CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 231|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan pertama

[Copy link]
Post time 15-10-2025 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan pertama

AFDAH MUJAP
15 Oktober 2025 06:43pm





Aaron-Wooi Yik gagal mengekalkan momentum yang ditunjukkan minggu lalu ketika muncul naib juara Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.






GANDINGAN utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kandas di pusingan pertama Terbuka Denmark 2025 di Odense pada Rabu.

Kali ini, lawan Aaron-Wooi Yik iaitu Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian tampil lebih bertenaga dengan mencatat kemenangan straight set 21-17 dan 21-13.


Aksi di Arena Jyske Bank itu hanya berlangsung dalam tempoh 33 minit.

Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan gandingan dari Indonesia itu sebanyak enam kali dalam 10 pertemuan.


Kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal mengekalkan momentum yang ditunjukkan minggu lalu ketika mereka muncul naib juara pada kejohanan Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.

Sementara itu, juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal berdepan ujian lebih mencabar dalam laluan ke suku akhir apabila menentang pasangan China, Gao Jiaxuan-Wu Mengying di pusingan kedua dalam saingan beregu campuran pada Khamis.

Pasangan pilihan keempat itu memulakan kempen dengan kemenangan meyakinkan ke atas gandingan Taiwan, Yang Po-hsuan-Hu Ling-fang, 21-15, 21-9.

Perlawanan tersebut turut menjadi penampilan semula Ee Wei selepas pulih daripada kecederaan abdomen yang menyebabkan beliau terlepas beberapa kejohanan utama sebelum ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/752667/berita/sukan/terbuka-denmark-aaron-wooi-yik-kandas-di-pusingan-pertama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 2.168202 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list