View: 35589|Reply: 1
|
[Tempatan]
Genap 2 tahun pimpin Kerajaan MADANI, PM Anwar fokus teruskan agenda negara, kata Fahmi Fadzil
[Copy link]
|
|
Genap 2 tahun pimpin Kerajaan MADANI, PM Anwar fokus teruskan agenda negara - Fahmi
https://www.bharian.com.my/berit ... kus-teruskan-agenda
BERNAMA - November 20, 2024 @ 4:27pm
Fahmi ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bulan November 2024 di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang genap dua tahun menerajui kerajaan pada 24 November ini meneruskan agenda negara dengan mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, lawatan itu penting bagi memastikan kerjasama strategik antara kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan.
"Pada 24 November Perdana Menteri akan ke Korea Selatan bagi lawatan rasmi untuk tujuan perdagangan dua hala serta mengadakan beberapa pertukaran memorandum persefahaman (MoU)," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.
Fahmi berkata selain memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan, Perdana Menteri akan turut menyaksikan pemeteraian beberapa MoU melibatkan kementerian serta agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Sementara itu, beliau berkata sempena dua tahun pemerintahan kerajaan MADANI, Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
kegagalan walaun x boleh tebuk atap
kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|