CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35460|Reply: 7

[Tempatan] Padu fasa kedua: Garis masa diumum setelah dapat kelulusan Kabinet, kata Raja Formula Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 20-11-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Padu fasa kedua: Garis masa diumum setelah dapat kelulusan Kabinet

https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... -kelulusan-kabinet/

Oleh KAMARIAH KHALIDI
20 November 2024, 4:25 pm


Rafizi ketika sidang akhbar selepas Program INNOVATHON Musim Kedua Tahun 2024 Anjuran Kementerian Ekonomi di Garden Hall Hotel Marriot Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Garis masa berhubung Pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) bagi fasa kedua akan diumumkan secara lebih terperinci setelah mendapat kelulusan daripada Kabinet.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ketika ini Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan (MOF) masih sedang memperhalusi beberapa perkara termasuk kriteria kelayakan.

“Kita sudah pun ada mesyuarat minggu lepas dan rancangan-rancangan mengenai garis masa (dan) pelaksanaan sedang dibincangkan. Perkara ini akan dibawa ke Kabinet dan apabila Kabinet telah bersetuju, baru Kementerian Ekonomi boleh mengumumkan garis masa itu.

“Sudah tentu kalau kerajaan membuat keputusan tentang kriteria siapa yang layak, itu akan melibatkan pembukaan semula (pendaftaran) Padu dalam satu tempoh masa kelak, kerana kita kena bagi ruang kepada mereka yang belum lagi mendaftar, untuk mendaftar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Innovathon Musim Kedua di sini hari ini.

Pada 2 Julai lalu, media melaporkan kerajaan akan membuka semula pendaftaran Padu di bawah fasa kedua.

Rafizi dilaporkan berkata, ia bagi membolehkan mana-mana individu yang belum mendaftar dapat mengemas kini maklumat masing-masing mengikut tempoh yang akan ditetapkan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada orang awam yang tidak mendaftar menerusi Padu bakal menikmati subsidi atau sebaliknya, Rafizi menjelaskan bahawa perincian mengenai mekanisma itu akan diumumkan setelah ia dimuktamadkan. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mende lagi ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Deleted
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau x nak daftar gak boleh ke...mcm x nak cucuk vaksin..mati2 x nak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:56 PM | Show all posts
masih tak berminat nak daftar
sbb subsidi bukan dapat pun
nyampah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:59 PM | Show all posts
Si Botak tengah ni aneh2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 07:03 PM | Show all posts

bagi dia karipap saden satu bangkem
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hitamnya bibir dia merokok ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.259100 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list