CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 795|Reply: 2

Bintang ‘WKRP in Cincinnati’ Loni Anderson meninggal dunia

[Copy link]
Post time 5-8-2025 09:55 PM | Show all posts |Read mode





PELAKON veteran Hollywood, Loni Anderson yang mencipta nama menerusi siri komedi WKRP in Cincinnati sekitar 1970-an meninggal dua hari sebelum ulang tahun ke- 80, semalam.


Jurucakap keluarga dan publisis lamanya, Cheryl J. Kagan, berkata, Anderson menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Los Angeles selepas mengalami penyakit berpanjangan.


“Kami amat berdukacita untuk mengumumkan pemergian isteri, ibu dan nenek tersayang kami,” kata keluarga mendiang dalam satu kenyataan.


WKRP in Cincinnati yang disiarkan dari tahun 1978 hingga 1982, mengisahkan sebuah stesen radio yang bergelut untuk kekal relevan dengan muzik rock.


Penggiat seni kelahiran Minnesota itu memegang watak setiausaha stesen yang bijak dan glamor, apabila menggunakan daya tarikan untuk mengurus situasi kerja serba mencabar.


Karakter tersebut menjadikan beliau sebagai ikon televisyen sekali gus layak menerima dua pencalonan Anugerah Emmy serta tiga pencalonan Golden Globe.


Selain kejayaan di televisyen, Anderson turut membintangi filem Stroker Ace bersama aktor Burt Reynolds pada tahun 1983.


Mereka kemudian menjalin cinta sebelum mendirikan rumah tangga dan menjadi perhatian media sebelum berpisah dengan dramatik pada tahun 1994.


Anderson juga pernah mendedahkan perjalanan perkahwinan mereka dalam autobiografi My Life in High Heels yang diterbitkan pada 1995.


“Saya fikir jika anda mahu menulis mengenai diri sendiri, anda harus berlaku jujur termasuk sisi buruk.


“Anda mungkin tidak akan menulis perkara paling indah mengenai diri sendiri kerana anda berkata benar,” katanya kepada AP.


Sepanjang kerjayanya, aktres terbabit turut muncul dalam drama bersiri seperti S.W.A.T., Police Woman dan Easy Street, serta filem televisyen seperti White Hot: The Mysterious Murder of Thelma Todd.


Majlis pengebumian difahamkan akan diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan kenalan terdekat di Hollywood Forever Cemetery.


Anderson meninggalkan suami juga penyanyi, Bob Flick bersama anak perempuan, Deidra dan menantunya Charlie Hoffman.


Mendiang juga meninggalkan anak hasil perkahwinan dengan mendiang Reynolds iaitu Quinton Anderson Reynolds.


Anderson dilapor mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali, dengan perkahwinan terakhir bersama Flick pada 2008.


Menyingkap asal usulnya, Anderson dilahirkan pada 5 Ogos 1945 di St. Paul, Minnesota. Ayahnya seorang ahli kimia alam sekitar manakala ibu merupakan peragawati.


Beliau yang menceburi lakonan sekitar 1966 beraksi kali terakhir dua tahun lalu dalam filem saluran Lifetime, Ladies Of The 80s: A Divas Christmas bersama Linda Gray, Donna Mills, Morgan Fairchild dan Nicollette Sheridan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2025 01:00 AM | Show all posts
RIP.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Rest in peace
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.234829 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list