CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12632|Reply: 0

[Johor] Misteri mayat reput dalam kebun

[Copy link]
Post time 6-2-2026 07:40 AM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Penduduk gempar susulan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan kebun berhampiran Parit Bunga Laut, Sungai Mati, di sini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, bagaimanapun identiti mayat terbabit sukar dipastikan berikutan ia ditemui dalam keadaan reput.

Beliau berkata, polis menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat itu pada jam 3.15 petang semalam.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini.

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi Ketua Balai Polis Sungai Mati, Sarjan Mejar Azaam Nordin di talian 012-2416116 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, 06-978 5222 bagi membantu siasatan.

Difahamkan, polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat terbabit bagi mengenalpasti identitinya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057777 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list