CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Nuraini lakar sejarah, hadiahkan gangsa buat negara sempena merdeka

[Copy link]
Post time 30-8-2025 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Nuraini lakar sejarah, hadiahkan gangsa buat negara sempena merdeka

BERNAMA - Ogos 30, 2025 @ 5:13pm





Nuraini ketika berada di podium bagi acara ujian masa individu pada Piala Dunia Para Berbasikal Lebuh Raya 2025 di Ronse, Belgium. Foto: Para berbasikal lebuh raya



KUALA LUMPUR: Skuad para berbasikal negara terus mencipta sejarah di pentas dunia apabila pelumba pelapis wanita, Nuraini Mohamad Shukri memenangi pingat gangsa acara ujian masa individu pada Piala Dunia Para Berbasikal Lebuh Raya 2025 di Ronse, Belgium, semalam.

Lebih manis, pencapaian sulung Nuraini di pentas dunia itu hadir bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 esok.

Dalam saingan kategori ujian masa individu - cycle 1 itu, Nuraini menamatkan kayuhan dengan catatan masa 26 minit 07.99 saat (s) di belakang juara dari Australia Tahlia Clayton-goodie yang merangkul emas (19:34.82s) sementara Victoria Maria De Camargo E Barbosa dari Brazil meraih perak (24:42.97s).

Kejayaan tersebut turut melakar sejarah baharu apabila Nuraini muncul atlet wanita para berbasikal pertama negara yang meraih pingat di pentas kejohanan itu.

Pencapaian ini juga menyusul selepas kejayaan Mohammad Yusof Hafizi merangkul gangsa pada kejohanan sama tahun lepas di Adelaide, Australia.

Pengurus pasukan, Fuzaime Shamsudin dalam kenyataan hari ini menyifatkan kejayaan Nuraini sebagai pendorong untuk memperkukuh keyakinan skuad para berbasikal negara dalam memburu pencapaian lebih besar pada masa hadapan.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/08/1440172/nuraini-lakar-sejarah-hadiahkan-gangsa-buat-negara-sempena-merdeka







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.756221 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list