CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1158|Reply: 11

CEO terkenal, Andy Byron Kantoi Peluk ‘Skandal’ Semasa Konsert Coldplay

[Copy link]
Post time 18-7-2025 03:25 PM | Show all posts |Read mode





Seorang CEO syarikat teknologi telah dirakam berpelukan dengan rakan sekerja dan imej mereka dipaparkan di Jumbotron semasa konsert Coldplay. Hal ini menyebabkan kedua-duanya melarikan diri dalam keadaan malu dan mencetuskan dakwaan berlaku kecurangan.


Rakaman yang tular semalam di media sosial menunjukkan CEO Astronomer, Andy Byron, dan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikatnya, Kristin Cabot, melatah kekok apabila imej mereka terpampang di ‘kiss cam’ sambil berpelukan semasa konsert kumpulan itu di Boston pada malam Rabu.


Dalam klip yang dikongsi di TikTok oleh pengguna @instaagrace, vokalis Coldplay, Chris Martin, kedengaran berkata, “Oh, lihatlah dua orang ini” ketika kamera menyorot ke arah Byron dan Cabot.





Byron, yang pada ketika itu sedang memeluk Cabot, segera melepaskan pelukannya apabila rakan sekerjanya itu menekup muka dengan tangan, manakala dia pula mencangkung, cuba menyorok daripada kamera.


“Oh, apa… sama ada mereka menjalin hubungan sulit atau mereka hanya sangat pemalu,” seloroh Martin apabila pasangan itu melarikan diri dari tempat mereka berdiri.


Memetik Independent, Byron telah menjadi CEO Astronomer, sebuah platform pengurusan data yang berpangkalan di New York City sejak 2023. Syarikat itu “memperkasakan pasukan data untuk merealisasikan analitik kritikal, AI, dan perisian,” menurut halaman LinkedIn syarikat.







Sementara itu, Cabot menyertai pasukan itu sembilan bulan lalu, menurut LinkedIn beliau.


Beliau juga didakwa telah memadamkan nama keluarga keduanya, Thornby, yang sebelum ini diletakkan dalam kurungan di media sosialnya, menurut laporan The Sun, yang mula-mula melaporkan video tersebut.


Susulan itu,netizen dunia yang sudah menonton video itu meluahkan betapa puasnya hati melihat kebenaran terbongkar dengan cara yang tidak disangkakan di dalam konsert yang gah itu.


Sumber : The Vocket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka haha
viral gila skandal ni kat TT msg2 duk menganjing ada siap buat parodi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Seswai lah dengan muka depa. Satu dunia tau ko berskandal
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Seswai lah dengan muka depa. Satu dunia tau ko berskandal
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Seswai lah dengan muka depa. Satu dunia tau ko berskandal
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Seloroh Chris about them having an affair dah jd fakta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2025 08:54 AM | Show all posts
kelakar kan. Tambah dgn komen chris tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 08:55 AM | Show all posts
Just kesian kat partner masing2 la. Deyols pun terpalit malu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2025 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
opps
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2025 02:17 PM | Show all posts
Wowie tangan kat tetek
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:02 AM | Show all posts
Seriously tho.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Malunya...satu dunia tengok video scandal tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:48 PM GMT+8 , Processed in 3.728420 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list