CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14732|Reply: 0

Ramal kematian sendiri, peramal ini dibunuh kekasih gelapnya dengan seluar dalam beracun

[Copy link]
Post time 9-3-2025 02:55 PM | Show all posts |Read mode

Seorang peramal dari China meramalkan bahawa dia akan mati pada usia 50-an dan ramalan itu menjadi kenyataan. Cuma, ironinya dia mati kerana dibunuh oleh kekasih gelapnya hanya setahun sebelum usianya akan menjengah 60 tahun.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhou, bekerja sebagai peramal di Nanchong dalam wilayah Sichuan di China. Pada Mei 2017, Zhou telah jatuh sakit sehingga dimasukkan ke hospital.

Walaupun begitu, keadaan kesihatan Zhou semakin merosot dan akhirnya meninggal dunia. Ujian forensik mengesahkan bahawa kematiannya disebabkan oleh keracunan paraquat.


Paraquat adalah racun rumpai yang sangat toksik dan bertindak dengan cepat. Ia dikenali sebagai bahan yang berbahaya kepada paru-paru, buah pinggang dan hati apabila diserap ke dalam tubuh manusia.

Keluarganya mula mengesyaki Zhou mungkin dibunuh selepas anak perempuannya yang tinggal bersama dengannya menemui ubat batuk yang diminum Zhou telah dicampur dengan bahan beracun.

Balas Dendam

Penemuan itu membawa kepada penyiasatan pihak berkuasa yang mendedahkan satu lagi kejutan besar. Rupa-rupanya, Zhou ada kekasih gelap bernama Jing.

Asal perkenalan keduanya bermula pada tahun 2011 apabila ibu Jing telah disahkan menghidap kanser tahap akhir. Jing datang menemui Zhou untuk khidmat ramalan dengan harapan dapat membantu nasib malang yang menimpa ibunya.

Pasangan ini kemudiannya menjalin hubungan romantik yang membuatkan Jing beberapa kali hamil. Namun, setiap kali itu juga Zhou akan memaksanya untuk menggugurkan kandungannya.


Berkali-kali Jing meminta Zhou mengahwininya, tetapi lelaki itu menolak. Sebaliknya Zhou berdamai semula dengan bekas isterinya dan cuba menjauhkan diri dari Jing. Malah, Zhou sanggup berbohong kepada Jing dengan mengatakan dia menghidap kanser dengan harapan wanita itu akan meninggalkannya.

Jing yang merasa hidupnya hancur kerana telah dikhianati Zhou yang tidak bertanggungjawab akhirnya merancang untuk membalas dendam. Setelah mencari maklumat tentang bahaya racun paraquat, Jing telah mencampurkan racun tersebut ke dalam ubat batuk dan merendam empat helai seluar dalam dengan racun berkenaan sebelum memberikannya kepada Zhou.

Selepas meminum ubat batuk tersebut, Zhou mula berasa sakit pada kerongkongnya. Tubuhnya juga mula’membusuk’ kesan racun yang meresap ke dalam kulit setelah memakai seluar dalam yang diberikan Jing. Dan akhirnya, nyawa Zhou berakhir dalam keadaan yang menyiksakan.


Kisah ini berakhir dengan Jing dijatuhi hukuman penjara 14 tahun atas tuduhan membunuh pada September 2024. Kes ini juga telah mencetuskan perdebatan hangat di kalangan pengguna media sosial.

Ramai netizen yang ‘menyokong’ Jing dengan mengatakan ia adalah balasan setimpal untuk Zhou kerana berlaku kejam terhadap Jing. Apatah lagi seorang peramal seperti Zhou tidak sepatutnya memaksa wanita menggugurkan kandungan berulang kali.


Sumber: Utusan TV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054721 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list