CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34763|Reply: 20

[Tempatan] TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri

[Copy link]
Post time 9-2-2025 04:22 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Pihak pengurusan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) telah mengambil tindakan ke atas warga asing yang menjadikan premis itu sebagai ‘rumah’ mereka.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook TBS semalam, pihak pengurusan serta keselamatan telah melakukan rondaan dan tindakan ke atas warga asing yang tinggal dan ‘tidur’ di kawasan terbabit.

“Kami memahami kepentingan keselesaan dan keselamatan di TBS. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil untuk menangani isu warga asing tidur di terminal.

“Antaranya, menambahan kerusi di kawasan tertentu, penguatkuasaan harian oleh pihak pengurusan dan keselamatan serta bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk penyelesaian jangka panjang,”tulisnya pada hantaran di Facebook.



Mengulas lanjut, TBS berterima kasih atas kerjasama orang ramai dalam memastikan terminal itu kekal selesa dan mesra pengguna.

Sebelum ini, tular rakaman video warga asing berkumpul di TBS sehingga mengundang rasa tidak selesa warga tempatan.

Menerusi klip video berdurasi 56 saat itu memaparkan warga asing duduk serta baring di kawasan berumput di sekitar kawasan TBS.

Kehadiran golongan warga asing itu turut menimbulkan rasa kurang selesa apabila ada dalam kalangan mereka yang didakwa membuang sampah merata-rata.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 04:52 PM | Show all posts
Ini bukan budaya kita
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tak pi sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk kena viral Dan smpi dah berkulapok warga asing sprt lumut yg membiak dikawasan lembab smpi org tempatan dh naik rimas baru nk bertindak? Kena lebih tegas lainkli.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 05:34 PM | Show all posts
“Kami memahami kepentingan keselesaan dan keselamatan di TBS. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil untuk menangani isu warga asing tidur di terminal.
- Sebelum ni tak perasan ke?

By the way, dalam 7/8 tahun lepas, kekadang aku balik kg. naik bas. Bas tak penuh, mungkin belas belas orang penumpang. Dan 50% daripadanya adalah bangla. Tension betul.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu orang Malaysia tak guna pengangkutan awam, dikatanya wargaasing kalau guna pengangkutan awam

Kerajaan Madani kena hapuskan stigma pengangkutan awam adalah pengangkutan wargaasing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2025 06:58 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-2-2025 02:11 AM
Sebab tu orang Malaysia tak guna pengangkutan awam, dikatanya wargaasing kalau guna pengangkutan awa ...

Apa bezanya warga asing di kuala lumpur dan di London? Jika di London warga tempatan tak kisah berkongsi bersama menaiki pengangkutan awam. Di London semua manusia dari pelosok dunia ada disini dan mereka menggunakan pengangkutan awam sama seperti di malaysis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 07:00 PM | Show all posts
Hari itu saya suruh letak kerusi mereka meletakan kerisi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 07:38 PM | Show all posts
..iols ok lagi depa semua naik pengangkutan awam daripada masing-masing memandu kenderaan tanpa lesen..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-2-2025 06:11 PM
Sebab tu orang Malaysia tak guna pengangkutan awam, dikatanya wargaasing kalau guna pengangkutan awa ...

Kat Johor pengangkutan awam free. Tunjuk ic
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 9-2-2025 08:29 PM
Kat Johor pengangkutan awam free. Tunjuk ic

Lama tak jumpa encik beruang...pergi ke mana selama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 9-2-2025 06:58 PM
Apa bezanya warga asing di kuala lumpur dan di London? Jika di London warga tempatan tak kisah ber ...

Sebab climate Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 09:24 PM | Show all posts
diorg tido kt luar kwsn bangunan le, yg viral tu
yg dlm okay aja, cume byk muke tension tunggu bas lambat smpai
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan lepas aku turun tbs. Rasa cam kat Bangladesh.. Penuh muka dorang. Cam pelik lak. Dorang nak ke mana tu.. Siang ok lagi, kalau malam mmg scary.. Keliling orang dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 9-2-2025 08:29 PM
Kat Johor pengangkutan awam free. Tunjuk ic

Kalau tak tunjuk ic, dlm bas majoriti semua orang dia.. Pantang dengar free

Ada sekali ada cina sg nak naik bas muafakat .. Driver bas mintak ic. Dia nak bagi duit. Kalau driver bas amik duit mmg aku report. Takat singgit dua je sangap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Viral baru halau!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 11:27 AM | Show all posts
aku naik dr stesen lrt masuk tbs, rs cuak gk sbb ramai sgt dk kt jambatan tu.
yg mtk sedekah, yg mjual.
tgk bkn org lokal n ada yg agresif.
try tak buat eyecontact sbb risau gk pukau2 kan kwsn stesen bas bagai ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 9-2-2025 05:23 PM
Nk kena viral Dan smpi dah berkulapok warga asing sprt lumut yg membiak dikawasan lembab smpi org te ...

I nak tggu dia org clearkan gelandangan kt kl yg berak n kencing merata tu pulak..dh brp hari viral kes tu...geli betul tgk taik bertompok2 kat pavement...tourist area pulak tu..bulan puasa ni nanti tgk la..kemain naik lemak depa nanti memilih makanan.. hopefully ngos stop dah feed dia org ni..biar kebulur
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 9-2-2025 05:34 PM
“Kami memahami kepentingan keselesaan dan keselamatan di TBS. Oleh itu, beberapa langkah telah diam ...

Ada bau tak dlm bas?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 9-2-2025 06:58 PM
Apa bezanya warga asing di kuala lumpur dan di London? Jika di London warga tempatan tak kisah ber ...

Warga asing kat London kurang sikit perangai 3rd world tu...kat msia ni yg dtg mmg betul2 category kampung class paling bawah..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.169786 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list