View: 5660|Reply: 11
|
“Nak Poligami, Bincang Baik-Baik & Keputusan Biarlah Harmoni” - Ashraf Muslim
[Copy link]
|
|
Pelakon Ashraf Muslim menitipkan pesanan kepada pelakon Azlan Komeng mengenai hasrat untuk berpoligami serta berbincang dengan baik bersama isterinya, Nur Nilam.
Memetik Kosmo, Ashraf berkata perkahwinan adalah perkara baik yang perlu dimulakan dengan baik tanpa ada permasalahan yang timbul.
“Apa pun keputusan dibuat biarlah harmoni. Benda baik harus dimulakan dengan baik, jangan perkara baik mula dengan tak baik supaya tiada kekhilafan atau kesan kurang baik selepas itu. Faham satu sama lain dan dapatkan keredaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi orang sekeliling juga.
“Saya doakan sesiapa nak buat keputusan (berpoligami) atau apa-apa sahaja perkara dalam hidup. Berkahwin perubahan sangat besar, tidak kisah kahwin berapa atau bercerai. Fikir kesan dan cari solusi terbaik,” katanya.
Dalam masa sama, Ashraf turut menasihati kepada mereka yang ingin berpoligami agar tidak berkongsi secara terbuka terutama di media sosial sebaiknya antara suami isteri sahaja.
“Hal rumah tangga jangan uar-uarkan kepada masyarakat dan jangan aibkan antara satu sama lain. Dalam keluarga, kita perlukan kepercayaan, perkara tersebut susah nak dibina. Sekali rosak, susah nak dapatkan balik.
“Elakkan apa-apa kenyataan keluar dalam media sosial seperti hal dalam kain, isu periuk nasi atau cerita atas katil. Biarlah cerita antara suami dan isteri,” katanya.
Terdahulu, Nur Nilam menginzinkan Azlan untuk berkahwin lain kerana menghormati dan menyayangi suaminya, malah dia juga sudah bertemu dengan wanita berkenaan.
SUMBER: Kosmo, Rotikaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Moyangkucing at 12-3-2025 09:50 AM
- tak jadi komen- |
|
|
|
|
|
|
|
sembang la ko, jgn org korek kisah lampau |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai skrg aku masih kesian kat first wife die |
|
|
|
|
|
|
|
girtuhhh kata2 dari seorg yg berpoligami sampai ke telen nun tu pun sabit bini jmp tiket flight?? ke apa dah.
iols baca tajuk+para atas jah, malas sampai bawah |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke no. 1 dulu sampai masuk spital?
Amik je lah sherry jadi no. 3. Harap no. 2 setuju.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha dengau tu. Tiber dia lak jadik ikon poligami. Dulu pakcik Salleh tapi dah tak ikon mencapub komen2 pasal polygamous sejak cerai dengan bini ketiga, tua dan sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai....bukan ke dulu pun problem? Malas nak korek cerita...iols sibuk ni hahhahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bincang baik2? Bukan terkantoi kahwin kat Thailand ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm le org tak tahu cerita ttg dia dulu
Ehhh melayu mudah lupa sungguh le dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
padahal siap naik court kan kes dia dulu
sbb bini first tak nak cerai je kan
sembang kari kau serap
mujur netizen memaafkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ikon poligami ke dia nie? Just becos bini 1st diam je, tak bermakna poligami ko yang terbaik untuk dijadikan contoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|