View: 1952|Reply: 8
|
Anak dah pilih 3 baju raya, isteri masih keluar masuk ‘fitting room’. Staf butik sayu tengok suami setia menunggu
[Copy link]
|
|
DALAM keterujaan umat Islam membuat persiapan menyambut 1 Syawal tidak lama lagi, terselit satu kisah yang menyentuh emosi.
Kisah tersebut diceritakan semula oleh seorang wanita yang bekerja di sebuah premis dekat pusat beli-belah.
Menurut wanita itu, kedai tersebut didatangi tiga sekeluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak perempuan mereka berusia awal 20-an.
"Tujuan utama mereka datang adalah untuk menemani si mak shopping baju.
"Sepanjang mereka ada dekat situ, jiwa aku tak berhenti sebak dan sayu," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Bercerita lanjut, katanya, ketika si isteri sedang memilih baju dia dapat menyaksikan bagaimana rapat hubungan antara si bapa dengan anak perempuannya.
Malah, si bapa turut mahu membelikan baju buat anak gadisnya itu.
"Si ayah tak lekang dari mulut aju soalan 'Adik (panggilan anak) tak nak?' Si anak geleng cakap nak teman mak je. Ayah cakap 'Ambillah dik, cuba je dulu'.
"Tahu-tahu dari mula cuba-cuba, tiba-tiba dah tiga pasang confirm sebab si ayah berkenan tengok anak perempuan dia pakai baju-baju tu," ujarnya.
Bagaimanapun, si ibu masih belum membuat keputusan untuk membeli baju yang diingini meskipun sudah mencuba beberapa helai di bilik persalinan.
"Mak belum pun dapat sepasang sebab susah nak decide. Ayah duduk je relaks sabar menunggu.
"Bila mak cakap 'Maaf bang kejap ya, susah nak pilih, tengah fikir'. Si ayah jawab, 'Tak apa, santai-santai je fikirlah dulu'.
"Aku yang duduk kat belakang kaunter terus masuk bilik stock meleleh air mata laju," katanya.
Menurut pekerja wanita itu, kehadiran pakcik itu bersama isteri dan anak perempuannya membuatkan dia tersentuh hati kerana amat merindui arwah bapanya.
"Setiap kali si mak tukar-tukar baju, bila dengar je bunyi si mak buka pintu fitting room, ayah terus bangun dari kerusi dan ajak si anak pergi tengok mak dan beri pandangan.
"Betapa lembut dan penyabar si ayah. Terus buat aku terimbas sifat ayah aku yang juga serupa begitu.
"Terharu, selama ni pelanggan-pelanggan lain pun sweet juga tapi yang ni bersahaja tapi love language ayah tu A+ sebagai suami dan ayah," katanya lagi.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nak sayu kenapa. Tu laki dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia x ckp apa pun... Lagi sayu kalo laki dia tengking bini dia lama sngt pilih baju |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa tetiba nak meleleh air mata bagai? hasanah betul... |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg syahdu sg ni? nape ek kalau melinatkan lelaki mesti cepat org rasa kesian,.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nak sayu buat apa kat laki orang ha |
|
|
|
|
|
|
|
X psl2 iol ktawa bca crita ni, ko pula yg lebih2 nak sebak sayu mleleh air mta lol, klau iol jdi sales assistant, xde msa nak sibuk hal ehwal customer, iol thu nak balik cpat je
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan pupuk sifat mudah kasihan melihat suami orang lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|