CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50311|Reply: 0

[Pulau Pinang] Taman Perindustrian Batu Kawan 3 tarik minat pelabur tempatan, asing

[Copy link]
Post time 17-11-2024 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Taman Perindustrian Batu Kawan 3 tarik minat pelabur tempatan, asing

Oleh BERNAMA - November 17, 2024 @ 1:57pm




Pelan pembangunan Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) - NSTP/DANIAL SAAD



GEORGE TOWN: Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) Pulau Pinang menerima rancangan penyertaan yang memberangsangkan daripada kalangan pelabur yang berminat.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestPenang, Datuk Loo Lee Lian, berkata taman perindustrian baharu itu akan dibangunkan dalam lima fasa seluas 164.7 hektar, dengan fasa pertama dijangka siap pada 2026.

"Usaha pemasaran BKIP 3 dimulakan pada Februari 2024 selepas majlis pecah tanah dan sejak itu, kami telah menerima hasrat permohonan yang baik daripada pelabur yang berminat.

"Ketika ini, pembangunannya berada di landasan untuk penyiapan semua fasa, yang dijadualkan pada akhir 2028 dan kami juga sedang dalam proses menawarkan kawasan itu kepada bakal pelabur," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata BKIP 3 secara strategik berada dalam ekosistem kukuh dan mendapat manfaat daripada jarak yang berhampiran dengan taman perindustrian lain yang pesat.

Ia terletak berhampiran Taman Perindustrian Batu Kawan, dengan pembangunan lebih sedekad, serta Taman Sains Pulau Pinang, hab matang yang mencatatkan pertumbuhan lebih 15 tahun, katanya.

Lee Lian berkata, bakal pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada kesalinghubungan yang sangat baik di Semenanjung Malaysia memandangkan BKIP 3 terletak hanya dua kilometer dari Lebuhraya Utara-Selatan.

"Memandangkan kawasannya luas tersedia dalam pelbagai saiz plot, BKIP 3 boleh menampung permintaan pelabur dari segi plot, seterusnya meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan yang ideal.

"Perbandaran dan sekolah yang diwujudkan juga berada di sekitarnya, menyediakan kemudahan penting dan asas pendidikan bagi tenaga kerja," katanya.

Lee Lian berkata, BKIP 3 dijangka menarik pelaburan tempatan dan asing yang strategik, membawa kepada peningkatan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, sekali gus turut memberikan manfaat kepada masyarakat tempatan melalui kadar pekerjaan lebih tinggi dan pendapatan isi rumah yang lebih baik.

Selain itu, beliau berkata syarikat tempatan akan mendapat manfaat daripada limpahan ekonomi melalui penyediaan penyelesaian industri kepada syarikat multinasional di negeri ini.

"Projek ini dijangka memacu penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam, meliputi jalan raya yang lebih baik dan trafik lebih lancar, memberikan manfaat kepada wilayah utara Semenanjung Malaysia dan meningkatkan kualiti hidup penduduk Pulau Pinang.

"Memandangkan kalangan syarikat ini membawa masuk teknologi dan kepakaran baharu, akan ada peluang berharga untuk pemindahan pengetahuan dan pembangunan kemahiran," katanya.

Perkara itu sekali gus mengukuhkan kumpulan bakat Pulau Pinang dan menjadikan negeri ini memiliki daya saing yang berterusan dalam pasaran global, katanya.
-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/11/1325047/taman-perindustrian-batu-kawan-3-tarik-minat-pelabur-tempatan-asing





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 1.848348 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list