View: 23355|Reply: 15
|
PPUM umum kenaikan caj pesakit, undang kritikan terhadap kerajaan - Wad maya RM80 dan dewasa RM300
[Copy link]
|
|
Salah sebuah hospital kerajaan yang terbesar di Lembah Klang mengumumkan kenaikan caj sehingga 70% melibatkan prosedur, rawatan dan perkhidmatan, langkah yang bakal memberi kesan besar kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), lebih dikenali sebagai Hospital Universiti atau UH, berkata kenaikan harga yang berkuatkuasa pada 1 Januari itu disebabkan "perubahan kepada kos bekalan guna hapus dan peralatan untuk caj sedia ada".
"Bekalan guna hapus dan peralatan merupakan salah satu elemen dalam penetapan kadar caj rawatan di PPUM.
"Sebarang perubahan kepada kos bekalan guna hapus dan peralatan akan menyebabkan peningkatan kos yang perlu ditanggung oleh PPUM," menurut soalan lazim diterbitkan di laman web PPUM.
PPUM merupakan hospital pengajar yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai, dan diuruskan sebagai badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sambil menyifatkan kenaikan harga itu sebagai "semakan semula", PPUM berkata ia tidak berpunca daripada ketiadaan dana kerajaan.
Sebaliknya, ia berkata walaupun kerajaan kekal sebagai "sumber pembiayaan utama", pihak hospital "bertanggungjawab menjana pendapatan sendiri".
Menurutnya lagi, golongan berpendapatan rendah seperti B40 boleh memanfaatkan skim insurans perubatan kerajaan MySalam, selain merujuk kepada Jabatan Kewangan dan Jabatan Kerja Sosial untuk mendapatkan bantuan sekiranya layak.
Ketika laporan ini ditulis, butiran kenaikan tidak diterbitkan.
Bagaimanapun, akhbar berbahasa Cina Guanming Daily melaporkan, PPUM telah menaikkan caj bilik wad daripada RM120 kepada RM300, iaitu kenaikan 60%.
Manakala caj rawatan susulan di klinik pakar meningkat daripada RM15 kepada RM50 atau kenaikan 70%, sementara caj rawatan lain juga dinaikkan secara menyeluruh.
Tangkap layar kadar baharu itu telah disebarkan secara meluas di media sosial, mengundang kebanjiran kritikan menyasarkan kerajaan kerana gagal menyerap kenaikan kos yang dialami pihak hospital.
Ramai turut menyifatkan kenaikan terbaharu itu sebagai satu lagi contoh Perdana Menteri Anwar Ibrahim gagal memenuhi janjinya sebelum ini untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah, termasuk melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih murah.
Ketika dihubungi, seorang jurucakap PPUM mengesahkan kadar caj baharu yang dilaporkan Guanming diambil daripada notis yang disiarkan pada laman rasmi pusat perubatan tersebut.
Bagaimanapun, semakan MalaysiaNow mendapati notis bagi kadar cas baharu itu sudah tidak dapat diakses kecuali notis umum memaklumkan mengenai kenaikan.
Usaha MalaysiaNow mendapatkan pengesahan kenaikan caj serta perbandingan antara caj lama dan baharu juga tidak berjaya apabila Jabatan Kewangan PPUM memaklumkan tiada pegawai yang tersedia untuk menjawab soalan.
Sumber : Malaysia Now |
|
|
|
|
|
|
|
UM ni banyak sangat isu lately. Tukar jer lah mangement tu kalau benda macam ni pun tak mampu handle. Asyik asyik tak cukup pendapatan. Patut bagi balik hospital universiti kat KKM. Takla menyusahkan rakyat. Dengar dengar specialist professor kat UM tu banyak buat income sampai ratus ribu sebulan kat private wing...takkan uni tak cukup duit sampai asyik guna alasan kena jana pendapatan jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe la nak..SPITAL TU KO PUNYA....sukati ko la nak buat apa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat ppum ada kaunter kebajikan. Nanti pergi kaunter tu (tanya je org kaunter bil), diorg akan keluarkan GL. Lagi senang kalau patient tu mmg dlm senarai penerima bantuan jkm/zakat. Baru pembedahan boleh proceeded. Mcm arwah pakcik yg jaga anak i dulu, masukkan stent kena rm 12k++. Dr x proceed operation selagi x bayar. Tapi ada pegawai kebajikan yg uruskan benda ni. Diorg keluarkan surat persetujuan utk bayar rm 8k dulu. Baru dpt proceed masuk stent. Time nak bayar, tinggal baki rm4k. Kaunter ppum suruh bayar rm 2k dulu, baki rm 2k dia bagi ansuran rm200 x 10 bulan. Apa yg i nak cakap, jangan takut kalau bil hospital gov tinggi. InsyaAllah boleh runding. Hospital private janganlah cuba. Yg penting cari pegawai kebajikan dulu. Risau kalau semata2 taknak pergi hospital sebab takut bil tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
botol_tritan replied at 5-1-2025 04:28 PM
Kat ppum ada kaunter kebajikan. Nanti pergi kaunter tu (tanya je org kaunter bil), diorg akan keluar ...
Kaunter kebajikan ni memang ada kat mana2 hospital kerajaan ke? Ke hanya di ppum |
|
|
|
|
|
|
|
Target bonus berapa bulan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah lah kerajaan madanon.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lee_sakura at 6-1-2025 08:01 AM
bagus la naik sbb lately ppum asyik penuh je...ramai suka pegi sbb fully aircond, sistem pon cepat, everything computerize, yg ada appoinment je blh jumpe doctor, yg walkin semua kene halau balik...beza ngan gomen dh buat appoinment pon tetap lambat sbb yg walk in pon diorg layan gak...walopon ppum ada sesetengah ubat kene beli sendiri, prosedur pon ada yg kene bayar contoh nk pasang fiber kt tangan patah, tp iols sanggup je sbb kualiti of service... ni pengalaman iols masa mak wasuk ppum & ayah masuk hkl... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dapat dividen 5.75% ASB nak berkira duit pula |
|
|
|
|
|
|
|
botol_tritan: Kat ppum ada kaunter kebajikan ...
Alhamdulillah. Terima kasih banyak ke atas maklumat berguna ini. |
|
|
|
|
|
|
|
dorang ni x tau disebalik operasi hospital yg separa gomen ni mcm mana cara pengurusannya tu mmg byk cabaran
org dtg mmg tau semua nk tip top, jumpa doc nk cepat, ambik ubat x nak tunggu lama...segala bnda mmg nk cpt je.
tp disebalik kelancaran sesuatu hospital mrk yg keje tungkus lumus public x tau..
senang2 je nk salahkn gomen sbb naikkan caj.
blm lagi setengah mati nk cari dana sendiri, buat sistem in house xde libatkan vendor smpai jimat duit rakyat puluh2 jota
dgn dana ni la dpt bantu patient2 yang kurang kemampuan nk byr ubat, bil wad & etc esp utk cancer patient
setau aku penyumbang tabung terbesar utk pesakit is McD dari dulu sblm zmn2 boikot dorang mmg istiqomah, dh kena boikot pun ttp dorang menyumbang. tu sbb aku xde nk boikot Mc D, koser sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut fantasi pensokong satu ketika dahulu, sepatutnya bukan berlaku kenaikan malah akan berlaku penurunan atau free, sape sakit dapat kupon mcd atau kfc |
|
|
|
|
|
|
|
tp kafe dia skg xbest..best lg yg dlu2
|
|
|
|
|
|
|
|
memang hospital universiti ni tak sama cam hospital kerajaan biasa..
orang ramai kena tahu ni, kalau tak memang orang bising, mengadu marah2 jer..
hospital universiti ni memang disuruh cari duit sendiri...kerajaan bagi duit cukup2 jer..
sebab tu hospital universiti ni caj lain, even ko staf gomen pakai GL pun silap2 ada ubat dia x cover, kena bayar sendiri & kena beli kat farmasi anak syarikat universiti tu juga...
PPUM ada farmasi swasta bawah dorang sendiri..banyak kali dah orang dapat precription je dari doktor,tp suruh beli kt farmasi luar/farmasi swasta dalam hospital sebab farmasi hospital sendiri tak provide ubat tu..
wing private tu cara dorang cari duit tambahan juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Wad maya tu apa? aku baca artikel tapi tak ada disebut
tapi jumpa istilah baru - guna hapus = pakai buang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko kalau sakit mesti pergi Prince Court atau busuk2 pun KPJ lepas tu ucap tahniah kat Donald Trump kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|