CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 804|Reply: 4

SUARAM: Hakim bebas Perancis kes dakwaan rasuah Scorpene akan dilantik.

[Copy link]
Post time 20-4-2011 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.


Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia hari ini.

“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.

Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.

Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.


-anwaribrahimblog.com 20/4/2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2011 10:21 AM | Show all posts
apa yg salahnya komisyen tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:46 AM | Show all posts
abis la altantuya kes re-open again...

so juz wait n see la haa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:07 AM | Show all posts
sapa yg kono kali ni….
apakah kes ini akan disapu kat bawah karpet jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:55 AM | Show all posts
AKHIR NYA polis perangcis dah menjalankan tugas..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.182362 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list