CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9854|Reply: 0

[Sabah] Pendekatan KePKAS yakinkan negara luar tahap keselamatan pantai timur Sabah

[Copy link]
Post time 21-11-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) mengambil beberapa pendekatan berhubung nasihat perjalanan (travel advisory) dalam menyakinkan negara-negara luar terhadap tahap keselamatan di kawasan pantai timur negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, antara tindakan yang diambil kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) termasuk mengadakan perjumpaan bersama duta-duta di Kuala Lumpur untuk membincangkan berkenaan perkara terbabit.

Menurutnya, susulan dari perjumpaan berkenaan, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan wakil-wakil kedutaan mengadakan lawatan ke kawasan perairan Lahad Datu dan Semporna.

Katanya, tindakan itu bertujuan melihat secara fizikal tahap kawalan dan keselamatan di kawasan pantai timur negeri ini.

"Pada masa sama, kementerian juga memberikan input kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan dengan implikasi-implikasi dari sektor pelancongan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan PKP ESSZONE diperkenalkan oleh MKN bagi menggantikan arahan Perintah Berkurung yang dijalankan sebelum ini.

Sehubungan itu, kementerian berharap melalui pendekatan berkenaan, nasihat perjalanan yang dibuat dapat ditarik balik dari negara-negara berkenaan.

Christina berkata demikian bagi menjawab soalan Assaffal P. Alian (WARISAN-Tungku) mengenai isu nasihat perjalanan oleh negara luar berikutan ancaman keselamatan di pantai timur Sabah dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Dewan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Dalam pada itu katanya, setakat September tahun ini, ketibaan pelancong ke Sabah merekodkan peningkatan memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 28.3 peratus berbanding tahun lepas.

Menurutnya, seramai 2,416,131 pelancong direkodkan datang ke Sabah dengan anggaran perbelanjaan pelancongan berjumlah RM5.62 bilion.

"Negara China adalah sumber terbesar ketibaan pelawat antarabangsa dengan menyumbangkan sebanyak 39 peratus ketibaan, diikuti ketibaan Brunei dan Korea Selatan.

"Peningkatan yang ketara ini didorong oleh jumlah penerbangan tahun ini iaitu 98 peratus ketibaan adalah melalui pengangkutan udara.

"Sebanyak 377 penerbangan domestik dengan 66,546 kapasiti tempat duduk seminggu yang menghubungkan Sabah kepada beberapa negeri di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, bagi sektor antarabangsa, sebanyak 17 destinasi antarabangsa direkodkan dengan jumlah penerbangan seminggu sebanyak 126 dengan kapasiti 23,394 tempat duduk.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.607432 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list