CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 130|Reply: 1

1MDB: Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion

[Copy link]
Post time 29-12-2025 03:18 PM | Show all posts |Read mode





Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion terhadap 25 tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan dan pengubahan wang haram RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan rayuan hukuman daripada kedua-dua belah pihak.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman yang penjara serentak itu bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman pemenjaraan dana SRC International Sdn Bhd.

Sekiranya Najib gagal membayar jumlah denda itu tertuduh boleh dipenjara 40 tahun.

Selain hukuman pemenjaraan dan denda, mahkamah turut memerintahkan Najib membayar jumlah boleh dipulihkan di bawah Seksyen 55(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA), berjumlah RM2,081,476,926.

Najib yang memakai sut biru kelihatan tenang ketika mendengar keputusan mahkamah itu.

Sequerah berkata, sebelum menjatuhkan hukuman beliau meneliti semua faktor mitigasi yang dikemukakan oleh peguam tertuduh serta faktor pemberat yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan.

"Saya juga telah mengambil kira kes-kes yang dirujuk oleh kedua-dua pihak serta prinsip undang-undang yang terpakai dan mengambil kira pertimbangan utama dalam penjatuhan hukuman, iaitu kepentingan awam, serta prinsip pencegahan (deterrence).

"Saya juga telah meneliti latar belakang tertuduh, termasuk fakta dan tempoh perkhidmatan awamnya, serta faktor-faktor mitigasi lain secara keseluruhan," katanya.

Terdahulu, Sequerah menyampaikan penghakiman lebih lima jam bermula jam 9.30 pagi, sebelum prosiding ditangguhkan pada 12.20 tengah hari bagi memberi laluan kepada Solat Jumaat, dan bersambung semula pada jam 3 petang hingga 5 petang.

Kemudian beliau mendengar hujahan mitigasi membabitkan pihak pembelaan dan pendakwaan selama dua jam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkait suapan berkenaan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini, antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014.

Tuduhan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram pula, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Najib diwakili peguam bela diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk TaniaScivetti dan Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin.

Manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan T Deepa Nair.

Perbicaraan kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh dunia itu memakan masa keseluruhan selama 293 hari dengan Mahkamah Tinggi mendengar keterangan seramai 50 saksi pendakwaan dan 26 saksi pembelaan.

Sepanjang tempoh perbicaraan, antara saksi penting dipanggil memberi keterangan ialah bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas peguam syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan; adinda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Putri Almarhum Sultan Mahmud dan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 03:23 PM | Show all posts



Tersenyum melihat engkau berduka ~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 1.246703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list