CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23085|Reply: 16

Shahz Jaszle bersyukur masih ditawarkan watak hero - "Ada kabel (kroni) atau tidak, itu saya tak pasti.Tapi.."

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:55 PM | Show all posts |Read mode



Pelakon Shahz Jaszle, 37, bersyukur masih lagi mendapat tawaran watak hero pada usia yang diakui semakin meningkat, termasuk persaingan dengan bakat baharu yang lebih muda.

Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin berkata, dia bagaimanapun amat berterima kasih dengan stesen televisyen dan pihak produksi kerana masih mempercayainya untuk diberi peluang sebagai hero.

"Alhamdulillah. Saya nak ucapkan terima kasih kepada stesen televisyen dan pihak produksi yang masih percayakan saya untuk membawa watak berat atau sebagai hero tanpa mengira umur saya berapa.

"Pada saya, memang tak kira umur kita berapa, tetapi kalau watak itu memang sesuai untuk kita, itu pasti untuk kita," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

  


Ditanya juga sama ada dia dipilih untuk watak hero itu kerana 'kroni', Shahz berkata, dia tidak pasti mengenainya, namun apa yang penting dan utama adalah menjaga disiplin diri.

"Ada kabel (kroni) atau tidak, itu saya tak pasti. Tapi, nombor satu kita kena jaga disiplin diri. Kedua, teruskan 'humble' (merendah diri) dan beri komitmen 100 peratus pada kerja walaupun watak diberikan itu kecil.

"Selain itu, penampilan diri juga kena dijaga untuk dapatkan watak hero. Sebab betul, kalau badan besar sangat tak dapat 'job'. Ini jujur saya cakap," katanya ketawa.

Bapa tiga anak ini berkata, atas sebab itu dia melakukan inisiatif dengan transformasi diri memastikan berat badan turun dan kekal kurus yang ideal mengikut kehendak industri tempatan.

"Kebanyakan pihak produksi yang hubungi saya untuk tawaran watak mesti akan tanya (berat badan), Shahz besar ke kecil?. Jadi, ia beri tekanan juga sebenarnya sebab saya suka makan.

"Tapi, saya sedar lumrah sebagai selebriti dalam industri Malaysia ini yang memerlukan kita bertubuh kecil. Sebab kita tak ada watak berbeza sebagaimana cerita-cerita di luar negara untuk mereka (pelakon) bertubuh besar.

"Jadi, 'market' pelakon di Malaysia ini kena nampak penampilan itu sentiasa kacak. Inilah hakikat yang perlu diterima walaupun saya sekarang dah berumur 37 tahun. Tapi, saya kena tetap nampak muda," katanya.

Ujar pelakon filem Azura 2012 itu, dia yang kini mempunyai berat badan 74 kilogram daripada 88 kilogram sangat menjaga pemakanan harian, sentiasa bersenam dan mempunyai doktor peribadi untuk penjagaan kesihatan dan rawatan kulit.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara most promising aktor dulu, yang kerjaya rosak sebab bini birah si Shuk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 12:46 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 12-3-2025 03:00 PM
Antara most promising aktor dulu, yang kerjaya rosak sebab bini birah si Shuk tu.

iols google terus. ya ampun, kebirahan sheols mmg sejak muda ke rupanya kan? kesian heols kena bash kaw2 zmn tu. mujur socmed tak segila skrg masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 12:53 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 12-3-2025 11:00 PM
Antara most promising aktor dulu, yang kerjaya rosak sebab bini birah si Shuk tu.

MOHTIPPPP iols baru tahu dlu dia kena tangkap khalwat dgan farah shuk tu ????????
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 13-3-2025 05:36 AM
Orix replied at 13-3-2025 04:53 AM
MOHTIPPPP iols baru tahu dlu dia kena tangkap khalwat dgan farah shuk tu ????????


Hahahaha

So now you know.

Tapi Jezel ni pun satu. Dah helok hada tunang doktor masa tu, pi membirah dengan Farah. Huh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 13-3-2025 04:46 AM
iols google terus. ya ampun, kebirahan sheols mmg sejak muda ke rupanya kan? kesian heols kena bas ...

Iya. Ntah kenapa camtu skalik pangai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2025 03:15 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 13-3-2025 01:34 PM
Hahahaha

So now you know.

ooo yeke. i dgr cerita farah tu je tergila2 nak try jazle ni. kena tangkap pun masa tu ramai org kat rumahkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 13-3-2025 07:27 AM
sha82 replied at 13-3-2025 07:15 AM
ooo yeke. i dgr cerita farah tu je tergila2 nak try jazle ni. kena tangkap pun masa tu ramai org k ...


Kalau ramai orang kat rumah mana hado istilah tangkap basah...ex dia dulu, si acik Maria Farida tu pun kutuk dia lepas kes tu haha.

https://beautifulnara.com/shah-j ... ndiri-maria-farida/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2025 03:41 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 13-3-2025 03:22 PM
Kalau ramai orang kat rumah mana hado istilah tangkap basah...ex dia dulu, si acik Maria Farida tu ...

perghhh... 12 tahun yang lalu bhai..hihih. apa jadi dengan redwani petri sekarang?bakal doktor kan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Gianna111 replied at 13-3-2025 07:41 AM
perghhh... 12 tahun yang lalu bhai..hihih. apa jadi dengan redwani petri sekarang?bakal doktor kan ...

Cer google. Mana tau boleh jumpa linkedin ka Insta ka. Rasanya dah selamat jadik doktor, jadik wife orang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 03:47 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 13-3-2025 03:44 PM
Cer google. Mana tau boleh jumpa linkedin ka Insta ka. Rasanya dah selamat jadik doktor, jadik wif ...

parents Shahz jaszle ni dulu sangat banga tau anak dia bertunang dgn bakal doctor.paling-paling mak sik shahz jazle ni.
masa tu terserempak mak dia masa kenduri..hihihi si SJ ni pun ada masa tu.tak sangka lahai dah 12 tahun berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-3-2025 11:00 PM
Antara most promising aktor dulu, yang kerjaya rosak sebab bini birah si Shuk tu.

Heols jumpa depan2 mmg helloks sangat kaka chazey...tp sbb gossip Banyak sgt ..terus sendu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gianna111 replied at 13-3-2025 03:41 PM
perghhh... 12 tahun yang lalu bhai..hihih. apa jadi dengan redwani petri sekarang?bakal doktor kan ...

Ingat2 lupa dah kes nie.. Tapi rasanya abg si wani nie tak suka kat shahz nie kot.. Ke aiol salah orang.. Tapi mamat nie kira hebakk lah dulu.. Acik maria farida penah.. Miera liyana penah.. Jahlop pon penah.. Siap berutang lagi 5k ke 7k ntah..tapi jahloo dah halalkan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
limau_lemon replied at 13-3-2025 07:54 AM
Heols jumpa depan2 mmg helloks sangat kaka chazey...tp sbb gossip Banyak sgt ..terus sendu

Meols pun suka tengok dia dulu. Masa baru nak naik nama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
DukunSentet replied at 13-3-2025 08:02 AM
Ingat2 lupa dah kes nie.. Tapi rasanya abg si wani nie tak suka kat shahz nie kot.. Ke aiol salah  ...

Lupa lak list gfs dia suma hot2 kay. Fattah Amin pun tokleh lawan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-3-2025 03:44 PM
Cer google. Mana tau boleh jumpa linkedin ka Insta ka. Rasanya dah selamat jadik doktor, jadik wif ...


Ha ah..dh kawen..tak reti nk tepek gambo..mmg tak ensem la lakinya..tp mgkin dia amik iktibar..ensem tp nan hado oun takda gunanyaaa

https://www.facebook.com/share/p/1BJRpCEyiv/

Yg pastinya sama2 lokter meh..baru sekufu gitew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2025 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-3-2025 04:23 PM
Lupa lak list gfs dia suma hot2 kay. Fattah Amin pun tokleh lawan.

Dia masa awal kemunculan ensem..pehtu kelaut dalam

Patah amon masa awal kemunculan keding..hauk gila..tp slrg dh kacak la ikut taste netijen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084061 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list