View: 21420|Reply: 5
|
Meninggal ketika tidur, isteri cerita wajah arwah Roslan Saleh nampak bersih dan tenang
[Copy link]
|
|
Isteri kepada pelakon Allahyarham Roslan Saleh iaitu Zainun Majid memberitahu suaminya itu meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika sedang tidur.
Menurut Zainun, 56, dia mengetahui arwah sudah tidak lagi bernyawa sewaktu mahu mengejutkan suami sejurus selesai menunaikan solat subuh.
“Arwah meninggal dunia ketika tidur, punca tu saya tak pasti mungkin ada kaitan dengan penyakit sebelum ini.
“Saya orang pertama tahu perkara itu selepas cuba kejutkannya selepas selesai solat subuh,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Dalam pada itu, Zainun berkata arwah tidak menunjukkan sebarang petanda sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Malah, wajah arwah kelihatan tenang dan bersyukur urusan perjalanan akhir suami dipermudahkan.
“Dia tiada beri apa-apa petunjuk atau berkelakuan pelik, cuma malam tadi dia demam panggil saya nak air... itu sahaja!
“Ramai ahli keluarga yang berebut nak mandi dan buat solat jenazah untuk arwah.
“Bila saya lihat wajah arwah, nampak mukanya dalam keadaan tenang dan bersih,” jelasnya.
Pada pagi Jumaat, Roslan disahkan meninggal dunia oleh anak perempuannya iaitu Farahanis menerusi satu hantaran yang di muat naik di Facebook.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka untuk pengurusan dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.
Untuk rekod sebelum ini Allahyarham mengalami penyakit kencing manis dan diabetes sejak tiga tahun lalu.
Malah kerana penyakit berkenaan arwah tidak dapat melihat dan sukar menguruskan diri sendiri.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Deyyy kencing manis n diabetes tu sama la tamby |
|
|
|
|
|
|
|
kot la ada orang yg tak faham BM....lately ni kan ramai parents is speaking english to their kids...even masa balik raya...go kiss granny...go kiss atok....shake hands...shake hands....hug...hug....
Al-fatehah...semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang2 yg beriman |
|
|
|
|
|
|
|
al fatehah..di permudahkan urusan arwah
|
|
|
|
|
|
|
|
Meols terfikir org yg ninggal masa tido atau pon ninggal tanpa sedarkan diri, rasa tak proses sakaratul maut? Ke alih2 sedar dah ninggal tiba2. |
|
|
|
|
|
|
|
dia mmg dh putih, memang la nampak bersih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|