CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14917|Reply: 4

Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean

[Copy link]
Post time 13-2-2026 04:17 PM | Show all posts |Read mode





Dua anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) cedera pada Rabu selepas sebuah kapal pemusnah Tentera Laut AS bertembung dengan sebuah kapal sokongan di Laut Caribbean pada Rabu, lapor Fox News.

Jurucakap U.S. Southern Command dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu.

“Pada petang semalam, kapal pemusnah berpandu kelas Arleigh Burke, USS Truxtun (DDG-103), dan kapal sokongan tempur pantas kelas Supply, USNS Supply (T-AOE-6), bertembung semasa operasi pengisian bekalan minyak di laut,” katanya.

Menurutnya, dua anggota mengalami kecederaan ringan, namun berada dalam keadaan stabil.

Selain itu, kedua-dua kapal masih boleh meneruskan pelayaran dengan selamat.

Bagaimanapun, punca perlanggaran itu masih dalam siasatan.

Menurut laporan Wall Street Journal, kapal USNS Supply sedang beroperasi di Laut Caribbean, yang berada di bawah bidang tanggungjawab Southern Command. Pemerintah tersebut turut bertanggungjawab ke atas sebahagian wilayah Atlantik Selatan dan Pasifik Selatan.

Presiden AS, Donald Trump, sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah mengarahkan peningkatan kehadiran ketenteraan di Caribbean sebagai sebahagian daripada usaha pentadbirannya membanteras kegiatan penyeludupan dadah.

Pada Khamis, dua individu dilaporkan maut selepas tentera AS menyerang sebuah bot yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di Pasifik Timur, menjadikan sekurang-kurangnya 38 serangan maut terhadap bot dadah di rantau itu sejak Trump kembali memegang jawatan.

AS turut menggunakan kehadiran tenteranya di rantau berkenaan bagi menguatkuasakan sekatan terhadap minyak Venezuela, susulan penahanan Presiden negara itu, Nicolas Maduro, dalam satu serbuan pada waktu malam pada Januari lalu.


Sumber : SiakapKeli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 05:22 PM | Show all posts
baru sikit karma tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tak habis habis
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang gelak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh! Belum apa2 lg dah kena dl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 6113 Replies : 35
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20214 Replies : 19
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 14036 Replies : 24
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 20477 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44559 Replies : 668
Kisah goreng ayam
budi_jentayuKisah goreng ayam
Views : 26046 Replies : 107
[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon
Views : 459 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367708 Replies : 3565
Maruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube & Seluar Pendek
beggMaruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube
Views : 9502 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040334 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list