CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 788|Reply: 0

Sambut kelahiran sulung, 4 petanda penting suami isteri perlu cakna bermula trimester pertama

[Copy link]
Post time 28-4-2025 08:57 PM | Show all posts |Read mode


MENYAMBUT kelahiran cahaya mata pertama adalah pengalaman yang cukup mengujakan bagi pasangan suami isteri.


Namun di sebalik keterujaan itu, ramai first-time parents mungkin belum benar-benar bersedia untuk melangkah ke lembaran baharu itu yang bermula seawal trimester pertama kehamilan si isteri.


Merupakan fasa kritikal bukan sahaja untuk perkembangan janin, trimester pertama juga perlu dipersiapkan dari segi persiapan mental, emosi dan fizikal pasangan.




Sediakan payung sebelum hujan, setiap ibu bapa yang dalam proses menyambut kelahiran anak sulung perlu cakna tentang empat petanda sebelum dan selepas isteri bersalin.


1. Perbezaan Braxton Hicks dan Kontraksi


Semasa proses kehamilan, kebanyakan ibu akan mengalami kekejangan atau rasa tegang pada bahagian perut.


Perkara itu berlaku atas faktor dua jenis kontraksi utama yang perlu dibezakan iaitu Braxton Hicks dan kontraksi sebenar.


Braxton Hicks (Kontraksi Palsu)


Bila Berlaku: Biasanya bermula selepas pertengahan kehamilan sekitar trimester kedua atau ketiga.


Rasa: Seperti kekejangan atau rasa tegang di bahagian perut, tetapi tidak terlalu sakit.


Tempoh: Biasanya pendek kurang dari 30 saat hingga dua minit.


Kesan: Tidak menyebabkan perubahan pada serviks pembukaan rahim.




Kontraksi Sebenar (Kontraksi Bersalin)


Bila Berlaku: Biasanya bermula menjelang minggu ke-37 ke atas.


Rasa: Lebih kuat, lebih sakit seperti sakit belakang atau rasa perut bergoncang dan diikuti dengan tekanan di bahagian bawah.


Tempoh: Semakin lama dan lebih konsisten (30-70 saat setiap kontraksi).


2. Kiraan waktu kontraksi


Menjelang akhir kehamilan, ibu hamil akan mula merasai kontraksi. Namun, penting untuk mengetahui bila kontraksi itu benar-benar menandakan anda sedang dalam proses bersalin dan bila perlu ke hospital.


Dua perkara utama yang perlu diambil kira:


Kekerapan Kontraksi


Ukur masa dari permulaan satu kontraksi ke permulaan kontraksi yang seterusnya.


Tempoh Kontraksi


Catatkan berapa lama satu kontraksi berlangsung, dari mula sakit hingga ia hilang.




3. Teknik pernafasan


Pada fasa awal kelahiran, ketika kontraksi masih ringan dan tidak konsisten, ibu digalakkan untuk bernafas secara perlahan dengan dalam.


Caranya adalah dengan menarik nafas panjang melalui hidung, membiarkan perut mengembang, kemudian melepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut.


Teknik ini membantu tubuh dan minda untuk lebih bertenang sebelum permulaan proses kelahiran.




4. Tumpahan darah


Selepas kelahiran bayi, badan seorang ibu akan melalui pelbagai proses pemulihan dan salah satu perubahan semula jadi yang akan berlaku ialah tumpahan darah atau dalam istilah perubatan disebut sebagai lochia.


Biasanya, tumpahan darah ini berlangsung antara empat hingga enam minggu selepas bersalin namun, ia bergantung pada individu dan kaedah kelahiran sama ada bersalin normal atau melalui pembedahan caesarean.


Bagi membantu mempercepatkan pemulihan, ibu disarankan untuk berehat secukupnya, mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga kebersihan kawasan faraj. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063039 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list