CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2256|Reply: 22

eksiden lg!!!

[Copy link]
Post time 27-5-2011 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Kemalangan terkini melibatkan 3 bas ekspres yang bertembung di Simpang Pulai, Ipoh. Berpuluh-puluh penumpang cedera terutama di bahagian muka. Malang tidak berbau jadi berhati-hatilah terutama pemandu kenderaan yang membawa banyak nyawa insan yang memberi amanah kepada anda untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Ada sape2 yg bole sah kan ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 04:33 PM | Show all posts
betul ke berita ni??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:36 PM | Show all posts
dari mana sumber yang u dapat siap tanya sapa sapa bole sah kan ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:36 PM | Show all posts
anak aku tumpang balik naik kete my fren dari ipoh..... harap mereka tak terlibat dlm kemalangan ini dan mana2 kemalangan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:37 PM | Show all posts
sila kasi pencerahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 04:40 PM | Show all posts
Kemalangan terkini melibatkan 3 bas ekspres yang bertembung di Simpang Pulai, Ipoh. Berpuluh-puluh penumpang cedera terutama di bahagian muka. Malang tidak berbau jadi berhati-hatilah terutama pemandu kenderaan yang membawa banyak nyawa insan yang memberi amanah kepada anda untuk sampai ke destinasi dengan selamat. - Oh! Media

*kredit to Oh Media
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2011 04:43 PM | Show all posts
OMG!!!{:1_126:}


x tau nak komen sbb x dapat berita lengkap:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 04:46 PM | Show all posts
Reply 7# solstice


    sbb tu tanya ade sape2 leh sahkn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 04:47 PM | Show all posts
apa mksud sanchai tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:49 PM | Show all posts
3 bas sekali  ??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by koboi at 27-5-2011 16:54

sumber TT tu koboi baca yang sama dari facebook OhMedia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:53 PM | Show all posts
Ini pula dari TV3:

‎"Berpuluh penumpang cedera selepas tiga bas ekpres dan sebuah kereta bertembung berhampiran susur keluar Simpang Pulai, dekat Ipoh.

Kemalangan berlaku selepas sebuah lori dari lorong kiri memasuki lorong kanan dan menghimpit bas yang dalam perjalanan dari arah sama.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1: 40 pagi tadi di Kilometer 282 Lebuh Raya Utara Selatan."

-info Berita Terkini TV3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 04:58 PM | Show all posts
Reply 12# koboi


    terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:59 PM | Show all posts
Lima cedera kemalangan
27/05/2011 4:10pm

IPOH - Lima penumpang bas ekspres cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah lagi bas ekspres dan sebuah kereta di Km 282.5 Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) dekat sini hari ini.

Ketua Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata kelima-lima penumpang bas berkenaan yang berusia antara 20 hingga 45 tahun yang hanya cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 1.45 pagi tadi apabila bas ekspres terbabit merempuh belakang sebuah bas ekspres di hadapan yang berhenti di lorong kecemasan, katanya kepada pemberita. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 05:00 PM | Show all posts
Reply 4# flight714


    harap2 selamat smpaii..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 05:00 PM | Show all posts
May 27, 2011 17:14 PM

Five Injured In Express Bus Pile-up

IPOH, May 27 (Bernama) -- Five people sustained minor injuries when the express bus they were travelling in involved in an accident with three other express buses and a car at Km 282.5 of the North-South Expressway, near here, early Friday.

Ipoh traffic chief, DSP Mohd Rodzi Rejab said the five, aged between 20 and 45, received outpatient treatment at the Raja Permaisuri Bainun Hospital.

The bus was travelling to Kuala Lumpur when it rammed into an express bus that was parked in the emergency lane at about 1.45pm.

At the same time, a Proton Persona car and another express bus that were travelling behind, stopped at the scene but was rammed by another express bus.

The passengers in the car and the three express buses were unhurt.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 05:01 PM | Show all posts
kat blog ondscene takde lg.. sbb laptop dia rosak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 05:01 PM | Show all posts
eksiden lagiii........haishhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 05:15 PM | Show all posts
Lima Cedera Kemalangan Babitkan Tiga Bas Ekspres

IPOH: Lima penumpang bas ekspres cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah lagi bas ekspres dan sebuah kereta di Km 282.5 Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) dekat sini, Jumaat.

Ketua Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata kelima-lima penumpang bas berkenaan yang berusia antara 20 hingga 45 tahun yang hanya cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 1.45 pagi tadi apabila bas ekspres terbabit merempuh belakang sebuah bas ekspres di hadapan yang berhenti di lorong kecemasan, katanya kepada pemberita.

Mohd Rodzi berkata pada masa sama sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lagi bas ekspres yang mengekori dari belakang turut berhenti tetapi dirempuh oleh sebuah bas ekspres dari belakang.

Penumpang dalam tiga buah lagi bas dan kereta tidak mengalami kecederan, katanya. Kesemua kenderaan terlibat dalam perjalanan dari utara ke selatan menuju ke Kuala Lumpur.

Sementara itu dalam kejadian lain, seorang pemandu kereta terbunuh selepas keretanya terbabas dan merempuh penghadang jalan di Km 377.5 Lebuh raya Utara-Selatan dekat Slim River semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 5 petang itu dikenali sebagai Sue Li Zhi, 21, berasal dari Taman Mansion, Ipoh.

Jurucakap polis Slim River berkata mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.-BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 05:33 PM | Show all posts
alamak...musim bas eksiden datang lagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.072878 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list