CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 8985|Reply: 55

[Tempatan] Suami pengasas Dnars diperintah pulang semula RM1.3 juta duit arwah isteri

[Copy link]
Post time 14-8-2025 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bernama
14 Ogos 2025

SUAMI pengasas produk Dnars, Ahmad Shah Rizal Ibrahim diperintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mendepositkan semula wang tunai berjumlah RM1.3 juta milik Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad (gambar kecil) dalam sebutan kes hari ini.

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan suami pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, supaya memulangkan semula wang tunai milik isterinya, Faziani Rohban Ahmad ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarhamah.

Akaun pentadbir bersama itu dimiliki oleh Ahmad Shah Rizal dan anak sulung Allahyarhamah Faziani, Aqbar Hakim Jasman, 25.

Hakim Zaini Sulaiman memerintahkan beliau berbuat demikian dalam tempoh 30 hari bermula hari ini selepas membenarkan permohonan ahli-ahli waris arwah.


Keadaan kereta Allahyarhamah Faziani selepas berlaku kemalangan yang meragut nyawanya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019.


“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil oleh plaintif dalam peti besi sebelum ini yang kini berada dalam milikan plaintif secara peribadi perlu didepositkan ke akaun bank pentadbir bersama harta pusaka Allahyarhamah sebelum mahkamah memutuskan soal tuntutan harta sepencarian,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Keluarga Allahyarhamah Faziani diwakili oleh peguam, Shaharuddin Mohamed dan Naimah Saupi, manakala Ahmad Shah Rizal diwakili oleh peguam, Mohd Firdaus Mohd Tamrin dan Ismail Mohd.

Shaharuddin berkata, berikutan perintah itu, Ahmad Shah Rizal dikehendaki mematuhi perintah itu dan sekiranya gagal, dia boleh dikenakan prosiding komital.

Terdahulu, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah.

Salah satu harta sepencarian yang dituntut adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada dalam peti besi sebelum diambil oleh beliau.

Allahyarhamah Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 akibat kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Beliau berusia 39 tahun ketika kejadian dan suaminya, Ahmad Shah Rizal turut cedera parah dalam kemalangan tersebut.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2025 12:17 PM | Show all posts
teruk aihh makan sorang..ingat waris2 tak tau faraid kot nooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
accident tu pun quite suspicious, like hurm
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
duit 1.3 jute sekali hembus je …
örg kelatan ni founder kaya kaya belaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 01:45 PM | Show all posts
berapa tahun dah meninggal tak selesai lagi...
Byk harta dan aset ni memang nampak menyeksakan sbb lambat selesai..itulah impak pd org2 kaya yg sudah meninggal dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah berguling2 dlm kubur, waris tgh brebut harta kat dunia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayar je la
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 03:02 PM | Show all posts
ingat dapat la jadi duda kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2025 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 14-8-2025 03:19 PM

Mati umo 39 tp apsal muka she nmpak mcm acik2 warga mas jah??

Btw ni semua sbb kafarah jual produk beracun kah??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 03:31 PM | Show all posts
Kaya betholl. 1.3 juta dalam peti besi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa ada 8 anak kan. 4 anak faziani + 4 anak lelaki tu. Kesian juga anak2 faziani ni. Mcm teruk kena dgn bapa tiri. Anak lelaki kena penjara sbb ugut bapa tiri nya tu.Harap proses faraid ni cepat la settle
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 04:11 PM | Show all posts
smg cepat selesai urusan arwah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-8-2025 03:02 PM
ingat dapat la jadi duda kaya


Dah kawin ngan owner rissa skincare kan
Timbang kilo jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 06:22 PM | Show all posts
tethappp la skincare terpaling champion skincare dlm ban list kkm yach,,,

asabab dhuet tak barakohhh kahh?

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 14-8-2025 12:58 PM
accident tu pun quite suspicious, like hurm

Khen..nape tak disiasat eh..mentang2 kt Telen
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-8-2025 06:47 PM
Khen..nape tak disiasat eh..mentang2 kt Telen

alasan they all g thailand pun macam tak logic..husband dia kata penat malam tu sampai dari indo then pepagi masuk thailand just because nak hantar donation..sus ye kalau kai letih sgt mcm kan takleh pegi hari lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
iols ada simpan dalam peti besi juga. tp iols pesan siap² kat binik, kalau apa² jadi kat iols, uols ambik siap² yang ada dalam peti ni. untuk teruskan kehidupan sebab she tak keje. sementara nak settle yang lain² tu. harap² takde yang fight pulak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
padan la muka
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 14-8-2025 09:25 PM

Rupa dh la x de,pangai llak rakus.. blh  lak kawen dgn pompuan kaya..ishh done hencap mlm2 jumaat ni..habis pahala ngaji iols.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2025 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 14-8-2025 08:32 PM
iols ada simpan dalam peti besi juga. tp iols pesan siap² kat binik, kalau apa² jadi kat iols, uol ...


Sama la.. aku laki bini pon siapkan peti besi untuk fund kecemasan. Dah masing2 agree boleh guna sementara tunggu harta lain di faraidkan. Aku ambik pengajaran masa bapak aku meninggal, so sedih sebab struggle gila nak teruskan hidup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.952118 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list