View: 33491|Reply: 0
|
Cara Buat Teh Ais Kaw Dan Padu, Sekali Sedut Sampai Esok Boleh Ketagih
[Copy link]
|
|
Sekali dalam seumur hidup, anda pasti pernah minum Teh Ais yang sedap dan padu dijual oleh peniaga air balang. Sebenarnya, cara buat Teh Ais Kaw ini cukup mudah di rumah.
Khabbab Jamalludin telah kongsikan cara buat Teh Ais Kaw di Facebook dengan langkah demi langkah. Ikut saja caranya, pasti dapat hasil memuaskan. Jom kita cuba!
CARA BUAT TEH AIS KAW
Bahan-bahan:
3 sudu besar serbuk teh (jenama BOH Harimau)
500ml air panas (2 gelas)
1 sudu besar susu atau krimer pekat manis
3 sudu besar susu cair (jenama Ideal) atau krimer sejat (jenama Carnation, F&N dan lain-lain)
Ais secukupnya
Cara-cara membuat:
1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh (saya suka jenama BOH Harimau sebab sedap dan tak ada tambahan pewarna atau perasa seperti beberapa jenis teh timbang). Jika nak kurang kaw, boleh ambil 2 sudu besar saja.
2. Jerang air sampai mendidih. Nak didihkan atas dapur boleh, cerek eletrik pun boleh. Setelah mendidih, tuang perlahan ke dalam serbuk teh tadi. Tuang air panas dalam 500ml (2 gelas). Aduk perlahan dan biarkan selama 3 minit.
3. Selepas 3 minit, tapis serbuk teh dengan penapis kain. Biasanya, kita akan dapat dalam 300ml teh pekat lepas ditapis.
4. Tambahkan 1 sudu besar susu atau krimer pekat manis dan aduk. Kemudian, tambahkan 3 sudu besar susu cair (Ideal) atau krimer sejat (Carnation, F&N dan lain-lain). Sukatan susu pekat boleh disesuaikan dengan selera dan masalah kesihatan. Cara ini akan menghasilkan pati teh tarik yang pekat dan jangan tambah air dah.
5. Isikan bekas yang kita nak tuang dengan ais sehingga penuh. Tuang perlahan-lahan sambil biarkan pati teh yang sedikit panas mencairkan ais yang sejuk. Siap untuk dinikmati!
Cara buat Teh Ais Kaw ini dapat menghasilkan segelas besar (500ml). Jadi, anda boleh kongsi dua orang dengan 2 gelas biasa (250ml hingga 300ml).
Sebelum minum Teh Ais Kaw ini, pastikan makan sesuatu terlebih dahulu bagi mengelakkan gastrik atau kembung angin berlebihan.
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|