CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 875|Reply: 4

Taeil kena penjara tiga tahun, nama didaftar sebagai pesalah jenayah seksual

[Copy link]
Post time 11-7-2025 12:43 PM | Show all posts |Read mode





PENYANYI Taeil dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan atas kesalahan jenayah seksual yang dilakukan pada Jun tahun lalu.


Mahkamah Daerah Seoul menetapkan hukuman itu terhadap Taeil, 31, bersama dua lagi sahabatnya pada Khamis.


Ketiga-tiga mereka turut diarahkan untuk mengikuti program pendidikan berkaitan keganasan seksual selama 40 jam.


Tidak hanya itu, kesemua tertuduh perlu didaftarkan sebagai pesalah jenayah seksual di kawasan tempat tinggal masing-masing.


Mahkamah dalam masa sama melarang Taeil bekerja dalam bidang yang melibatkan kanak-kanak dan remaja selama tempoh lima tahun akan datang.


Taeil yang juga merupakan bekas anggota kumpulan NCT sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya namun memohon hukuman lebih ringan.


Ketika perbicaraan berlangsung sebelum ini, peguamnya memberitahu Taeil telah mengakui kesilapan sendiri dan berjanji tidak akan mengulanginya.


Taeil melakukan kesalahan itu bersama dua lagi rakannya pada Jun tahun lalu melibatkan mangsa seorang wanita warganegara China.  


Sumber:  mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dorang siap plan lagi tu
tak percaya aku ni first time dia buat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2025 11:31 AM | Show all posts
Kat Malaysia kena buat mcm ni, ada sex offender list
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2025 11:30 PM | Show all posts
Igt lg tak kes atuk korea serang budak 8 tahun secara brutal. Ganas mcm tu pun kena jail 12 tahun je. Alasan heols mabuk. Taeil pula bg alasan tak plan pun perbuatan tu.

Baru tgk detail kes ni kat satu channel (utube). Kisahnya Taeil & 2 kwn ambil kesempatan terhadap sorang pelancong dr China (victim), yg deyols jumpa kat sebuah bar. Pelancong tu mabuk teruk , deyols panggil taxi & bawa (ke rumah kwn Taeil)  utk rape. Dh selesai , deyols panggil taxi utk hantar sheols pulang. Time tu victim still dlm keadaan tak sedarkan diri. Bila sedar, sheols terus buat police report. So ada bukti la kat badan tu. Tp sheols tak igt pelaku. Polis jalankan siasatan , check cctv , taxi & akhirnya jumpa .


The prosecution continued, “The defendants even suggested sending the victim away by taxi to a location different from where the crime occurred, intending to confuse her about the location or make it difficult for the police to track the case. This shows a deliberate attempt to obstruct investigation, particularly exploiting the fact that the victim is a foreigner.”

https://www.soompi.com/article/1753389wpp/prosecution-requests-7-year-sentence-at-first-hearing-for-taeils-sexual-offense-case





Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2025 09:34 AM | Show all posts
borrow replied at 6-8-2025 11:30 PM
Igt lg tak kes atuk korea serang budak 8 tahun secara brutal. Ganas mcm tu pun kena jail 12 tahun je ...

@golf hit game Ya Allah, kes ni memang menyayat hati dan buat orang rasa marah sangat. Bayangkan trauma yang mangsa tu kena hadap, tambah pula dia sorang pelancong — jauh dari negara sendiri. Lepas tu, pesalah boleh bagi alasan mabuk dan tak plan pun buat macam tu? Langsung tak masuk akal. Hukuman 12 tahun tu pun rasa macam tak setimpal langsung dengan kekejaman yang dia buat. Sistem keadilan kadang-kadang macam tak berpihak pada mangsa pun.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:48 PM GMT+8 , Processed in 1.193588 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list