“Bahasa Malaysia adalah bahasa pertama saya..”demikian kata personaliti media sosial, aktivis dan pegawai perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapana yang dilantik sebagai ikon oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malam tadi.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. Malar akui tidak mengetahui sejak bila dirinya fasih bertutur dalam bahasa Malaysia, namun menganggap ia bermula dari kecil lagi.
Kongsi Dr Malar dalam coretan di Facebook, hari ini, beliau sememangnya menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi bersama adik-beradik lain sejak kecil lagi.
“Saya ni cakap Bahasa Malaysia (BM) dengan adik-beradik, jadi seingat saya sejak kecik lah saya cakap BM.
“Tapi umur berapa tu saya kurang pasti… sepanjang panjang Jalan 10 Taman Tas tu memang saya dan adik-beradik bercakap BM, berlari, bermain, terjun longkang, panjat tangki air kat Jalan 14, masuk hutan Lubuk Puyu belakang tu.. semua terjerit terpekik dalam BM.
“Saya paling rindu main galah panjang kat Jalan 10 tu, dari depan rumah Pakcik Haris, sampai lah ke depan rumah Pakcik Abas kami lukis kotak galah panjang tu,”ujarnya.
Tambahnya, dia mungkin fasih dalam bahasa Malaysia kerana bergaul dengan rakan sepermainan.
Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atas kepercayaan terhadap dirinya sehingga mengurniakan Anugerah Ikon DBP 2024.
“Saya fikir dalam BM, saya geram dan menyumpah dalam BM. Malah, saya sembahyang dan berdoa sebagai Hindu pun dalam BM juga.
“Memang pelik tapi itulah bahasa selesa saya. Walaupun saya bersyukur, namun setiap anugerah datang dengan tanggungjawab, maka bahu ini terasa makin berat.
“Doakan agar saya dapat pikul anugerah dan tanggungjawab ini dengan baik,”coretnya lagi
Sementara itu, Dr Malar yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras itu berkata, sebagai seorang doktor yang aktif di media sosial, beliau sedar bahasa digunakan boleh mempengaruhi cara orang ramai berkomunikasi dan memahami sesuatu maklumat.
Menurutnya, ini termasuk memastikan maklumat kesihatan disampaikan dengan jelas dan tepat, mudah difahami, seronok didengari.
Semalam DBP melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik kepada orang awam
Post time 13-11-2024 09:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahniah... My Indian friend asal perlis
Ckp Tamil berbelit-belit
Sian dia Kdg2 kena gelak Dekat Indian yg lain
Tapi cakap BM punya lah fasih dgn loghat utara dia.Kelakar plk
Tahniah Dr Malar. Fasih dia cakap Melayu. Sebenarnya bahasa kebangsaan, bahasa resmi kita ini sekarang ni disebut sebagai 'Bahasa Malaysia' atau 'Bahasa Melayu'? Sungguh aku celaru. Suatu ketika dulu, Bahasa Malaysia, kemudian tukar ke Bahasa Melayu. Sekarang ni yg sebenarnya yg mana satu yg betul?
Dulu, lepas disebut sebagai Bahasa Melayu, aku faham derang tukar sebab bila sebut Bahasa Malaysia, ia menunjukkan semua bahasa2 yg dituturkan di Malaysia, jadi guna Bahasa Melayu untuk lebih tepat. Sekarang ni macam mana pula? Aku keliru... tlg beri pencerahan.
Post time 14-11-2024 09:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
monsterwife replied at 13-11-2024 09:56 PM
Tahniah... My Indian friend asal perlis
Ckp Tamil berbelit-belit
Sian dia Kdg2 kena gelak Dekat Indi ...
kwn2 opis iols yg cin n dian tu mostly boleh ckp bhs melayu ngan fasih.. maybe sbb byk bergaul ngan org melayu.. even yg cina takde slang2 pun.. kdg2 iols tergelak dgr dia ckp bhs melayu pasar tu.. cam muka cina tp lidah melayu
"Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walau bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam."