CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18488|Reply: 563

“Saya tidak mahu melakukan ini. Tetapi saya terpaksa" - Mata lebam sebab Zahnita tinggalkan rumah

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:07 PM | Show all posts |Read mode



Bekas peragawati terkenal, Zahnita mengejutkan ramai apabila mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata.


Menurut Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut, namun terpaksa melakukannya dengan alasan yang tidak diperincikan.


“Saya tidak mahu melakukan ini. Tetapi saya terpaksa. Ini adalah sebab kenapa saya tinggalkan rumah lama saya. Dan juga menjadi sebab kenapa saya selalu pakai cermin mata hitam,” tulisnya pada bahagian kapsyen.


  



Pendedahan pelakon filem Gila Gila Pengantin Remaja itu mengundang reaksi banyak pihak, termasuk rakan selebriti.


Ramai netizen turut meluahkan kerisauan dan bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu kepada empat orang cahaya mata itu. Mereka bimbang seandainya Zahnita menjadi mangsa keganasan rumah tangga.


Turut meninggalkan komen ialah selebriti terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim.


“Kamu tidak layak diperlakukan sebegini,” tulisnya.


“Sebab itulah kenapa kami sering bertanya kenapa awak selalu pakai cermin mata hitam. Semoga Allah hilangkan deritamu dan berikan kebahagian yang selayaknya,” komen netizen.


Sebelum ini Zahnita pernah berkongsi telah pun berpindah ke rumah baharu.


Namun rata-rata netizen beranggapan bahawa perpindahan tersebut adalah disebabkan mahu mengembangkan perniagaan pastri yang semakin mendapat sambutan ramai.


SUMBER: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 02:10 PM | Show all posts
siannye dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannn.. dia ni layak dpt anak2 royal patutnya.. tp x sangka kwen dgn mamak kaki pukul. Sialan punya jantan….
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dia memang dedicated life dia utk anak2 kan lepas kawen sunyi sepi terus, mekap pun tak, dia la ambil hantar anak sekolah. Husb problem ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut lah skrng da start buat biz pie. Dia nmpk sgt tua padahal model cantik dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu nak cerai laki xlepas,laki bawak lari anak dgn passport bagai ..Sian dia dah lama la tu kene abuse..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2024 02:15 PM | Show all posts
Edited by fish at 2-12-2024 02:17 PM

kenapa dgn dia ni? Takkan kena debik dgn husband kot
tp dulu2 mmg ada kes kan, sampai aku ingatkan dia dah cerai dgn husband mamak dia tu.
masa tu kecoh2 nak bawak lari anak segala kalau tak silap, lama dah la kes tu, masa nak kecik lg.
syg betul dia ni, cantik, mendunia dulu. lps kawin sunyi sepi terus.
suami pun biasa2 ja


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:17 PM | Show all posts
lepas iols tengok life dia
baru terfikir
sikit punya lawa dia zaman majalah dulu
memang suka gila
tapi tiber diam sunyi sepi je
patu bila buat comeback muka macam orang tua
memang nampak la ko lawa macam mana pun tapi kalau dpat ditangan orang yang salah
memang kertu dari umur sebenar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 02:20 PM | Show all posts
kesian nyaaa mamak mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:20 PM | Show all posts
kesian. sedih dalaman dia ni. hidup hancur sebab laki tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:20 PM | Show all posts
kmbg replied at 2-12-2024 02:15 PM
Dulu nak cerai laki xlepas,laki bawak lari anak dgn passport bagai ..Sian dia dah lama la tu kene ab ...

Innalillah..simpati kat dia
patutlah nampak dia macam miserable
mangsa abuse a big no no
semoga dipermudahkan segala urusan Zahnita
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:21 PM | Show all posts
kesian nye dia...cntik pun kene pukul dgn hubby mamak yg x ensem...eeeee xguna punye jantan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
moonela replied at 2-12-2024 02:20 PM
Innalillah..simpati kat dia
patutlah nampak dia macam miserable
mangsa abuse a big no no

Sian patutlah haggard semacam .makan hati sunguh la masa nak cerai anak 2 je skrg da 4 kan..lama memendam ..ni nampak biz pie dia tu meletop.. alhamdulilah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
muka tak de seri tu mental torture gak ni.. anak2 tak hormat kan chouls kan.. sebab dia tgk mak kena tumbuk budak2 tu ingat chouls useless..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
watymuchaz replied at 2-12-2024 02:14 PM
Patut lah skrng da start buat biz pie. Dia nmpk sgt tua padahal model cantik dulu2

Tulah, kalo once upon a time sgt cun mcm dulu tu bila tua at least masih cun macam kakmah. Iols bersimpati
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:37 PM | Show all posts
masa dia nekad nak cerai dulu, husband siap bawak lari anak2 pulak.
dia bertahan demi anak je sampai skrg rasanya tu.
tp kesian, mcm 'sakit' dia tu. sakit dalaman siapa yg tahu kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu..patutlah tua sebelum usia. Belum 40 tapi muka dah macam 50 an. Kesian . Tak happy dan tak enjoy. Memang makan hati. Perangai pun aneh2 je maybe sebab nak sedapkan hati je. Rumah dia pun marhaen sangat takda seri. Laki dia aduhaiiii mamak huduh. Patut dia kalau dapat laki yg sesuai mesti life dia tak miserable macam sekarang. Tak sesuai langsung dia dengan laki dia dari segi paras rupa. Tak sekufu semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:41 PM | Show all posts
do la police report after you go to the hospital. please value yourself and your children. i think they rela  tgk their mother get a divorce dari asyik tgk mak kena pukul.

todi ke laki dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dzahin_poch replied at 2-12-2024 02:12 PM
Kesiannn.. dia ni layak dpt anak2 royal patutnya.. tp x sangka kwen dgn mamak kaki pukul. Sialan pun ...

Dulu kan dia kapel dgn raja razman.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:42 PM | Show all posts
Tak sangka macam ni kan dia last2.

Dia ada vibe princess2 tau, maksud aku macam kalau kawen tu sejenis yang laki manjakan, hidup tai2, jenis tak masuk dapur masak2, if masak pun tukang cuci2 maid.

Tgk ig dia mesin rumput pun sendiri. Terer and rajin (bagi aku yang tak reti and pemalas). Hahaha

Semoga baik2 untuk dia ni. Aku layan gak ig dia, sebab nampak cekap kat dapoq.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.249755 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list