CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 161|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Piastri tak anggap diri pencabar utama

[Copy link]
Post time 30-8-2025 05:10 AM | Show all posts |Read mode
PIASTRI kini mendahului carta kejuaraan keseluruhan dengan 284 mata selepas mengharungi 14 perlumbaan musim ini. - AFP





Piastri tak anggap diri pencabar utama



  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 29 Ogos 2025, 11:00 am


Share on facebook




WOKING – Pelumba McLaren, Oscar Piastri menegaskan, hubungannya dengan rakan sepasukan, Lando Norris masih akrab walaupun mereka berdua sedang bersaing bagi merebut kejuaraan dunia Formula Satu (F1).

Kedua-dua pelumba itu mempamerkan persaingan cukup sengit sepanjang saingan musim ini apabila Piastri mendahului carta kejuaraan dengan 284 mata, manakala Norris mengekori rapat di belakang mengumpul 275 mata.

Walaupun dilihat sangat kompetitif dalam perlumbaan, namun Piastri menjelaskan mereka tetap bekerjasama bagi membantu pasukan biarpun ramai mendakwa bahawa dia dan Norris adalah seteru utama.

“Secara jujur, hubungan kami tidak berubah dan masih sama seperti dahulu. Mungkin saingan kompetitif lebih berbeza pada saingan musim ini, terutamanya ketika kami bersaing di dalam litar.

“Kami berdua sedar bahawa kami perlu melakukan yang terbaik bagi membantu pasukan dan ia merupakan satu keutamaan. Kami bersaing secara sihat dan secara tidak langsung meningkatkan kemampuan pasukan,” katanya.

Pelumba Australia itu juga menjelaskan, dia berdepan tekanan cukup tinggi selepas dilabel sebagai pencabar takhta kejuaraan memandangkan dia baru sahaja memasuki musim ketiga dalam saingan F1.

“Apa yang boleh saya cakap, saya menangani tekanan ini cukup baik. Saya hanya fikir untuk tamatkan setiap perlumbaan di kedudukan terbaik, bukannya memberikan fokus terhadap takhta kejuaraan,” ujar Piastri. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2025/08/29/piastri-tak-anggap-diri-pencabar-utama/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 1.262739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list