CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4576|Reply: 17

[Tempatan] Tak padan sakit ‘slip disc’, suami usung janda balik rumah-bangga mengaku berzina banyak kali

[Copy link]
Post time 6-2-2025 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Impian setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mahu mengecapi kebahagian hingga ke akhir hayat.

Namun, bukan semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan kerana dalam tempoh perkahwinan pastinya ada ujian yang melanda.

Begitu nasib yang dialami seorang wanita yang mengakui hidupnya bersama anak-anak kini dalam trauma selepas perubahan suami.



Katanya, daripada seorang suami dan bapa penyayang, insan yang dikahwini sejak 13 tahun lalu itu bertukar menjadi zalim.

"Dia hidup susah lepas diuji sakit slip disc, tak boleh kerja tetap. Sekarang dia berniaga burger, jadi saya la tolong dia beli barang dapur, selesaikan sewa rumah termasuk kad kredit dia pun saya bayarkan.

"Saya tolong ikhlas sebab sebelum ni masa dia sihat nafkah tak pernah culas. Tapi sejak pindah rumah, hidup mula berubah. Daripada suami yang baik bertukar zalim," kongsinya di media sosial.

Jelasnya, suaminya itu mula berkawan dengan kelompok yang kurang baik hingga dia mula belajar menghisap rokok dan berlaku curang.

"Saya merajuk dengan suami sebab masa bertengkar dia berkias macam halau saya suruh cari rumah lain. Saya kemas baju, bawa anak duduk rumah mak. Dalam hati bukan nak keluar tapi nak minta dia pujuk.

"Akhirnya sampai tiga bulan, dia tak kisah dan tak pernah datang pujuk sedangkan anak saya tak sekolah dua bulan. Sampai saya kena serangan panik hingga masuk unit kecemasan," luahnya.

Wanita itu memaklumkan, doanya selama ini bagaikan dimakbul Allah selepas dia diberi petunjuk tentang kecurangan suami sepanjang mereka berjauhan.

"Saya balik rumah terjumpa kanta lekap wanita, luluh hati... saya menangis. Selepas itu saya bawa dia jumpa ustaz untuk kaunseling rumah tangga. Depan ustaz dia mengaku pernah berzina.

"Dia bawa perempuan lain masuk dalam rumah, langsung tak malu dan rasa angkuh. Dia kata dua kali 'main' dengan janda. Ustaz nasihat dia untuk bertaubat dan kembali kepada Allah," katanya.

Tambahnya, ketika ditanya ustaz sama ada dia menyayangi janda berkenaan atau tidak, dia menjawab tidak.

Namun apabila ditanya sama ada masih sayangkan isteri atau tidak, suaminya berkata langsung tiada hati.

"Ustaz kata kalau tak ada hati kenapa isteri minta cerai awak tak nak cerai? Suami diam, tergamak dia tak fikir masa depan saya dan anak-anak.

"Suami angkuh tak nak berdamai dia nak duduk rumah mak dia. Saya tahu kenapa dia tak nak duduk serumah dengan kami... sebab dia dah biasa buat maksiat," dakwanya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berpandangan suami kepada pengadu sangat kejam.

"Lebih baik akak undur diri sebab dia dah tidur dengan ramai perempuan, takut ada penyakit.

"Jangan letakkan diri dalam kebinasaan. Nak hidup tenang buang punca masalah awak. Sampai bila nak letak anak dalam situasi toksik?" demikian kata warga maya.

Sumber: mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 04:18 PM | Show all posts
jantan mcm ni kena pijak belakang dia, babas betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jahatnya..ada gmbr tak nk tgk muka..
skrg ssh nk jumpa dh yg baik..yg baik selalu nya dh berpunya

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 04:37 PM | Show all posts
janda dan andartu ramai sangat dlm masyarakat skrg ni...ini lah yg aku ckp beban kpd negara
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
I dah taip panjang laharan I untuk minah ni (si bini).
Tapi I ol delete kerna enggan mengeruhkan forum.

I'm so proud of myself!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata isteri si suami mula berubah selepas join group bukan2.
I speku group fb atau telegram yg mempromosi perzinahan tukar2 pasangan.

Ramai ummah rosak akhlak dan moral akibat medsos ni.

Mata dirangsang dgn gambar2 bogel video bogel..kemudian kemaluan tegak mencanak bayang body perempuan2 dlm tu...maka mula la cari sumber utk lempiaskan

Lelaki..kalau tak reti jaga mata (tundukkan pndgn dan hawa nafsu) pasti gagal jaga onex dia.X kira dia oku ke..slip disc ke apa..janji onex dpt dicelup

Kpd kakak ni..org dah red flag mcm tu utk apa ditagih lagi syg dia?
Sebab dia x syg la dia boleh mencurang.Jgn ckp syg bini tp curang dgn pelacur ke janda ke sebab nak dpt kepuasan sex .Big no.

Kita kalau syg org..tak tegar khianati org tu kan apatah lg dah sampai berzinah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2025 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Gokuuu at 6-2-2025 08:45 PM

Lelaki kalau dah cari lubang luar rumah

It will repeat again and again.

Sgt payah nak berubah insaf bertobat.Melainkan tiba2 jatuh strok

Kisah jiran iols..dah jatuh strok jln senget2 baru lah insaf...dan skrg tiap wktu solat akan ke masjid..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah rumah tangga jd isu semasa ka ni? Momod tlng banhammer tt ni. Adoyai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tak padan dgn slip disc kemain berzina.. time main tu elok plak badan ye takde sakit sakit.. sakit hati baca
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 7-2-2025 12:27 AM

Zaman skrg org beriman umpama menggengam bara arang, nak tegur org keliling abis dihina kita terpaling ustaz, siap calar kereta, dah didik anak korang baik2 hujung2 budak kelas belakang kasi rosakkan anak korang atau anak korang terkahwin org jahat, korang mmg terpaksa la hidup dikelilingi org rosak, rumah jiran2 korang keluar masuk spt kawasan pelacuran, ofis gayah tepuk2 bontot, ofis janda duda laki org bini org saling berskandal, walaupun ofis dan rumah dekat masjid
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:04 AM | Show all posts
oh slip disc blh 'main' lg rupanya ingatkan tak larat dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:34 AM | Show all posts
ifanonline replied at 6-2-2025 04:37 PM
janda dan andartu ramai sangat dlm masyarakat skrg ni...ini lah yg aku ckp beban kpd negara

sama2 takguna...bukan setakat janda ngn anak dara je
yang bawak balik tu jantan
sama2 bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 6-2-2025 10:35 PM
Zaman skrg org beriman umpama menggengam bara arang, nak tegur org keliling abis dihina kita terpali ...

Setuju sgt.
Islam dtg dlm keadaan asing & kembali dlm keadaan asing

Takut zmn skrg.Per keji salah dan jht dinormalisasikan ..tak rasa sikit pon bersalah bila hati dah keras.

Tgk cth plg ringkas..mak ayah sporting je kalau anak gadis dorg kena heret dgn laki non mahram hujung minggu..takde berani nak tegur..siap tnya lg kalau lama x dating.."eh bf hang lama x mai jemput"
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:57 AM | Show all posts
so kau sbgai bini nk tggu ape lg?dh thp mcm tu pn blh nk g kaunseling lg..fasakh jerlh
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian pulak aq baca cita ni,biasanya bila diuji dengan sakit kita akan makin dekat dengan allah tapi kes laki pompuan ni terbalik pulak,makin jauh n hanyut ngan dosa,moga akak ni diberi kekuatan untuk move on n mintak cerai dari lakinya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 6-2-2025 04:37 PM
janda dan andartu ramai sangat dlm masyarakat skrg ni...ini lah yg aku ckp beban kpd negara

kalo janda n andertu beban negara pasai penjara penuh jantan? yg sakau berbiliun rm pun jantan

jantan tadak prinsip tadak jati diri tak kenal tuhan dan RasulNya ..mana mana janda andertu ikut abis ler

elok jantan elok ler dunia

rosak jantan jahanam ler dunia

beban berat ibu ibu yg didik anak jantan..kne didik btui btui..klo tak beso jadi cam ipan...susah dunia kang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 06:38 PM | Show all posts
ifanonline replied at 6-2-2025 04:37 PM
janda dan andartu ramai sangat dlm masyarakat skrg ni...ini lah yg aku ckp beban kpd negara

bukan beban bro

itu pembuka rezeki pada lelaki


maksud aku kalau dia kahwin kan murah rezeki,

kalo pojek pn rezeki juga tp rezeki haram lah, terpulang lah nak rezeki haram atau rezeki halal,


aku harap tidak menyinggung perasaan janda and andartu


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 06:42 PM | Show all posts
teringat cerita member wa dulu pergi team building kt 1 resort,

dia dok usha 1 awek ni, jinak2 jugak awek ni, sekali buat aktiviti awek ni pitam, low blood kot,

sekali member dia  pesan,  ko jgn ayat2 awek ni smpai masuk bilik bro, dia pengsan dlm bilik ko, menjawab ko dgn HRA,


fuh, nasib baik member wa tak bawak masuk bilik ...

sejak hr tu member wa dah tak usha awek tu...lg pn awek tu keluar dgn pengkid, mesti susah dpt...masa tu la, pastu dah ada boifren dan jd laki dia, warak plak tu laki dia...

dia berubah sekejap, tp pernah kantoi dgn pengkid lepas kawin... laki dia bg peluang ke2,

laki jenis solat subuh kt surau tau...


sejak hr tu aku dgr dia betul2 bertaubat, mudah2an istiqomah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051317 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list