CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1341|Reply: 6

Kematian Lee Seo Yi Dirahsiakan Selama 10 Hari Sebelum Diumumkan Kepada Peminat

[Copy link]
Post time 2-7-2025 09:29 PM | Show all posts |Read mode





Industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Lee Seo Yi, yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 43 tahun.


Perkhabaran duka itu dimaklumkan oleh seorang individu yang dipercayai pengurusnya menerusi akaun media sosial milik mendiang, pada 1 Julai.


Difahamkan, Lee Seo Yi atau nama sebenarnya Song Soo Yeon menghembuskan nafas terakhir pada 20 Jun, namun berita tersebut baru dimaklumkan kepada umum pada Rabu.


Adik perempuan saya yang bijak, cantik dan baik hati telah meninggal dunia. Dia telah menjadi bintang di langit pada 20 Jun.


Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan.


Berita pemergian aktres ini mengejutkan peminat dan rakan industri, yang turut meratapi kehilangan seorang figura seni yang berbakat besar.


Lee Seo Yi dilahirkan pada 18 April 1982, dan memulakan kerjaya lakonannya menerusi drama ‘Hur Jun, The Original Story’ yang disiarkan di saluran MBC pada tahun 2013.


Sepanjang kerjayanya, beliau turut membintangi beberapa karya terkenal seperti drama SBS ‘Cheongdam-dong Scandal’ (2014), serta filem ‘The King’ dan ‘Killing Romance’.


Selain berbakat dalam bidang seni, Lee juga cemerlang dalam bidang akademik dan merupakan graduan jurusan Pengajian Czech dan Slovakia dari Hankuk University of Foreign Studies, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Pusan National University.




Sumber – Allkpop, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2025 09:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Unalive kan diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2025 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Yoonggi: Unalive kan diri ke?


Selalunya kalau tak bgtau sebab apa, mmg self unalive
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2025 11:55 AM | Show all posts
suicide lah selalunya
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:03 AM | Show all posts
More like suicide.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2026 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Rest in peace
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:48 PM GMT+8 , Processed in 2.167117 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list