CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

Baru tahu rupanya makanan terlampau pedas boleh jejas kesihatan mental!

[Copy link]
Post time 24-3-2025 11:47 AM | Show all posts |Read mode

PENGAMBILAN makanan pedas sudah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia kerana ia dianggap sebagai penambah selera dalam setiap hidangan.

Tanpa elemen pedas, makanan sering dirasakan kurang enak dan tidak memuaskan.

Namun, tahukah anda bahawa makanan pedas bukan sahaja memberi kesan kepada sistem penghadaman tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan mental?

Pengarah Metropolis Healthcare, Ameera Shah menjelaskan makanan pedas bukan sahaja membahayakan usus tetapi ia boleh membunuh otak dan menyebabkan masalah mental.

Kajian menunjukkan bahawa bakteria usus atau mikrobiota memainkan peranan penting bagi penghasilan bahan kimia dalam sistem saraf seperti serotonin, yang mempengaruhi mood dan kesejahteraan emosi.

Apabila keseimbangan mikrobiota terganggu, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan dan mengganggu komunikasi antara usus dan otak sekali gus meningkatkan risiko gangguan mental seperti kemurungan.

"Jika anda makan makanan pedas, ia boleh merosakkan lapisan usus, berisiko menyebabkan luka atau iritasi.

"Lebih membimbangkan, bakteria daripada usus boleh memasuki aliran darah dan sampai ke otak, kerana usus mempunyai hubungan saraf yang sangat kuat dengan otak.

"Jika kita melihat tubuh secara holistik dan bukan sebagai organ yang terpisah, ia adalah satu organisma yang mencari keseimbangan dan persekitaran yang sihat untuk hidup," katanya.

Selain itu, makanan bergula juga membahayakan kesihatan kerana menyebabkan lonjakan dan penurunan mendadak dalam paras gula darah sehingga menjadikan emosi tidak stabil.

Malah makanan diproses juga boleh meningkatkan gula sehingga mencetuskan ketagihan berpunca daripada perubahan emosi yang  bersifat tiruan dan tidak konsisten. -Agensi

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.053702 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list