CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hakim Danish tembus Q2 di GP Portugal

[Copy link]
Post time 8-11-2025 12:51 AM | Show all posts |Read mode
HAKIM Danish cipta kejutan layak ke sesi Q2 perlumbaan kelas Moto3 di Grand Prix Portugal.





Hakim Danish tembus Q2 di GP Portugal



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 7 November 2025, 11:26 pm


Share on facebook




KUALA LUMPUR – Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli terus mempamerkan peningkatan memberangsangkan dalam Kejuaraan Motosikal Dunia apabila menamatkan sesi latihan Grand Prix (GP) Portugal dalam kelompok 12 pelumba terpantas, sekali gus layak terus ke Kelayakan 2 (Q2) di Litar Antarabangsa Algarve, hari ini.

Hakim Danish yang bersaing dalam kelas Moto3 bersama pasukan Frinsa MT Helmet MSi itu mencatat masa 1 minit 47.899 saat, hanya dipisahkan 0.843s dengan pelumba Sepanyol, David Almansa yang merekodkan masa terpantas 1:47.056s.

Keputusan tersebut dianggap cukup positif memandangkan ini adalah penampilan kedua Hakim Danish bersaing di pentas dunia Moto3, namun berjaya memberikan tentangan sengit dengan pelumba yang jauh lebih berpengalaman di Moto3.

Menurut Hakim, perubahan pelarasan jentera memberikan impak besar kepada prestasinya di sesi latihan.

“Pada FP1 tadi, saya agak kurang selesa terutama dari segi setup jentera. Selepas itu, pasukan melakukan beberapa penambahbaikan dan saya mula rasa lebih baik.

“Saya dapat masuk selekoh dengan lebih laju dan buka throttle lebih awal ketika keluar selekoh. Secara keseluruhan, tunggangan saya meningkat hari ini.

“Litar ini agak mencabar kerana karakter turun naiknya, tetapi saya sangat gembira dapat menempah slot terus ke Q2. Komunikasi dengan kru dan mekanik juga sangat baik,” katanya.

Aksi berani dan penuh keyakinan yang dipamerkan Hakim Danish jelas menunjukkan beliau semakin serasi dengan jentera Moto3 selain cukup pantas menyesuaikan diri dengan karakter litar Algarve.

Fokus kini tertumpu kepada sesi Q2 esok, di mana Hakim Danish perlu memburu satu lagi pusingan terbaik bagi merebut petak utama dalam perlumbaan Ahad.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua berturut-turut Hakim Danish melangkah terus ke Q2, selepas mencuri tumpuan ketika beraksi sebagai pelumba wildcard di GP Malaysia. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/11/07/hakim-danish-tembus-q2-di-gp-portugal/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:10 AM GMT+8 , Processed in 1.247590 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list