CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6478|Reply: 0

[Sarawak] Hanya dua seksyen Pan Borneo masih belum dibuka kepada orang awam

[Copy link]
Post time 21-11-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Hanya dua seksyen Lebuh Raya Pan Borneo masih belum dibuka kepada orang awam, kata Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, dua seksyen itu melibatkan dua kilometer(km) di Sarikei dan lima kilometer di Lambir.

Bagaimanapun katanya, 25 seksyen lebuh raya tersebut telah dibuka untuk kegunaan awam.

“Setakat Oktober 2024, kesemua 25 seksyen Lebuh Raya Pan Borneo telah dibuka, kecuali 2km di seksyen Sarikei dan kira-kira 5km di seksyen Lambir, dengan kemajuan keseluruhan projek mencapai 99.62 peratus,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak itu, kerajaan persekutuan juga sedang meneliti pemulihan jalan raya berkembar sedia ada yang tidak termasuk dalam projek naik taraf Lebuh Raya Pan Borneo.

Projek naik taraf sepanjang 136km itu kata Uggah, juga dikenali sebagai ‘Pan Borneo Redline’.

“Bagi program ini, peruntukan sebanyak RM120 juta telah diluluskan untuk sebahagian daripada kerja-kerja naik taraf laluan Redline yang dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2025,” ujarnya.

Mengenai projek Lebuh Raya Trans Borneo, beliau memaklumkan, projek itu merangkumi tiga seksyen iaitu Seksyen Miri (dari Kuala Baram ke CIQ Sungai Tujuh) melibatkan 4.95 km;  Seksyen Limbang (CIQ Tedungan ke CIQ Pandaruan) melibatkan 54.6km dan Seksyen Lawas (bandar Lawas ke CIQ Merapok) melibatkan 33.7km.

Menurutnya, seksyen Limbang, Lawas dan Miri kini berada di peringkat prakontrak.

“Projek Limbang dan Lawas dijangka akan ditender pada suku pertama tahun 2025 manakala seksyen Miri dirancang untuk ditender pada suku keempat tahun 2025,” jelasnya.

Mengenai Fasa 1 bagi Projek Sarawak–Sabah Link Road (SSLR) melibatkan jarak sepanjang 76km dengan kos projek sebanyak RM1.02 bilion, katanya, ia merangkumi laluan dari Simpang Gelugus ke Long Luping.

“Projek ini sedang dilaksanakan, dengan kemajuan fizikal sebanyak 40.20 peratus pada Oktober 2024 dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2026,” katanya.
Manakala Fasa 2 SSLR pula tambah beliau, adalah melibatkan kira-kira 322km, dengan kos projek sebanyak RM7.15 bilion.

“Kontraktor telah memulakan kerja pembersihan tapak dan kerja tanah untuk Pakej 2 pada Ogos 2024, yang meliputi laluan dari Long Seridan ke Nanga Medamit.
“Kerja pembinaan keseluruhan dijangka siap pada suku ketiga tahun 2029,” ujar beliau lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.563181 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list