CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9810|Reply: 5

[Tempatan] Pasport terhad RM10 setahun akan diberikan kepada pelajar Thai bersekolah di Malaysia

[Copy link]
Post time 21-11-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Sariha Mohd Ali - November 21, 2024 @ 8:30am
[email protected]


Bantu pelajar bersekolah di Malaysia, operasi ICQS boleh dibuka sejam awal jika dipersetujui Thailand. - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen sedia mengubah waktu operasi Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS ) di Rantau Panjang, Kelantan, sejam lebih awal iaitu pada jam 6 pagi berbanding jam 7 pagi pada masa ini bermula 1 Disember depan, bagi memudahkan pergerakan harian hampir 500 murid dan pelajar dari Thailand yang bersekolah di negara ini.


Langkah itu dibuat bagi mengelak berlaku kesesakan di kaunter ICQS Rantau Panjang yang boleh menyebabkan murid dan pelajar terbabit lewat ke sekolah, susulan penguatkuasaan larangan penggunaan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand, berkuat kuasa 1 Disember depan.


Laporan BH Online pada 19 November 2024.


Mereka yang ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen termasuk pelajar yang menggunakan kemudahan itu untuk ke sekolah sebelum ini, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pelaksanaan pembukaan kaunter ICQS lebih awal itu hanya boleh dibuat selepas mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa di Thailand kerana ia membabitkan pergerakan antara kedua-dua sempadan negara.

Beliau berkata, isu terbabit akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara yang biasanya bersidang dua kali setahun tetapi boleh diadakan secara khas jika terdapat keperluan mendesak.

Katanya, Jabatan Imigresen sedia membantu memudahkan urusan murid dan pelajar rakyat Malaysia yang tinggal di Thailand untuk berulang alik setiap hari ke sekolah di Rantau Panjang, Kelantan, bermula awal bulan depan termasuk mengeluarkan pasport terhad atau pas sempadan dengan caj RM10 setahun.

"Penguatkuasaan larangan penggunaan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok itu menyebabkan hampir 500 murid dan pelajar Malaysia yang tinggal di Golok, Thailand, perlu menggunakan laluan sah untuk ke sekolah bermula 1 Disember depan.

"Ini bermakna mereka perlu melalui ICQS di Rantau Panjang dan menjalani pemeriksaan imigresen sama seperti dibuat di mana-mana pintu keluar masuk negara.

"Bagaimanapun, kita bersedia membantu memudahkan urusan pelajar berkenaan termasuk membuka operasi ICQS sejam lebih awal berbanding jam 7 pagi sekarang atau kemungkinan membuka laluan khas kepada pelajar bagi mengelak mereka tersekat dalam kesesakan yang menyebabkan kelewatan ke sekolah," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Operasi ICQS di Rantau Panjang pada masa ini bermula jam 7 pagi hingga jam 10 malam dan keputusan sama ada operasinya boleh diubah atau sebaliknya bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua negara.


Sebahagian murid dan pelajar yang menaiki bot merentasi Sungai Golok setiap hari untuk ke sekolah di Malaysia. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


BH semalam melaporkan hampir 500 murid dan pelajar yang menaiki bot merentasi Sungai Golok setiap hari untuk ke sekolah di Malaysia kini dalam dilema selepas polis baru-baru ini mengumumkan akan menahan individu yang akan menggunakan pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand mulai 1 Disember depan.

Perkembangan ini turut mengejutkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan jumlah murid dan pelajar yang ramai.

Susulan itu, Zakaria berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan selanjutnya berhubung perkara itu termasuk kemungkinan menghantar permohonan kepada pihak berkuasa di Thailand bagi membincangkan isu terbabit bagi mencapai persetujuan diperlukan.


Pintu masuk Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang. - Foto fail NSTP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 11:50 AM | Show all posts
kesiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dah ni kita tolong negara luar, warga asing2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
So deol bayar yuran ke idok?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masuk sekolah gomen kan patutnya yuran kena bayo sama macam hantar sekolah international.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dh kalau rakyat sana skola kt sana ler nape nk skolah kt rantau panjang plak.. diorg rakyat mana sbnrnya? Pegi skola tu status diorg apa???
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.089888 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list