CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8878|Reply: 0

[Kedah] Identiti nelayan hilang bersama bot dikenal pasti

[Copy link]
Post time 3-2-2025 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Identiti nelayan hilang bersama bot dikenal pasti

Oleh Hamzah Osman - Februari 3, 2025 @ 11:42am [email protected]




Nelayan yang hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Kedah, Kedah ke Kuala Kurau, Perak pada 26 Januari lalu





LANGKAWI: Identiti tiga nelayan yang hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Kedah, Kedah ke Kuala Kurau, Perak pada 26 Januari lalu, dikenal pasti.

Mereka dikenali sebagai Aree Tomyang, warga Thailand selaku tekong, manakala dua kru warga tempatan, Rosli Hassan, 49, dan Zamri Harun, 37.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga bagi mengesan ketiga-tiga mangsa dan bot diteruskan 7.30 pagi ini.

"SAR hari ketiga bermula jam 7.30 pagi ini membabitkan satu aset udara dan empat bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

"Radius pencarian mangsa kini dilakukan dalam lingkungan 1,868.9 kilometer persegi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan sebuah bot dikendali dua awak-awak warga tempatan dan seorang Thailand hilang ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Kedah ke Kuala Kurau.

Menerusi laporan itu, Romli dipetik berkata, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima aduan kehilangan bot itu daripada pengadu yang juga pemiliknya, Rama Nair pada 30 Januari lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1356842/identiti-nelayan-hilang-bersama-bot-dikenal-pasti





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.366591 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list