|
View: 365|Reply: 5
|
Israel lancar penggunaan sistem laser operasi pertama dunia, 'Iron Beam' - "Jangan mencabar kami, atau berdepan akibat yang serius"
[Copy link]
|
|
|
Baitulmaqdis: Kementerian pertahanan Israel memaklumkan bahawa sistem laser baharu 'Iron Beam' sudah dihantar kepada tentera udaranya bagi tujuan pemintasan ancaman udara.
Sistem laser itu diserahkan kepada tentera udara dalam satu majlis di utara Israel oleh pembangun utamanya iaitu jabatan penyelidikan dan pembangunan kementerian berkenaan serta kontraktor pertahanan Rafael.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, buat pertama kali di peringkat global, sistem pemintasan laser berkuasa tinggi mencapai tahap kematangan operasi sepenuhnya dan berjaya melaksanakan pelbagai pemintasan.
" encapaian monumental ini menyampaikan mesej kritikal kepada musuh kami, sama ada yang dekat mahupun yang jauh… jangan mencabar kami, atau berdepan akibat yang serius," katanya.
Difahamkan, penyerahan sistem berkenaan menandakan satu pencapaian penting dalam projek yang berjalan lebih satu dekad.
Sementara itu, Pengerusi Rafael, Yuval Steinitz berkata, Israel menjadi yang pertama di dunia yang memiliki sistem laser operasi untuk pemintasan ancaman udara termasuk roket dan peluru berpandu.
Sistem laser itu bertujuan meningkatkan keupayaan dan mengurangkan kos pemintasan projektil oleh Israel.
Iron Beam juga akan melengkapi keupayaan pertahanan udara lain termasuk sistem Iron Dome yang lebih dikenali.
Iron Dome menyediakan perlindungan jarak dekat terhadap peluru berpandu dan roket.
Sistem David's Sling dan generasi seterusnya peluru berpandu Arrow pula adalah teknologi Israel-Amerika untuk menumpaskan peluru berpandu balistik.
Terdahulu, kementerian pertahanan Israel mengumumkan pada awal Disember bahawa sistem laser itu sudah siap dan akan dikerahkan menjelang akhir bulan.
Dalam perang 12 hari yang dilancarkan Israel terhadap Iran pada Jun lalu, sistem pertahanan peluru berpandu negara itu gagal memintas semua projektil yang dilancarkan Tehran ke arah wilayah Israel.
Israel mengakui lebih daripada 50 peluru berpandu mengenai sasarannya sepanjang perang dengan Iran, mengakibatkan 28 kematian.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang yang cari pasal pegi tembak kondominium panglima2 perang Iran tu pastu nak play victim.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hebat israel. Sedar diri selalu perang terus develop senjata canggih. Negara-negara arab sana sepatutnya spend duit untuk develop senjata yang lebih canggih kerana lawan dah semakin maju. At least develop nuclear berjuta-juta supaya bila serang musuh terus hancur... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk serang negara mana pulak lepasni??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Msia jika nak berberang
dia hantar Flotilla dan juga berberapa Apam balik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Negara haram ni mmg try hard sgt nk menghalalkan negara haram diorg ni. U are not a country and never will. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|