CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2158|Reply: 0

Jual suara jadi ‘alarm’ bangun sahur, ada sanggup bayar Mimi Peri RM5,000

[Copy link]
Post time 13-3-2025 11:49 AM | Show all posts |Read mode

HANYA bermodalkan suara, personaliti media sosial Mimi Peri mampu meraih upah sebanyak RM600 bagi mengejutkan umat Islam bangun sahur.

Mimi atau Ahmad Jaelani, 37, berkata, ada juga golongan berada yang sanggup membayarnya sehingga RM5,000 semata-mata mahu dia mengejutkan mereka bangun menggunakan suaranya.

“Tahun ini naik sedikitlah, 2.5 juta rupiah (RM670). Ada juga polis turut membangunkan anggotanya dengan menggunakan suara saya.

"Ada pula permintaan daripada orang kaya yang kadang-kadang meminta saya ke rumah mereka dan berikan saya 20 juta rupiah (RM5,400) buat bangun mereka sekeluarga," katanya dalam program Pagi Pagi Ambyar Trans TV pada Rabu.

Dalam pada itu, pada Ramadan tahun lalu Mimi memberitahu dengan hanya tiga hari mengambil upah suara mengejutkan bangun sahur, dia mampu membeli telefon bimbit baharu jenis iPhone 15 Pro Max.

"Alhamdulillah puasa tahun ini saya sudah mampu untuk menukar telefon bimbit kepada iPhone 15 Pro Max. Ini adalah berkat daripada bangunkan orang untuk bersahur.

"Tiga hari kejut 'sahur,sahur' dapat ini (telefon)," ujarnya.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.049474 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list