CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30848|Reply: 26

[Tempatan] Mula-mula rela, lama-lama terseksa-Suami kahwin dua dah jarang balik rumah

[Copy link]
Post time 11-2-2025 08:45 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Hidup bermadu sering digambarkan sebagai satu ujian besar dalam rumah tangga, namun bagi sesetengah wanita, ia boleh berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak berpenghujung.

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Threads, dia mendakwa hidupnya hancur selepas suaminya berkahwin dengan isteri kedua.

Kata wanita itu, pada awalnya dia menerima keputusan suaminya untuk berkahwin lagi dengan hati terbuka dan selepas hampir setahun hidup berpoligami, keadaan berubah apabila dia mula merasakan dirinya serta anak-anak semakin diabaikan.



“Saya sanggup berkongsi kasih kerana percaya suami akan berlaku adil. Tetapi selepas dia berkahwin dengan isteri muda, perhatian dan kasih sayangnya semakin berkurang. Saya dan anak-anak mula terpinggir.

“Jika dahulu perkahwinan kami indah dan bahagia, kini seperti neraka apabila penuh dengan keseksaan jiwa dan emosi saya dan anak-anak,” luahnya.

Wanita itu juga mendakwa suaminya bukan sahaja jarang pulang ke rumah, tetapi mula mengabaikan tanggungjawab kewangan terhadapnya dan anak-anak, malah bil rumah serta keperluan sekolah dua cahaya mata itu terpaksa ditanggungnya seorang diri.

“Dulu, dia seorang suami dan ayah yang penyayang. Tetapi sekarang, dia seolah-olah sudah lupa bahawa dia masih mempunyai keluarga pertama yang memerlukan kasih sayangnya,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima dengan hati terbuka tu sebab fefeeling bini Abang Tesla ke??
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:52 AM | Show all posts
x semua lelaki fhm maksud ADIL tu. bertabahlah kak, moga ada sinar di hujung lorong nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 11:23 AM | Show all posts
takde maknanya kak, mcm mana la bole caya. laki makin tua nk bgn ppagi pg balik keje hari2 pun makin tak larat. inikan dia nk ulang alik kejap sana kejap sini semata2 nk pg tunaikan tggjawab utk ank bini. elok dia hadap yg satu je....janji tang keperluan dia selesai
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 12-2-2025 11:23 AM
takde maknanya kak, mcm mana la bole caya. laki makin tua nk bgn ppagi pg balik keje hari2 pun makin ...

Ai pun rasa gini lebih logik and practical.. penat kot nak berkejar sana sini gilir family
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2025 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk serumah ja boleh threesome
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebnrnya b4 bg suami kahwin lain..buat dulu surat perjanjian..klu suami engkar..samada merengkok di penjara or byr 1st wife substantial amount..b4 nak buat baik kat org protect dulu diri kita dan anak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cinta tak boleh dipaksa dik. Ko yang bertahan masa dia nak kawin dua.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 12-2-2025 01:43 PM

Andartu aman2 aja hidup, bini2 org nak cerai kena harung jaga anak sorang2 sambil berkata kembali kan dara aku gitu, hidup tak boleh gostan
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 02:05 PM | Show all posts
Edited by IzzahF at 12-2-2025 02:07 PM
green~tea replied at 12-2-2025 12:02 PM
Ai pun rasa gini lebih logik and practical.. penat kot nak berkejar sana sini gilir family

tu la kan jantan makin tua nk pg keje pun susah nk bgn. inikan pulak nk pg balik pg balik semata2 nk tgk bini. nak bantu2 urus anak2 lg la jangan harap. jantan byk bini ni biasanya tak btggjawab pada family. tu sbb dia sempat menyundal mengorat betina lain. bapak lain huru hara tiap hari hantar ambik anak skolah, tuition lg, taekwondo la...ajar anak mengaji, ajar anak2 basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah, sama2 bantu bini mandi, cebok anak bagai. mengadap anak sakit lg..

jantan yg byk bini ni, kalo nk balik ke bini tua time nk mencrettt aje. tu pun sbb bini muda bendera merah. cuba kalo bini muda available..yg tu la ditonyohnya hari2. tak hingin dia tgk muka bini tua


bini tua hadap la hidup serupa janda. elok tak berlaki dari mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon bercerai...ada laki pun serba serbi kene byr+tgung sendiri baik jd janda jah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 02:44 PM | Show all posts
ni kesah bini pertama meroyan.. ari tu betina bertudung rela cari laki orang jadikan suami..

iols rasa nak cepuk2 je la betina gini.. xde maknanya dernag ni nak adil... semua kaan take for granted.. touch wood la... tu sbb mak iols bising... org pompuan kene ade income  sendiri... ape2 bole move on sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 12-2-2025 02:05 PM
tu la kan jantan makin tua nk pg keje pun susah nk bgn. inikan pulak nk pg balik pg balik semata2 n ...

Sian pulak dengar.. hanya pada Allah je yang benar2 tempat kita berpaut.. bukan pada manusia lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda baru tgh sedap mmg ler tak igt sbb sibuk meneroka barang baru tambah lagi yg baru tu manjah & seksi gitu...tggu terlantar sakit ja baru nak kenang barang lama yg penuh berjasa gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 12-2-2025 02:05 PM
tu la kan jantan makin tua nk pg keje pun susah nk bgn. inikan pulak nk pg balik pg balik semata2 n ...

Setuju
Jadi kat kawan
Tapi dia redha
Siap duduk serumah lagi
Rumah kuarters yang sempit
Dia anak sorg
Madu dia anak 4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 08:31 PM | Show all posts
kini seperti neraka
kini seperti neraka
kini seperti neraka
kini seperti neraka
kini seperti neraka

omg this is very hard to unread!

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri pilih jantan miang dan berebut2 jantan miang hujung2 jantan miang tetap pilih lain no 23456789
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 07:26 AM | Show all posts
Edited by IzzahF at 13-2-2025 12:31 PM
sapeka replied at 12-2-2025 07:11 PM
Setuju
Jadi kat kawan
Tapi dia redha

hidup serupa dah takde jalan lain lg, org kata alah dorang bahagia nape kita nk bising. lg menampakkan islam tu buruk. semiskin2 manusia la p sumbat semua bini serumah. tp org mcm ni tak de malu sedangkan malu tu sebahagian iman. janji byk bini...sunnah nabi katanya. walhal bukat sunat muakkad pun, wajib jauh sekali
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 13-2-2025 08:13 AM
ninja boy replied at 12-2-2025 01:41 PM
Andartu aman2 aja hidup, bini2 org nak cerai kena harung jaga anak sorang2 sambil berkata kembali ka ...


Tapi at least dah tua nanti yg bini bini orang tu ada la juga anak yang boleh tolong tolong bila dah tak larat tua nanti. Kalau bela kucing, kucing tak boleh tolong bawak kereta hantar kita ke hospital bila dah tua nanti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.082480 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list