|
View: 648|Reply: 7
|
Fury Redemption : Adam Lee terima tujuh jahitan di kening, Alif pula luka di kepala
[Copy link]
|
|
|
Pelakon Adam Lee menerima tujuh jahitan pada kening selepas terkena siku pempengaruhh dan pelakon Alif Muhaimin pada perlawanan sukan tempur, Fury Redemption, malam tadi.
Insiden itu menyaksikan darah mengalir pada kening hingga ke bahagian pipi sebelum Adam tumbang di gelanggang sekali gus tewas di tangan Alif menerusi kiraan Technical Knockout (TKO).
Alif turut mengalami luka pada kepala selepas menerima serangan bertali arus daripada Adam.
Perlawanan berlangsung dua pusingan itu menyaksikan persaingan sengit antara Adam dan Alif apabila masing-masing saling berbalas tumbukan dan sepakan.
Bagaimanapun, hubungan mereka selepas perlawanan dilihat baik apabila saling bergambar meskipun sesi praperlawanan dilihat 'panas' dengan masing-masing bertikam lidah.
Alif menerusi hantaran di Instagram (IG) turut berkongsi foto bersama Adam, selain menzahirkan ucapan penghargaan kepada lawannya itu.
Sebelum ini, Adam berkongsi penyertaannya dalam acara Fury Redemption bagi membuktikan kemampuan sebenar dengan harapan dapat membuka mata syarikat produksi dalam memberi tawaran membintangi naskhah aksi.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorg join ni di bayar ke? Sampai si Adam ni sanggup lose weight bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota: Dorg join ni di bayar ke? Samp ...
Tk tau la dibayar ke, tp adam ckp dia join sbb nak dpt peluang berlakon filem aksi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah berparut muka
Awak tu aktor |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dia dan bini nya kuat betul vibe poyo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
semangat dia demi nk dpt filem2 aksi.. salah satu effort.. org pn share sana cni kt tiktok.. nasib baik rezki dia.. dpt la nanti berlakon filem2 aksi nanti.. insyaAllah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Good effort. Bagus la ada inisiatif nak berlakon aksi lasak. Tak le asyik2 hero tua RN je berlakon filem aksi.. poyo betoi.. ekekek |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|