CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 33022|Reply: 0

[Kedah] Teruja saksikan fenomena 'laut terbelah' di Tanjung Rhu

[Copy link]
Post time 3-2-2026 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Teruja saksikan fenomena 'laut terbelah' di Tanjung Rhu



Hamzah Osman[email protected]





SEBAHAGIAN 2,500 pengunjung tempatan dan asing teruja merakam gambar habitat marin susulan kejadian 'laut terbelah' sejauh satu kilometer. FOTO Hamzah Osman




Langkawi: Fenomena 'laut terbelah' menarik ribuan pengunjung ke Tanjung Rhu di sini, pagi tadi, bagi merasai pengalaman unik berjalan kaki di atas beting pasir sejauh satu kilometer merentasi lautan cetek.

Kejadian unik yang hanya berlaku sekali setahun itu membolehkan orang ramai berjalan kaki dari Pantai Tanjung Rhu ke Pulau Kelam Baya selama kira-kira satu setengah jam bermula jam 7 pagi.

Tinjauan mendapati pengunjung tidak melepaskan peluang merakam pelbagai hidupan marin di dasar laut memandangkan kawasan terbabit lazimnya mempunyai kedalaman sehingga 2.5 meter ketika air pasang.

Seorang pengunjung, Rosemah Abdul Hadi, 28, dari Kampar, Perak berkata, pengalaman berjalan di atas beting pasir itu memberi peluang kepadanya melihat habitat marin dari jarak dekat buat pertama kali.

"Banyak habitat marin saya jumpa seperti tapak sulaiman, kuda laut, sotong kurita dan batu karang yang cantik.

"Percutian saya ke Langkawi selama tiga hari dua malam kali ini memang berbaloi kerana difahamkan fenomena ini hanya berlaku setahun sekali," katanya ketika ditemui, hari ini.

Pendapat sama turut dikongsi Ruzita Mohd Salleh, 30, dari Tampin, Negeri Sembilan yang sanggup membuat tempahan penginapan di sebuah resort berhampiran bagi menyaksikan fenomena itu dari awal hingga akhir.

"Saya antara pengunjung terawal memasuki beting pasir ini dan sempat mengambil banyak gambar habitat marin di sekitar Pulau Kelam Baya," katanya.

Fenomena air surut habis itu turut ditinjau Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin.

Wan Kamarul berkata, keunikan fenomena jarang berlaku itu mula diketengahkan sebagai produk pelancongan Langkawi sejak lima tahun lalu dan terus mendapat sambutan menggalakkan.

"Dianggarkan 2,500 pengunjung tiba seawal jam 5.30 pagi semata-mata untuk melihat sendiri fenomena itu," katanya.



Disiarkan pada: Februari 3, 2026 @ 12:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318447/teruja-saksikan-fenomena-laut-terbelah-di-tanjung-rhu




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:54 PM GMT+8 , Processed in 1.214655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list