Edited by pengecattaik at 12-3-2025 06:11 PM
SHAH ALAM - Kos sara hidup di Selangor kini berada pada tahap membimbangkan apabila gaji RM3,500 sebulan tidak lagi menjamin kehidupan yang selesa bagi penduduknya.
Ketua Penerangan Pas Selangor, Zurk Ahmad berkata, angka yang disebut dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Sentuhan Ramadan dalam Zakat Fitrah’ pada 7 Mac lalu adalah isyarat jelas bahawa kos sara hidup di Selangor telah melepasi tahap kritikal.
“Bayangkan, dalam negeri dikatakan paling maju di Malaysia, masih ada keluarga yang bergelut untuk menampung keperluan asas. Bukan kerana mereka malas tetapi kos sara hidup meningkat jauh lebih cepat berbanding kenaikan gaji.
“Realitinya dengan gaji sebanyak RM3,500 sebulan, ramai isi rumah di Selangor terpaksa hidup dalam keadaan cukup-cukup makan kerana separuh pendapatan habis untuk sewa rumah dan harga makanan terus melambung.
“Perbelanjaan sekolah anak semakin menekan dan bil utiliti serta kos pengangkutan menjadi beban tambahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
“Jika hal ini berterusan, apakah masa depan untuk generasi akan datang? Gaji yang dahulu mencukupi kini tidak lagi memberi jaminan kehidupan stabil.
“Bantuan kewangan yang diberikan hanyalah penyelesaian sementara sedangkan rakyat memerlukan solusi jangka panjang untuk keluar daripada belenggu kemiskinan moden ini.
Sinar Harian
|