CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13453|Reply: 0

Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Darat ke-92

[Copy link]
Post time 1-3-2025 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Darat ke-92

BERNAMA - Mac 1, 2025 @ 5:07pm







KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM), veteran serta mereka yang pernah berkhidmat.

Dalam hantaran di Facebook, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada anggota TDM yang menjaga kedaulatan negara.

Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, bakti dan pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota TDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada," titah Sultan Ibrahim.

Hari Tentera Darat disambut setiap 1 Mac bagi mengukuhkan kesatuan warganya serta mengeratkan hubungan TDM dengan masyarakat, selain mengenang pengorbanan warga TDM yang berjuang demi mengekalkan kedaulatan tanah air. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1367399/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-tentera-darat-ke-92





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043207 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list