muawiyah menjadi Amirul Mukminin.

4. Seseorang yang berkahwin dengan seorang perempuan yang dicerai dengan maksud akan menceraikannya agar ia dikahwini kembali oleh bekas suaminya (kalau diMalaysia istilah 慍ina Buta
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2003 10:05 AM | Show all posts
Salam,

Rasanya kegembiraan ini perlu dinyatakan dilaman web ini diatas Ilmu yang telah diperolehi dari Mat Kampong dan Terong Pipit. Ini adalah penghormatan dari saya.

Pujian ini adalah satu galakan dan sokong moral supaya kalau ada isu-isu yang menghendaki pembuktiannya memerlukan fakta-fakta yang konkrit,Mat Kampong dan Terong Pipit bersedia untuk memberinya.

Pujian memang ditujukan pada Allah dan apabila pujian itu diterima oleh manusia,wajiblah manusia itu kembalikan kepada Allah. Oleh itu puji-pujian,kenalah Mat Kampong kembalikan balik pada Allah. Itu saja.

Walaubagaimanapun,saya sungguh berbangga mempunyai Insan saperti kamu dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2003 04:56 PM | Show all posts
SUNGGUH SAYA TAK FAHAM, NAK IKUT RASULULLAH KE NAK IKUT SAIYIDINA ALI KE NAK IKUT SYIAH KE ? APASAL PEMBUNUHAN SAIYIDINA ALI DIGEMBAR GEMBURKAN ? NABI KE DIA TU ? JANGANLAH MELEBIH LEBIHKAN SANGAT SAIYIDINA tu.

[ Last edited by Oreng on 7-8-2003 at 04:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
 Author| Post time 11-8-2003 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 2003-8-7 02:05:
Salam,

Rasanya kegembiraan ini perlu dinyatakan dilaman web ini diatas Ilmu yang telah diperolehi dari Mat Kampong dan Terong Pipit. Ini adalah penghormatan dari saya.

Pujian ini adalah satu  ...


Salam Amir,

Semoga anda selalu didalam iman dan berbahagia disisi keluarga. Keiklasan anda amat kami hargai.

Semoga anda jangan pula malu meluahkan ilmu yang ada tu.. bolih kami pulak mempelajarinya dari anda.

Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Terong Pipit This user has been deleted
 Author| Post time 11-8-2003 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by Oreng at 2003-8-7 08:56:
SUNGGUH SAYA TAK FAHAM, NAK IKUT RASULULLAH KE NAK IKUT SAIYIDINA ALI KE NAK IKUT SYIAH KE ? APASAL PEMBUNUHAN SAIYIDINA ALI DIGEMBAR GEMBURKAN ? NABI KE DIA TU ? JANGANLAH MELEBIH LEBIHKAN SANGAT  ...



Itu ler sebabnya ORENG.. kalau tidak buat TP cuba postkan kat sini.. nak bagitau ler.. bahawa priority mereka dah silap target kot?

Sepatutnya lebihkan Rasulullah SAW.. tapi ini terbalik kot? Terlebih cucu atau susu... Na'udzubillahi min dzalik!
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
 Author| Post time 6-11-2003 02:51 PM | Show all posts

Bolih sesiapa SAHkan peristiwa ini?

bismi-lLahi-rRahmani-rRahiem
a-ssalam 'alaikum wa rahmatu-lLahi wa barakatuH.

Terlebih dahulu TP nak ucapkan SYABAS! kepada amorist dan antiQue kerana berusaha membolihkan sub-board dijanakan.

Imam Malik reports from Imam Jafar Sadiq (who heard it from Imam Zainul Abidin) that Fatima died in the evening between maghrib and 'isha prayers. Abu Bakar, 'Umar, Zubayr and 'Abdur Rahman b. 'Auf came to 'Ali on hearing the news. 'Ali asked Abu Bakar to lead the funeral prayers. Abu Bakar objected to lead the prayers in his presence, but 'Ali insisted and he yielded to his desire. She was buried in the same night. Ibn S'ad confirms this report in the Tabaqat. He says that Mutrif b. "Abdullah al- Yasari told him on the authority of Abdul 'Ala and Ibrahim that Abu Bakar led the funeral prayer of Fatima with four takbirs. 'Abdur Razzaq cites Ibn Juraih who said : 'Fatima was the youngest daughter of the Prophet and also dearest to him.' Abu Umar says that the four daughters of the Prophet were Zaynab, Ruqaiya, Umm Kulthum and Fatima." As Waqidi reports, she died on the 3rd of Ramadan, 11 A. H / 22 November, 633 A. D. and she was buried the same night. She gave birth to Hasan, Hussain, Muhsin, Umm Kulthum and Zaynab. May God be pleased with her.


Ada sesiapa boleh confirmkan disini bahawa peristiwa diatas kuat kebenaranya terutama S. Abu Bakar yang mengetuai solat jenazah anak bongsu Rasulullah SAW, Fatima?

wa ssalaam 'alaikum wa rahmatu-lLahi wa-barakatuH.....
Reply

Use magic Report

juna25 This user has been deleted
Post time 7-11-2003 12:02 AM | Show all posts
mmm menarik
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
 Author| Post time 7-11-2003 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by juna25 at 2003-11-6 16:02:
mmm menarik


juna25,

Apa yang menarik? Isinya atau colornya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.361676 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list