|
View: 198|Reply: 2
|
Tips Dan Cara Masak Nasi Yang Seroi, Gebu Dan Cantik
[Copy link]
|
|
|
Edited by cyberdad at 14-12-2025 04:22 AM
Berikut ialah panduan mudah tetapi sangat berkesan untuk medapatkan nasi yang “cantik dan seroi, khususnya jika nak buat nasi goreng yang berderai yang menggamit selera ketika mata memandang:.
1. Pilih Beras Yang Betul
Jenis beras mempengaruhi tekstur nasi. Beras panjang (long grain) atau beras basmati menghasilkan butiran yang lebih panjang dan tidak melekat. Beras biasa (tempatan) juga boleh digunakan, tetapi kurangkan air ketika memasak. Elakkan beras pulut atau beras yang terlalu berkanji.
2. Basuh Beras Hingga Air Jernih
Basuh beras sekurang2nya 3 kali sehingga air basuhan hampir jernih. Tujuannya untuk mengurangkan kandungan kanji dan menjadikan nasi lebih ringan dan tidak melekit.
3. Sukatan Air Yang Tepat
Sukatan air ialah faktor paling penting. Air berlebihan menjadikan nasi lembik dan melekit.
Cadangan sukatan untuk nasi goreng:
1 cawan beras : 1 – 1.15 cawan air (bergantung kepada jenis beras). Untuk beras basmati nisbah 1:1 (1 bahagian beras, 1 bahagian air)
Menggunakan air sedikit kurang daripada biasa akan menghasilkan nasi yang lebih kering dan sesuai untuk digoreng.
4. Campur Sedikit Minyak/Butter
Sebelum memasak nasi, tambahkan
½ – 1 sudu kecil minyak masak atau atau pun sedikit butter. Minyak atau butter boleh mengurangkan nasi melekat selain menjadikan butian nasi lebih berkilat dan cantik.
5. Masak Seperti Kebiasaan Dan Jangan Kacau Nasi
Setelah nasi masak, jangan terus kacau ketika masih panas. Biarkan dalam rice cooker selama 5–10 minit supaya wap keluar sepenuhnya. Ini akan mengelakkan nasi menjadi lembik.
6. Sejukkan Dulu Nasi Sebelum Goreng
Ini adalah amalan utama tukang masak nasi goreng di restoran.
Cara:
????Jika nasi masih panas, gaulkan perlahan-lahan untuk pecahkan gumpalan.
???? Biarkan nasi sejuk pada suhu bilik atau
masukkan ke dalam peti ais 1–2 jam (lagi bagus jika semalaman).
Nota: Nasi sejuk jadi lebih kering dan “seroi”, menjadikannya sangat sesuai untuk digoreng.
7. Simpan Nasi Dalam Bekas Terbuka Untuk Seketika
Jika tidak mahu masukkan nasi ke dalam peti ais, biarkan saja nasi yang masih panas dalam bekas tidak bertutup rapat selama 15–20 minit. Ini membolehkan wap panas keluar dan nasi akan mengering.
8. Guna Garfu Untuk Gemburkan Nasi
Sebolehnya guna garfu untuk kacau dan gembur nasi agar ianya lebih terpisah berbanding guna sudip biasa.
9. Guna Periuk Nasi Russell Taylor
Anda boleh guna fungsi "Low Sugar / Healthy Rice" yang terdapat pada Russell Taylor Rice Cooker (jika ada) Fungsi ini boleh mengurangkan kanji berlebihan dan menghasilkan nasi yang lebih sebiji-sebiji, seroi dan sangat cantik dilihat, paling sesuai untuk dibuat nasi goreng.
* Memang berbaloi beli periuk Russell Taylor Low Sugar Rice Cooker ni untuk jaga kesihatan, lebih2 lagi jika ada ahli keluarga yang ada masalah kesihatan (penyakit 3 serangkai misalnya dll). Periuk ni tak mahal pun, boleh anda beli kat Shopee
Nah..dengan mengikuti panduan diberi di atas, anda boleh mendapatkan nasi yang sempurna dan sesuai untuk nasi goreng yang cantik gebu dan sebiji-sebiji seperti di restoran dan hotel 5 bintang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa pakai beras rebus(parboiled rice) antara beras yg saya kira tahan lasak
1) Tiada kutu beras
2) Beras nya tiada isu berlendir atau basi selepas dimasak dan disimpan sehari semalam..
3) Teksturnya tidak secantik beras basmathi tapi kalau makan nasi puas hati lah sbb lebih kenyang berbanding makan beras biasa
Beras rebus sgt disarankan untuk makan kepada semua org termasuk pesakit kencing manis sebab GLI dia sgt rendah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|