View: 12068|Reply: 36
|
[Tempatan]
Ini ‘perangkap’ cara peniaga air balang
[Copy link]
|
|
Oleh KOSMO!
12 Mac 2025
PETALING JAYA – Taktik sesetengah peniaga air balang yang dikatakan ‘memerangkap’ pelanggan dengan memaparkan pilihan cawan kecil tetapi mendakwa ia kehabisan stok telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Menurut aduan yang tular, pelanggan mendakwa sesetengah peniaga menyediakan paparan harga dengan pilihan cawan kecil bagi menarik minat pembeli.
Namun, apabila pelanggan ingin membeli saiz tersebut, mereka diberitahu bahawa cawan kecil telah habis, lalu disarankan membeli saiz lebih besar dengan harga yang lebih mahal.
“Dekat bazar kawasan rumah aku. Tahun lepas, peniaga air balang tukis dekat depan ada (cawan) saiz kecil dan besar. Bila nak beli yang kecil dia cakap cawan kecil tak ada, cawan besar je ada.
“Mula okey lagi ingatkan memang cawan habis. Tahun ni, satu Ramadan aku pergi kedai sama nak beli yang (cawan) kecil. Skrip sama cakap kawan kecil tak ada, habis. Nak cepat habis jual, buat cara ‘perangkap’ pelanggan macam itu,” kata seorang pengadu.
Seorang lagi pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman sama menerusi catatan di Facebooknya semalam.
“Saya nampak menu ada cawan kecil dengan harga RM5, jadi saya pilih yang itu. Tapi bila nak bayar, peniaga kata cawan kecil dah habis, yang ada hanya saiz sederhana berharga RM8. Rasa tertipu,” luahnya.
Sementara itu, beberapa pengguna lain menggesa pihak berkuasa untuk sentiasa memantau peniaga air balang terutama di bazar Ramadan dan mengambil tindakan sekiranya wujud unsur eksploitasi demi melindungi hak pengguna. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau gi bazar tengok air balang warna warni tak pernah keinginan nak beli pun, teh ais madu pun bukan sedap, manis melecaih |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu kes menipu...
peniaga air balang ini tampal sticker (contohnya green tea)
gambar sticker tu nampak menggiurkan tapi bila lihat air yg real, alahai nampak pucat betul...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 12-3-2025 05:58 PM
Peniaga ni mmg nak up harga spt roti canai biasa tadak roti canai pisang ada, cakoi biasa tadak cakoi nutella ada, apam balik biasa tadak apam balik jagung dibubuh penuh kacang tanah ada, org nak beli rm2 je tapi di up suruh beli rm8, kalau sebegitu jgn beli kalau peniaga tamak haloba, speedmart ada roti canai frozen lah, kalau semua peniaga macam tu org hanya beli 1-2 tempat jah sbb budget rm10 dan balik, rm10 baik beli tepung |
|
|
|
|
|
|
|
sama macam dekat ngepot kluang Johor. Roti canai xdak roti telur ada. dengan angkuh aku order roti telur taknak telur.  |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 12-3-2025 05:15 PM
Aku kalau gi bazar tengok air balang warna warni tak pernah keinginan nak beli pun, teh ais madu pun ...
Acik tahun ni buat agar agar puding sendiri, perisa limau nipis....buat manis gila babi lepastu potong potong campur dengan kordial lite lite je manis. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia kata takde, sbg pembeli ko takde akal ke nak cakap "ok saya tak.jadi beli".
|
|
|
|
|
|
|
|
Air 'water colour'.  |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 12-3-2025 05:38 PM
Kalau dia kata takde, sbg pembeli ko takde akal ke nak cakap "ok saya tak.jadi beli".
Indeed. Aku pun heran. Awat la benda ni jadi isu. Tak dak sapa letak pisau kat leher suruh kita beli cup besar. Adoi kadawaley. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat aku cawan kecil rm3, cawan besar rm5
Dan diaorg guna air tapis sbb jika air paip masak tu tekak aku sakit jika minum
|
|
|
|
|
|
|
|
beli satu rm3, beli dua rm5 yang ni oklah, tektik halus nak cepat habiskan stok. Yang penting, tanya dulu ni guna air masak ke air paip  |
|
|
|
|
|
|
|
Buat sendiri saja la semua. Hati senang, poked senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Air balang ni lagi lah geli nak beli, mmg tak pernah beli sbb terbayang mesti dorg guna air paip tak masak. Lps tu colour2, geli lah bubuh pewarna sah2 tak sihat dgn manis dgn air paip mcm beli racun. Heran aku org beli air balang.
|
|
|
|
|
|
|
|
awak ingat saya ada masa untuk pening kepala untuk masak air |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 13-3-2025 12:42 AM
Air balang ni lagi lah geli nak beli, mmg tak pernah beli sbb terbayang mesti dorg guna air paip tak ...
Ada setengah peniaga diorg tinggal teruih balang yg berlambak tu kt khemah bazar entah bila masa plk diorg nak basuh entah2 berkubang tikus lipas waktu mlm, tau2 esok tuang ayaq colorful lg |
|
|
|
|
|
|
|
air lebih rm3 aku xbeli.... air perisa je nak mahal2 sampai rm4-5 inikan pula sampai dekat rm10 baik beli tropicana twister je |
|
|
|
|
|
|
|
pkp punya pasal air naik rm2 ke rm 3 skrg |
|
|
|
|
|
|
|
bubuh pewarna je tu.. kalo mcm2, jgn beli lah.
dah ler separuh cup, air batu je |
|
|
|
|
|
|
| |
|