CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 148|Reply: 1

Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari

[Copy link]
Post time 30-12-2025 10:23 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun memimpin Perikatan Nasional (PN), Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu, berkuat kuasa 1 Januari ini.

Melalui kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook sebentar tadi, bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan PN atas sokongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan terbabit.

Muhyiddin telah mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh ia didaftarkan secara rasmi.

"Saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PN yang memberikan sepenuh sokongan kepada saya selama saya memimpin PN sejak penubuhannya lima tahun lalu," katanya.


Selain BERSATU, parti utama yang berada dalam gabungan PN antaranya PAS dan GERAKAN.

Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata pihaknya turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN.

Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada PAS termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mahu jawatan Pengerusi PN diberi kepada PAS.

Perselisihan hubungan antara PAS dan BERSATU semakin ketara selepas berlakunya pergolakan politik di Perlis yang menyaksikan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dari PAS, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.




Sumber : - BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 kena letak jawatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:10 AM GMT+8 , Processed in 1.283416 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list